Hati adalah dimensi rahsia yang sangat sulit untuk difahami. Ianya berlapis-lapis dan anda tak akan tahu apa yang akan anda temui dalam hati anda, seiring dengan peredaran masa.
Saya pernah menulis tentang hati sebelum ini. Sila rujuk Hati #1.
Kata Jalaluddin,
Dunia tersembunyi memiliki awan dan hujan,
tetapi dalam jenis yang berbeza.
Langit dan cahaya mataharinya, juga berbeza.
Ini nampak nyata,
hanya untuk orang yang berbudi halus –
mereka yang tidak tertipu oleh kesempurnaan dunia yang semu.
Bagaimanakah keadaan sebenar dalam hati anda? Adakah tengah hujan? Atau terang benderang disinari cahaya matahari? Atau mungkin ianya adalah kegelapan yang membutakan?
Orang pernah kata, bagi kebanyakan orang, hati adalah berbeza dengan diri anda sendiri.
Saat anda gembira, hati anda menangis.
Saat anda sedih, hati anda berasa tenang.
Kata Ali,
Manusia ini sekarang sedang tidur. Bila mati tiba, barulah mereka terjaga.
Persoalan hati adalah sesuatu yang menarik. Sentiasa buat saya teruja. Apa ada dalam hati saya? Apa ada dalam hati anda? Hati siapa lagi kuat? Hati itu kuat?
Inilah sebabnya kenapa saya suka Bleach – Kurosaki Ichigo, Hollow Ichigo dan Zangetsu, pedang kepunyaan Ichigo. Tak lupa juga kepada dunia dalam hati Ichigo. Zangetsu sukakan tumbuh-tumbuhan, tapi malangnya dalam dunia itu hanyalah bangunan yang seakan-akan hendak runtuh.
No comments:
Post a Comment