javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Monday, March 26, 2012

Hadiah

Hari yang menarik hari ini.
Semua orang muncul tiba-tiba.
Menang beberapa perkara, dan diberikan hadiah.

Baru beberapa hari ini tahu beza hadiah dengan rezeki. Hadiah itu diberi tanpa memerlukan apa-apa imbalan atau syarat. Tentang rezeki, ia memerlukan usaha kita mengikut hukum alam yang dah ditetapkan dari dulu lagi.

Al-Wahhab : The Giver of Gifts

Tuhan yang Sentiasa Memberikan Hadiah, anugerahkanlah kami hadiah. Untuk beberapa perkara dalam hidup, sampai bila-bila pun, kami tetap tak akan layak menerimanya dan kami tak punya sesuatu untuk dijadikan pertukaran. Jika diletakkan syarat, kami tak akan sanggup. Tapi hadiah yang seperti itu wahai Tuhan, akan jadi sesuatu yang sangat menggembirakan hati kami.

Sunday, March 25, 2012

marah

kata alya,

"1. If you're forcing something on people, please do not expect a 100% commitment from the person, apatah lagi nak blame orang for not behave as you wish. We're humans, not androids.

2. If you're trying to save a relationship - any type of relationship at all - please show some understanding and concern toward the people involved. Stop acting like you're so good. Stop acting like you own people. And jangan asik marah orang sesuka hati. We have feelings, and its real.

3. Stop causing mess. If you want people to suffer, think again. Are you happy, seeing other people crying? If it is so, then maybe I'm wrong, maybe you're not human after all. But just so you know, what goes around comes around.

4. Stop your drama. It is pathethic."


*************************************************************************************************************

heh. kenapa rasa terpukul sangat ni?

darah daging, tak sama macam orang lain
alangkah bagusnya seperti mana kita ajar orang lain
begitu jugalah yang kita dapat lakukan
dengan mereka
tapi expectation kita tinggi
perubahan itu kalau boleh kita nak cepat sahaja
maka jadinya kita tak sabar dan selalu marah
lebih-lebih lagi bila waktu itu adalah
saat kita muda, berdarah panas
kita marah sebab tak tahu macam mana nak kawal perasaan kita.

mungkin
kita boleh memilih untuk tak ambil peduli
buat tak kisah
tapi pesan ayah
tak kisah itu adalah perbuatan paling teruk
yang boleh dilakukan ke atas saudara sendiri
bila kita tak kisah, bererti kita telah berputus asa

lalu
selama, sejauh manalah kita
sanggup berputus asa
bila air dicincang tak akan putus?

mujur
melihat mereka hari ini
kelihatannya hidup mereka teratur
tapi siapa tahu kalau-kalau luka sebab dimarahi tu berbekas kan?

heh. ayat nak drama
empati aku tinggi
ilmu psikologi, dari buku pun boleh dapat
tak ada apa pun yang luar biasa.

itu halnya dengan darah daging
kalau marah dengan yang bukan darah daging kita?

jelas kan,
satu sahaja jawapannya.
sebab nak tunjuk bagus.

Friday, March 23, 2012

Lelapkan Mata

Di sekolah menengah,
ada rangkap kata-kata yang tertulis di atas meja.
Ditulis dengan pensel.

"Aku ingin lelapkan mata
agar tak nampak lagi penghalang
dalam perjalanan."

Seorang kawan saya, Adib Baharuddin sangat suka dengan ayat itu. Tapi mungkin juga dia sudah lupa sekarang. Kini dia bergelar guru.

Kalau boleh memang nak lelapkan mata pada waktu siang
dan buka luas-luas pada waktu malam.
Langit itu biarlah mendung pada siang harinya
pada malamnya tak kisah samada
gelap pekat
atau terang ada rembulan
ada bintang-bintang ataupun tidak
aku suka semuanya.

Kadang-kadang kita sibuk berada di muka bumi hingga terlupa keberadaan langit.

Memang ada dalam dunia ini
manusia yang sukakan bulan, hujan,
langit dan bintang.
"Kagumilah buah karya Tuhan, meskipun Dia sendiri memandang itu semua sebagai tiada."


*****************************************************************************************************
Ustaz itu menasihati
(ketika hendak memulakan tahnik pada bayi)
"Saranan nabi, doakan anak kecil itu.
Minta perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna
dilindungi dari syaitan,
makhluk berbisa
dan pandangan-pandangan yang jahat. Termasuk juga dalam pandangan yang jahat itu, bila mana pandangan kita terhadap bayi itu tak disertakan dengan ingatan dan pujian kita kepada Tuhan."

Seorang pakcik pula menasihati,
bila kamu mula mendekatkan diri dengan Tuhan
dalam erti kata yang sebenarnya
"Your source of pleasure will be your source of pain."

Apa betul ke?

Kalau ditanyakan hal ini kepada semua yang sedang berubah,
mereka akan mengangguk tanda faham dan setuju.

Wednesday, March 21, 2012

Bau


Kelmarin, semasa keluar dari rumah pada paginya untuk ke kelas, bau hujan di udara.
hujan pun ada bau tertentu mereka juga, tahu!

Hari ini, sewaktu melalui satu lorong dalam bangunan hospital, teringat bau library di sekolah rendah, juga bau library di MRSM KK.

Apa kes bau dengan kenangan silam nih? Heh. Nostalgik.

Kelmarin juga, mendengar cerita pakcik Russian tua (60-an mungkin?) yang membenarkan kami main ping-pong di sebelah rumah kami. Dia bertanya kepada kami, kami sembahyang ke tak? Lima kali sehari? Dia terkejut. Kemudian dia tunjukkan kami gambar dia di Uzbekistan (yang majoritinya muslim) suatu masa dulu. 33 tahun dia hidup di sana, maka tidak mustahil di usia senja begini, apa yang dimimpikannya di malam hari adalah itu. Nostalgia lagi.

Jumpa lagi blog best. Kata-kata yang best.

Saya suka semasa terbaca satu rangkap dalam puisi "Cinta, adalah nama lain bagi perempuan.", ingatan saya pun kembali kepada zaman kanak-kanak saya. Saya tersenyum.

Masih ingatkah saat kau pertama terlihat dia
gadis di kelas mengaji, dengan tudung putih polosnya
entah dari mana datang semangat,
tidak sempat hujung tahun,
kau tamatkan muqaddam dengan bersungguh.
Malu terlihat bodoh
dek gadis indah bertudung polos.

Dan artikel lain yang saya rasa best ialah - Warkah Buat Adikku Suri.

****************************************************************************************************

Hari ini sudah masuk minggu terakhir dalam bulan ini. Hujan mulai turun balik. Salji dah mulai cair. Mungkin, tadi itulah 'salji' terakhir dalam hidup saya, sebab lepas ini mungkin dah tak berkesempatan pergi oversea lagi. Takkan jumpa lagi. Musim bunga menjelang tiba. Pertukaran musim, kan?


Terima kasih banyak-banyak. Sebab banyak ajar tentang hidup. Lagu-lagu yang sebelum ini hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri, kini tampak seakan-akan ada makna baru. Artikel-artikel tentang perhubungan antara manusia, banyak yang sudah mula make sense. Sangat.


Allah, hidup ni menarik. Pasti syurga lebih menarik. Kan?
:')