javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, November 30, 2011

Arranged

Filem Arranged

Semalam saya menonton satu filem bertajuk Arranged.

Tentang cerita Arranged,

"Seorang wanita yahudi ortodoks dan seorang wanita muslim bertemu dan menjalin persahabatan di New York. Cerita ini juga menceritakan kehidupan mereka, persamaan mereka dan 'mainly' perjalanan mereka bertemu dengan jodoh masing-masing."



Bila sampai umur tertentu semua orang akan mula memikirkan soal perkahwinan secara serius. Saya pernah mencari segala maklumat tentang perkahwinan, secara serius, namun banyak kekeliruan yang timbul.


Saya mencari cara-cara yang betul, namun kekurangan maklumat, menyebabkan adanya 'lubang' di sana sini. Lubang-lubang tersebut buat kita terjerumus dalam kesalahan yang besar-besar dan kekeliruan untuk tempoh yang amat panjang. Dan ini, tidak elok untuk semua pihak yang terlibat.

Kadang-kadang mungkin kita dah tahu cara yang sebenar, tapi kita nak buat cara kita sendiri. Kita sedar cara kita salah bila kita menerima akibat daripada kesilapan kita. Ada orang jenis macam tu. Dah terhantuk baru terngadah.

Saya rasa memang perlu setiap orang, remaja terutamanya diberi pendedahan tentang ini tanpa perlu berselindung. Biar mereka memilih apa yang terbaik. Memilih cara pergaulan bebas ataupun cara yang islamik? Masalahnya, tak ramai yang tahu caranya, ditambah salah faham tentang proses yang sebenar lagi. Mungkin saya akan membentangkan hasil kajian saya dalam entri-entri akan datang.

Ok kembali kepada cerita ARRANGED. Saya rasa di zaman moden ini, menarik juga kalau kita kembali ke belakang dalam mencontohi sistem perkahwinan yang diatur. Ianya unik. Suatu pengembaraan yang mendebarkan. Masing-masing start from zero. Untuk faham apa yang saya cakapkan, sila tonton filem Arranged itu.

Obses Tv Al-Hijrah

Sejak semalam saya memang obses dengan tv al-hijrah. Saya bertekad akan biarkan tv tersebut terpasang selama mana komputer saya masih terpasang. Dengan adanya facebook Asyik TV, saya boleh tengok siaran tersebut 'live', siaran 2jam sebelum 'live' dan HIGH QUALITY.

http://www.facebook.com/asyikTV


Baik. Saya akan cerita kenapa saya obses dengan tv al-hijrah. Tv Al-Hijrah ternyata dipenuhi dengan rancangan-rancangan yang best, movie-movie yang best. Semuanya penuh dengan nilai-nilai murni dan banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Mengupas pelbagai isu, dari comparative religion, wudhuk ketika sakit, hinggalah soal perkauman dan ketidakadilan (baru selesai menonton satu movie berkaitan isu ini).

Ianya seperti orang yang memilih rancangan-rancangan ini betul-betul tahu kehendak saya. Seolah-olah saya sedang menonton cerita-cerita yang saya sendiri pilih atau tapis.




Tv Al-Hijrah adalah salah satu usaha kerajaan. Saya rasa kerajaan banyak habiskan duit untuk rancangan ini. Saya hormat dan sayang Malaysia, dan bagi saya ini adalah salah satu langkah yang bagus. Jadi untuk menyatakan sokongan dan penghargaan saya terhadap usaha ini, saya akan usahakan untuk tengok 24jam. Haha, sah-sah tak mampu nak tengok 24jam.

"Malaysia's population is 60% Muslims. Even though Astro satellite TV have their own Islamic TV channel called Astro Oasis, most of Muslims were not having access to the channel due to Astro Oasis are pay TV and not free-to-air. Therefore, the free-to-air Islamic TV channel has been suggested by Tun Abdullah (Ex PM) in conjunction with the announcement of his Islam Hadhari agenda. However, TV AlHijrah only become reality when Najib become Prime Minister and Jamil Khir Baharom appointed as Minister in Prime Minister Department (Islamic Affairs). TV AlHijrah were operated by Al Hijrah Media Corporation, Malaysia government owned company under Department of Islamic Affairs of Malaysia (JAKIM) under Jamil Khir control." - wikipedia

Macam ni lah Malaysia, satu langkah yang bagus. Umat islam sudah ada alternatif bagi menggantikan siaran-siaran televisyen lain yang mungkin sudah tidak terkawal. Orang bukan islam yang hendak mempelajari agama islam pun boleh belajar sedikit sebanyak tentang islam melalui saluran tv tersebut.

Sebab yang lain adalah ada ustaz Don. Ok sebenarnya ustaz Don bukanlah siapa-siapa pun (ok saya tak kaji lagi latar belakang beliau), tapi first time saya tengok ustaz ni kat tv masa bulan Ramadhan, cerita pasal solat tarawikh. Saya suka penerangan beliau, berdasarkan Al-Quran dan hadis. Dia juga sangat menitikberatkan segala ucapannya, dari ucapannya saya tahu dia sekali-kali tidak akan mengatakan ikut sedap dia sahaja. Saya suka. Ada orang panggil dia ustaz rockers. Layan.

Ada juga rancangan lain yang menarik, iaitu, "Lau Kana Bainana - Jika Rasulullah Masih Ada bersama Kita Ketika Ini" adalah antara rancangan yang saya kira mampu menyentuh hati orang ramai. Kena orangnya, air mata pun boleh tumpah melihat rancangan ini. Bagus dalam nak memupuk kecintaan kita terhadap manusia pilihan, Nabi Muhammad SAW.

Cuma saya ada satu persoalan...kenapa Irma Hasmie!?? Nampaknya tv Al-Hijrah telah menggunakan senyuman Irma Hasmie untuk mempromosikan rancangan Tv Al-Hijrah ini. Hampir setiap 20-30minit akan keluar senyuman Irma Hasmie. Berapa ramai agaknya jantung yang luruh setiap kali rakaman itu disiarkan ye? Huh....




Obses Blog orang

Seronok membaca blog-blog orang. Bila fikir-fikir balik, kenapa saya sangat malas membaca novel kemungkinannya adalah disebabkan cerita yang disampaikan itu tidak 'real'. Membaca blog orang lebih menarik. Kebanyakannya tak guna nama pena. Mereka menceritakan tentang perjalanan hidup mereka, dan kita boleh melihat corak pemikiran mereka. Good souls. Tak semua blog bagus, tapi kita memang boleh mula dari bawah kan? Blog-blog yang bagus menurut pemerhatian saya adalah, mereka merekodkan pengalaman mereka, mereka juga menyelitkan pemikiran mereka. Tulisan mereka menggambarkan jiwa mereka yang besar. Ok anda boleh abaikan ayat saya ini sebab ianya subjektif. Tak ada benda yang boleh cakap tentang jiwa mereka dengan tepat sebab Allah yang pegang hati-hati manusia.

Saya baca cerita 'real' tentang seorang ibu yang selalu menceritakan pengalaman dia mengandung, ataupun membesarkan anaknya, ada juga seorang cikgu yang mencapai impiannya menerbitkan buku dalam bahasa ingggeris walaupun dia pada asalanya tidak ada asas yang cukup, tentang seorang ustaz yang mengembara ke seluruh dunia, tentang seorang cikgu, dalam masa yang sama rupa-rupanya seorang ibu yang tidak dapat melupakan anaknya yang gugur dalam kandungan. Saya juga ada baca tentang pelajar mesir, bagaimana mereka hidup dan bagaimana situasi terkini, tentang cerita pelajar universiti berdepan dengan masalah-masalah mereka sendiri, kena khianat dan sebagainya.

"No subject is terrible if the story is true. If the prose is clean and honest, and if it affirms grace and courage under pressure. If you want to be a writer, declare yourself the best writer!"
- Ernest Hemingway dalam filem Midnight in Paris.

Yang penting cerita benar, dan sampaikan cerita anda dalam nada yang jujur, maka tulisan anda tak akan dianggap buruk. Mungkin ini satu tips yang boleh diguna pakai.

Akhir kata, terima kasih Samsung Gt -i9000 kerana menjadi kawan saya untuk banyak perkara. Baca blog, main game, ambil gambar dan video, semuanya bersama-sama. Semoga kita terus bersama untuk beberapa waktu lagi.

Belum sedia nikah tapi hati merindu

4 comments:

Nuruddin Azri said...

salam taaruf.

saya juga berkesempatan menonton kisah arranged tv al-hijrah tersebut.

agak menarik tetapi satu kekurangan yang rasanya boleh diperbaiki ialah kisah tersebut tidak mempunyai unsur klimaks dan kejutan yang mana manifestasinya pada hujung kisah tersebut hanya berakhir dengan perkahwinan.

mungkin satu anjakan baru buat al-hijrah perlu dijana.

apa-apapun tv al-hijrah adalah tv terbaik buat masa ini.setuju dgn penulis.tv lain semua hancur dgn hedonisme dan doktrin kerajaan.

saya ada menganjurkan pertandingan menulis di blog saya.boleh rujuk di bahagian page writing contest : http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/

norashikin rahmat said...

terima kasih, baru tahu yang boleh tgk tv alhijrah melalui fb. selama ni saya hanya menanti balik ke rumah baru bleh tgk tv alhijrah.

teruskan menulis dan menilai.. awak ni berpotensi jadi penulis..insyaAllah.. Pernah baca Denyut Kasih Medik by Dr. Farhan Hadi tak?

Pengembara said...

@nuruddin salam taaruf. yup, mgkin ad kurangnya, tapi inilah filem pertama sy tgk yg agak lain dr yg lain. doktrin ada di mana-mana....media lain pula dipenuhi dengan doktrin pembangkang...yg penting bijak menilai


@norashikin sama-sama. terima kasih atas doa, cuma masalahnya saya selalu malas je. pernah, antara novel yg saya mampu habiskan...ada satu novel tu, salju sakinah sampai sekarang sy tk mmpu nk hbskan...tk menarik...hahah

dah grad kan? tahniah! mgkin trlmbt sy wish ni

norashikin rahmat said...

baru grad logistic je.. blum graduate UUM lagi..~

seblum awak pegi jadi "lelaki-berumahkan-kapal", saya cadangkan awak baca buku tu.. sbb Dr. Farhan Hadi tulis cerita tu berdasarkan pengalaman dia masa praktikal, terutama dari perspektif muslim..