javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Friday, February 13, 2026

Naif dan Literal

 Naif


Antara perkara yang mendapat perhatian baru-baru ini adalah berkaitan Epstein Files. Kes dah bermula lama, cuma kali ini menjadi viral semula sebab Department Of Justice (DOJ) ada lepaskan berjuta files berkaitan kes tersebut - namun banyak yang dihitamkan.

Trump yang tandatangan membenarkan file tersebut keluar kerana Transparency Act - nampak macam dia langsung tak terlibat, Bill Clinton tak terlibat, tapi semuanya dah banyak yang dihitamkan.

Dari sisa atau baki yang tinggal, ada orang yang buat kajian lebih dan nampak 'discrepancy' dan menyuarakan kejahatan yang Epstein buat.


Ada kawan tak percaya sesetengah benda - orang makan bayi sebagai contoh. Atau beberapa benda lain yang sangat teruk. Benda sama ada juga dia sebut berkaitan siri The Arrival yang cerita berkaitan Illuminati sebelum ini - ada sesetengah benda nampak begitu konspirasi dan tak kena dengan logik akal.


Saya tak dapat buktikan semua benda tu betul, tapi dalam masa yang sama - tak ada sebarang kejahatan yang mustahil dalam dunia ini.

Apa yang berlaku di Gaza, apa yang Israel buat... semuanya adalah toghut dan kejahatan seangkatan mereka.


Iblis telah berjanji, diberi masa hingga hari kiamat sejak Adam wujud - akan rancang segala macam perkara, segala macam kejahatan. Orang menyembah syaitan, menyembah iblis.

Al-Quran telah menceritakan segala macam kejahatan yang orang buat - Firaun bunuh anak lelaki, orang islam dicampak dalam parit yang dinyalakan api, kaum Lut melakukan hubungan sejenis... mungkin sebab terjemahan tidaklah begitu tangkap maksud perkataan, atau memang Allah tak nak sampai detailkan segala benda-benda jenayah yang ada.. tidaklah menjadi alasan yang ada kejahatan yang mustahil.


Saya kata,"ada sebabnya kenapa neraka tu ada berlapis-lapis, ada tingkatan-tingkatan mengikut kejahatan yang orang buat"


Kalau nak guna logik akal... apabila saya dengar mensyrikkan Allah adalah kezaliman yang paling besar - tak mampu nak hadam perbandingan tu dengan orang yang makan bayi, membunuh orang sesuka hati dan sebagainya.. tetapi itulah yang kita tak tahu dan tak dapat sampai kepada hakikat sebenar.


Akhir kata janganlah jadi naif, jadi skeptikal kepada semua perkara - tapi dalam masa yang sama tidak berputus harap dan masih boleh jumpa ruang untuk optimis.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Literal


Baru-baru ini juga ada cerita pasal jampi yang dibolehkan.

Saya rasa inilah jalan yang betul - kita tahu membezakan yang mana boleh ada ruang untuk bersikap open to any possibilities dan mana ruang yang kita kena define masalah dan ada metodologi yang spesifik dalam nak menanggapi sesuatu isu.


Kalau kita guna mindset yang sama contoh macam tadi - segala kejahatan tu possible, maka dalam kes boleh jampi ni... zaman Nabi ada kisah sahabat jampi sekian2, ada kisah pakai air kencing unta sekian2.. maka tiba-tiba contoh yang kecil boleh dikiaskan kepada banyak benda yang besar.


Maka dalam hal ini menjadi literal adalah lebih baik - percaya kepada hadis sahih, ayat Al-Quran yang jelas.. maka contoh atau kejadian adalah spesifik seperti dalam kes minum air kencing unta, saya lebih senang untuk menganggapnya sesuai untuk penyakit yang ada kaitan dengan cuaca Madinah https://hafizfirdaus.com/ebook/KMHHM/BC2.htm


Untuk tengok kupasan-kupasan hadis macam itu boleh rujuk https://hafizfirdaus.com/ebook/KMHHM/Content.htm


Terkadang sesuatu yang kita berikan kelonggaran, kesannya akan menghasilkan sesuatu yang lebih teruk seperti wujudnya bidaah, khurafat dan sebagainya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Hari ini dah 11 tahun berkahwin... satu tempoh yang sekejap sahaja sebenarnya. Lebih banyak anak, masa akan jadi lebih pantas. Tak lama lagi Ramadhan akan tiba. Sekarang pun tengah sibuk dengan gunakan AI melorongkan jalan baru, harapnya kali ini adalah seperti kita jumpa facebook page, facebook ads dan hasilkan jenama dalam saham pada tahun 2015-2016. 


Namun sekalipun AI boleh bantu banyak benda, konflik dengan manusia ni, masih tak senang nak selesaikan. Perasaan orang tak sama. Pengetahuan, latar belakang tak sama. Umur berbeza. 


Kepada Tuhan kita adukan sesalan-sesalan kita.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tak faham bahasa


Ada tengok satu tiktok tu, orang tu rajin baca buku, dan selalu ulas apa yang dia baca. Tapi ada satu video dia jumpa kawan dia yang sedang menyelami sastera, puisi, pantun dan dia kata dengan kawan dia tu yang dia tak boleh nak 'appreciate' sastera. 


Saya macam - ada juga orang yang rajin membaca tapi memang tak boleh 'rasa' eh.


Kawan dia beri nasihat, "Kau kena heartbroken dulu, baru boleh healing dengan sastera".


Huu, heartbroken atau situasi teruk apa dalam hidup yang buat kita terpaling sastera pada hari ini?


No comments: