javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, January 22, 2012

Lepat (Ismail Ariffin), Aishah Jane Brummit, Sunni Sazali, Siti Aminah, Azali


Sedang saya tengok-tengok youtube, saya terserempak dengan video di bawah, iaitu video kanak-kanak comel bercakap bahasa Melayu. (youtube memang best, boleh buat anda sesat entah ke mana-mana, padahal asal-asalnya tengok foreigner berbahasa Melayu)



Saya selak juga beberapa komen di bawah video itu, dan saya kemudiannya tertarik dengan komen berikut :

hye abg lepat..baru terjumpe vlog ni...sweet..dulu folo gak kes abg lepat tu...tp pastu senyap jek..skang abg lepat da ada keluarga baru..anak2 yg kiut gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrr...jele­s sgt dgn kecomelan n kepetahan anak2 abg lepat..hehe.
pernah terserempak ngn abg lepat ms kat KL dulu...yearssss ago..just sempat say hye jek..
semoga berbahagia dunia akhirat ye..
doa org teraniaya dimakbul allah..insya allah...

Apakah? Ini anak siapa? Lepat? Siapa lepat? Apa kes Lepat ini sebenarnya?

Ini menggerakkan skill detektif saya untuk mengkaji lebih dalam tentang kes ini. Saya pun google la, Siti Aminah, Lepat, Sazali.

Searching and googling for answers, i can do it all day kalau sesuatu topik tu sangat-sangat menarik!!

Ternyata pencarian saya tak sia-sia. Ini adalah berita yang menarik! Kisah Lepat dulu rupa-rupanya saya pernah baca dulu di Mastika....bagaimana Lepat, seorang pelukis, berkahwin dengan orang putih dan kemudiannya berlaku konflik, berebut hak penjagaan anak, diculik dan sebagainya. Sudah 13 tahun berlalu sejak kisah ini mendapat perhatian Mastika..

Bahawa dalam dunia ini ada pelbagai cerita...mungkin cerita-cerita itu pernah kita dengar semasa kecil dahulu, namun apabila sudah dewasa, kita jumpa atau dengar lagi cerita itu, cerita itu pasti akan jadi lebih menarik. Faktor masa dan usia menambahkan 'kesenian' buat semua jenis cerita, biar se'simple' mana pun satu-satu cerita itu. Is it true that time heals everything? Zasss!

Ok saya tak ada masa nak tulis banyak, saya hanya akan copy paste sahaja.

Dipetik dari http://kechiksempoi.blogspot.com/2011/03/kisah-lepat-pelukis-jalanan.html

Kronologi kes Lepat :

-Perkahwinan dahulu antara Ismail Arifin (Lepat) dengan Jane Brummit @ Aishah Jane Abdullah mendapat zuriat (seorang anak yang bernama Sunni Sazali yang dilahirkan di Malaysia)
Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum Lepat membawa anaknya ke Amsterdam dan kemudian pulang ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996


-Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan


-5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua semasa dalam Custody Makhamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam
Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester pada Ogos 1997 supaya Ismail Ariffin memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.


-Pada laporan akhbar 18 Mac 2010 (berita Harian), melalui kenyataan Ketua Polis Negara pada masa itu polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat, Aishah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni, ke England, 13 tahun lalu
Tiga belas tahun lalu, Aishah melarikan anak hasil perkongsian hidup dengan Lepat, 42, selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Othman Ibrahim.
Pada 1 April 1997, mahkamah itu mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni, setiap Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown. Namun, Aishah mengambil kesempatan itu untuk melarikan Sunni ke England menerusi sempadan negara di Bukit Kayu Hitam.


-Ketika itu, polis menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu culik daripada penjagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.

Sunni Sazali semasa kecil


Sunni dah besar


Dipetik dari http://purplelurve11.blogspot.com/2011/12/lepat-and-kids.html

"You know what I FOUND???


Sunni now lives with his mom, Aishah Brummit, in the UK. Not sure whether it's Devon or Bristol but it's in the UK, for sure. And...Sunni is the member of Jukebox Juniors!!! Do you know Jukebox Juniors?? They are one of the best dance group who participated in first UK's Got To Dance! Wow!!!! Dah 16 tahun rupanya dia nie...


Muka pun ada iras-iras Lepat, kan?!"

Sunni 16 tahun

Jadi apa yang berlaku dengan lepat sekarang?
Dipetik dari http://lugieamir.blogspot.com/2010/11/siti-aminah-smile-fr-german.html

Lepat bersama isteri

Jadi Lepat dah pun berkahwin dengan perempuan Jerman (Germany) dan hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan dua orang anak, iaitu Siti Aminah dan Azali. Di bawah adalah antara video-video mereka :






kadang-kadang baca komen youtube ni, lawak ada menyirap pun ada. Ada yang kata kalau kalau Siti Aminah balik malaysia, Mia Sara tercabar la, Siti Aminah ni Emma Watson masa kecik la....hahahaha

Dan secara tak sengaja saya tersesat lagi ke video lain (selingan) :



Tapi sebenarnya, walaupun Lepat dah berkahwin, dah ada anak dua, sakit tu masih ada. Ikuti luahan perasaan Lepat dalam video berikut. Pandai-pandai la bezakan fakta, pandangan, pengalaman peribadi, sahih atau palsunya perkataan dan sebagainya.

Dipetik dari http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/37896-13-tahun-dianiaya-oleh-sistem-politik-malaysi



Video ni sejam, kalau tak ada masa tengok lah. Best tengok Lepat cakap, macam orang tengah borak kat kedai kopi. Sebenarnya tengok dia cakap, cara dia cakap macam orang yang saya kenal, terutama time die sbut Allah Muhammad Adam, kenal diri kenal Tuhan dan sebagainya. heheh.

Ok untuk neutralkan pandangan kita kepada pihak pembangkang dan kerajaan :




14 comments:

Anonymous said...

best jugak your writing. insyaAllah i baca slalu :)

Pengembara said...

insyaallah...............:)

olahbersama.blogspot.com said...

Terbaik laa... aku baru tgk vid yg lepat ckp sejam tu.. mmg penang abih.. mmg syor dengaq dia gebang pkara yg dia pendam dah lama... ttb tgerak naktau kesah lepat ni.. atlast aku pun trsesat dgn blog ko ni... tq tq

Unknown said...

Hahahaha

saje_saje je said...

aku pun tumpang kesal dengan kes yang dialami oleh lepat,tp nak buat camana .pihak berwaji pun satu hal,yang tak berwajib pun satu hal.ini kes sejagat,global,agama,bangsa,maruah,masa depan dan banyak lg le.....begini la...andai tak selesai-lesai jgk nanti hangpa yang bertanggungjawab tunggu beri jawapan di muka pengadilan nanti.Insyaalah!

Unknown said...

Kesian kat lepat ni. Dia mmg btul2 teraniaya. My husband knl baik dgn keluarga lepat ni. :-)

Unknown said...

Salam!

Saya pun baru mengikuti perkembangan lepat. Tapi yang paling menarik ialah bagaimana dia mendidik anak anaknya menilai ugama dan bangsa. Saya rasa ini terhasil dari pengertian dalaman lepat mengenai Usulludin.

Alhamdulillah.

syesaurus said...

Follow my blog www.syerazalina.blogspot.com

Syahid said...

https://www.reddit.com/r/malaysia/comments/47uxz2/saya_seorang_syiah_muslim_di_malaysia_tanya_saya/?utm_source=amp&utm_medium=comment_header

Syahid said...

https://www.reddit.com/r/malaysia/comments/47uxz2/saya_seorang_syiah_muslim_di_malaysia_tanya_saya/?utm_source=amp&utm_medium=comment_header

e-one said...

salam. . ak mmg simpati dgn kes ank lepat yg lepas ni.. tp ad stu bnde yg ak musykil dgn dye ni. . dye xnk smbhyg sbb dye ad kate xgune smbhyg klau xknal diri sndri. . dye ni kdang2 ak tgk mcm anti hadis pon ade... jage2. .

Pengembara said...
This comment has been removed by the author.
Pengembara said...

Pergh. Ad jgk org baca blog ni lagi... Terima kasih mmbaca

Anonymous said...

Kesian kisah lepat ni..sy mula² dulu baca dlm mastika.lps tu tgk youtube dia..lps tu cari plok youtube jukebox junior...gigih mencari..nak tahu apa lah nasib@pegangan anknya tu