javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Friday, July 16, 2010

Semoga

Semoga datang sesuatu yang mampu buat saya terpukul
dan bangun balik.

Oh, terasa seperti orang bodoh yang tertipu pula sebab
hanya menunggu tanpa berusaha.

Maaf, saya sudah terlalu keras untuk berfikir apa-apa.
Nampak seperti jumud, tetapi seperti tiada apa pun yang saya jumudkan.

Dan saat ini saya berfikir, mungkin sekiranya tiba-tiba dunia saya berubah 180 darjah, maka saya akan mula melihat dari sudut yang baru, dan penghidupan yang baru.
Tapi mampukah saya untuk menerima atau menghadapi dugaan sebegitu?

Berapa banyak benda-benda yang tak dapat dibayangkan berlaku dalam kehidupan sendiri ada di sekeliling....jadi gila, kena kanser, kebuluran, hilang tangan.
Rupa-rupanya benda-benda tersebut untuk direnungkan sesaat dua saat. Selepas itu boleh kembali kepada kehidupan biasa. Begitulah. Kehidupan sebuah robot.

Monday, May 24, 2010

Tenis

Pagi ini selepas bersarapan leher ayam goreng bersalut tepung Kentucky (yang digoreng semalam), dua bar coklat dan dua tiga teguk air kosong saya pun pergi ke stadium untuk bermain tenis. Kelihatan Faiz dan Pokwe sudah menunggu. Kelibat orang yang mengajak saya awal-awalnya masih belum muncul. Cis. Kalau tahu macam ni lebih baik saya datang sejam lebih lewat dari waktu yang diberitahu oleh rakan yang tak serupa bikin itu.

Kemudian datanglah Nazrul, Yadi dan Sofwan. Main tenis ni kalau anda semua nak tahu, sebenarnya senang sahaja. Saya seorang boleh mengalahkan mereka berlima, noobies yang cuba bermain tenis tapi malangnya tak berbakat. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. Sekian.

Thursday, May 20, 2010

Benda Baik

Seorang rakan saya memberitahu saya, bahawa, dalam dunia ini
ada dua perkara yang baik untuk kita.

1)Suruhan Allah dan
2)Perkara yang dah berlaku ke atas kita.


Suruhan Allah, dah tentu baik untuk kita. Perkara yang dah berlaku (atau yang akan berlaku sekalipun) ke atas kita, segala-galanya merupakan kehendak Tuhan. Yang tertulis dalam Luh Mahfuz. Kita tidak tahu apa yang tertulis untuk kita dalam Luh Mahfuz, tapi perkara yang dah berlaku, terang-terang adalah segala yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz. Maka terpulang bagaimana akan kita muhasabah dan melihat setiap perkara yang telah berlaku. Nak ambil pengajaran ataupun tidak?


Kemudiannya saya yang hanyir ini diminta memberikan sesuatu. Nak tak nak, saya cuba ingatkan diri sendiri dan orang lain, kongsi apa yang saya tahu. Tentang satu ceramah dari Nouman Ali Khan.

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang
Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka,
serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka
sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Al-Jumu'ah:2)


Nak buat sesuatu, mesti ada prosedur. Dalam Al-Quran pun kalau diteliti kita boleh tahu apa prosedurnya. Apa step dia. Membacakan ayat-ayat Tuhan, bersihkan, kemudian barulah keimanan boleh tertanam dalam hati.
Ayat-ayat Tuhanlah yang lebih dapat menyentuh hati manusia berbanding ayat-ayat manusia itu sendiri.

Rakan saya pun bercerita lagi, tentang mukaddimah Al-Zilal. Rupa-rupanya buku yang menarik itu tersimpan rapi dalam komputer saya tanpa pernah disentuh pun.

Antara benda lain yang buat saya gembira hari itu ialah, saya jumpa buku saya yang tertinggal di rumah rakan. Dan dalam buku itu tertulis :

Untuk dapatkan sesuatu yang tak nampak,
maka kau harus tak tertipu dengan segala yang nampak.

Allah sukakan orang yang bertaubat.

Anda mungkin memiliki kepantasan dan kecekapan berhitung, tapi anda memerlukan lebih daripada itu untuk memahami kedalaman makna.

Berapa banyak perkara-perkara samawi tersembunyi dalam setiap yang bersifat duniawi?

Wednesday, May 5, 2010

Masa Muda Dan Keindahan


Saya rasa ramai orang tak faham tulisan saya sebab suka berbelit.
Nah, saya persembahkan satu puisi Kahlil Gibran, kalau anda pun tak faham dia,
maka saya dikira normal. Hahaha.


Keindahan menjadi milik usia muda, tapi keremajaan yang untuknya dunia ini diciptakan tidak lebih dari sekadar mimpi yang manisnya diperhamba oleh kebutaan yang menghilangkan kesedaran.
Akankah hari itu datang, ketika orang-orang bijak menyatukan kemanisan masa muda dan kenikmatan pengetahuan?
Sebab masing-masing hanyalah kosong bila hanya sendirian.
Akankah hari itu datang ketika alam menjadi guru yang mengajar manusia, dan kemanusiaan menjadi buku bacaan
sedangkan kehidupan adalah sekolah sehari-hari?
Hasrat masa muda akan kesenangan-kenikmatan tidak terlalu menuntut tanggung jawab -hanya akan terpenuhi bila fajar telah menyelak kegelapan hari.

Banyak lelaki yang tenggelam dalam keasyikan hari-hari masa muda yang mati dan beku;
banyak perempuan yang menyesali dan mengutuk tahun-tahun tak berguna mereka seperti raungan singa betina yang kehilangan anak;
dan banyak para pemuda dan pemudi yang menggunakan hati mereka sekadar sebagai alat penggali kenangan pahit masa depan,
melukai diri melalui kebodohan dengan anak panah yang tajam dan beracun kerana kehilangan kebahagiaan.

Usia tua adalah permukaan kulit bumi;
ia harus, melalui cahaya dan kebenaran,
memberikan kehangatan bagi benih-benih masa muda yang
ada dibawahnya, melindungi dan memenuhi keperluan mereka
hingga Nisan datang dan menyempurnakan kehidupan masa muda yang sedang tumbuh dengan kebangkitan baru
Kita berjalan terlalu lambat ke arah kebangkitan spiritual,
dan perjalanan itu seluas angkasa tanpa batas,
sebagai pemahaman keindahan kewujudan melalui
rasa kasih dan cinta kepada keindahan tersebut

~ Khalil Gibran