javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, May 22, 2012

tegas dan percaya


tegas.

ini kisah berkaitan surat layang yang saya terima daripada beberapa orang. ok bukan surat layang, cuma nota-nota kecil dari kawan-kawan.

ada kata-kata semangat, ada juga teguran. ajaibnya, rata-rata teguran itu berkisar tentang satu perkara, seolah-olah mereka berkomplot untuk menyebutkan hal yang sama; iaitu perlunya saya lebih bersikap tegas dalam menyampaikan sesuatu.

yup, itu bukan komplot pun, tapi sesuatu yang jelas, yang ramai orang boleh nampak.

melihat ke belakang, tak tahu apa puncanya saya tak berani bersikap tegas. mungkin ada faktor personaliti saya sendiri. mungkin ada faktor latar belakang keluarga juga.

kalau ada konflik, saya rasa sayalah orang yang paling mudah terkesan sekali. sensitif.
melihat dari pengalaman pula, sudah ada beberapa kali, bila saya nyatakan sesuatu, perkara tersebut telah meretakkan hubungan saya dengan orang yang rapat dengan saya.

sikap tidak berani menyatakan pendirian adalah tidak elok. lebih teruk lagi, sifat suka mengkaji/menyelidik, menambahkan lagi perkara-perkara dalam hidup yang memerlukan kita untuk berpendirian tegas. dalam kebanyakan perkara, tidak ada jalan tengah lagi.

bercakap di khalayak, dan mengeluarkan isi-isi atau hujah adalah lebih senang. tapi bila melibatkan perbalahan atau yang mampu memecah-belahkan orang ramai, jadi kaku.

mungkin, masalah ini akan terus menghantui. entah bila nak berhenti agaknya.

****************************************************************************************************

percaya.

lepas tengok satu cerita dari barat, berkaitan persaingan antara dua orang agen perisik.
best sebab penuh aksi dan jenaka, tapi penamatnya meresahkan. juga orang bukan barang untuk direbut.

bagaimana kalau orang yang kita percaya mempunyai kisah silam yang hitam. tak ada siapa yang nak judge, tapi pastinya sesetengah kisah silam akan terlintas sekali sekala kan dalam kepala masing-masing.
percaya Tuhan, patut lebih besar lagi dari percaya manusia.

kepercayaan kita kepada sesama manusia, kepercayaan kita sendiri kepada Tuhan, tak perlulah manusia nak mengujinya atau menduga-duga. Tuhan akan mengujinya bila-bila yang Dia mahu, dan saya secara peribadinya pun tak ingin diuji oleh manusia lain.

tapi salah satu ciri yang saya suka, dan harapnya kekallah pada saya, apabila sesuatu masalah itu sudah dikira selesai, bila saya dah tak ada apa-apa kaitan lagi, walau sakit macam mana pun, boleh buat macam tak ada apa-apa. In certain cases, siap boleh lupa lagi.

ada artikel ni, kepercayaan = kesetiaan + keikhlasan. best. dah lama dah baca, baru nak promote hari ni.


10 comments:

eina said...

Kuingatkan diriku, biar melaras ikhlas dan setia ke angka sifar.

Seperti itulah iman. Kau setia menganutnya. Kau ikhlas mentaati-Nya.

*terbaik!* doakan exam saya 3 papers lagi *wink*

Pengembara said...

best gila artikel tuh, kena bc byk kali br dpt tngkap ap yg nk dsmpaikan...

selamat mnjawab exam, eina!
atau awak nk sy tukar setting kat blog ni supaya lain kali boleh baling batu sembunyi tangan? ^^
mana tahu tak suka guna akaun eina..

eina said...

oh takut kene delete dan dihurai dalam entry baru :p

Pengembara said...

sama je sebenarnya...walau apapun nama yang digunakan tetap ada kemungkinan untuk dihuraikan juga...contohnya

eina.
seorang yang pelik dan bla bla bla.....

zzzz

eina said...

ada orang mengumpat pasal awak dalam blog :p

http://theotherkhairul.blogspot.co.uk/2012/05/ciri-ciri-anak-lelaki-yang-sesuai-anda.html

Pengembara said...

oh dah baca dah seblum awak promote lagi. sepatutnya artikel tu lebih menyenaraikan banyak lagi kelemahan anak bongsu...tak adil langsung

bagi saya, dalam seluruh artikel tersebut, ada satu ayat yang sangat menarik. ayat tersebut berupa teori. cuba teka.

eina said...

"kita tak sepatutnya mencari masalah" - satu kepala Ahmad Ahmad

Pengembara said...

yup, jgn cari masalah lagi..

eina said...

http://www.youtube.com/watch?v=Y2au8hlKcyk

menarik!

Pengembara said...

dh tgk habis ke...best?
br ingat nk tgk citer alien...
tp ayat intro pun dh best..watching