javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, December 14, 2011

Wabak Global. Panic. Fear and Greed.



"Buy when there's blood in the streets, even if the blood is your own."
-Baron Rothschild


Tengok movie "Contagion" dan baca satu blog orang cerita pasal krisis ekonomi yang bakal berlaku hari ini. Setelah difikir-fikirkan, kedua-duanya membawa tema yang sama, kedua-duanya berkait rapat dengan emosi dan 'behaviour' manusia.


Krisis ekonomi

Ada tiga video, dan tiga-tiganya boleh dikatakan best. Mungkin kita yang tak pernah tengok atau belajar tentang ekonomi tidak faham sangat apa yang video ini hendak sampaikan, tapi nasihat saya adalah, take time to listen. Dengar je segala benda walaupun mungkin tak faham pada asalnya, sebab, kemudian, unconsciously, benda-benda yang kita dengar ini akan cuba make sense.







Dalam video pertama, Alessio Rastani, pemuda kacak itu menceritakan tentang krisis ekonomi yang akan berlaku. Dia sangat berharap perkara itu berlaku. Memang, krisis ekonomi adalah sesuatu yang teruk, ramai orang hilang pekerjaan, kekacauan berlaku di mana-mana. Namun dalam masa yang sama, bagi orang yang tahu tentang keluar masuk duit, ekonomi, sudah mula membuat persediaan jika tidak sepenuhnya...tidak dapat tidak akan menanti-nantikan perkara ini. Kenapa? Sebab apabila seseorang itu mempercayai sesuatu konsep, dia akan cenderung untuk melihatnya dengan mata kepalanya, akan kebenaran 'ramalan-ramalan' yang terkandung dalam ilmunya. Dia hendak melihat sesuatu 'teori' itu berlaku di hadapan matanya.

Saya tahu apa yang Alessio Rastani cakapkan itu betul, berdasarkan kajian saya. Namun dalam The Sunday Night Show, terang-terang dia dipersendakan dan dijadikan bahan gurauan sebab ramai orang tak puas hati dengan pandangannya yang kontroversi. Saya ingat ramai orang dah tahu tentang kebenaran kata-kata Rastani, rupa-rupanya tidak. Terbukti, 'herd mentality' itu masih ada. Bila ramai orang nak jadi pembangkang, semua nak jadi pembangkang. Bila semua orang asyik bincang isu harga minyak naik, kita pun nak ikut sama. Bila tengok orang lain berpakwe makwe, kita pun nak. The list goes on....

Saya tahu ramai orang yang tak nak ambil kisah pun pasal benda ini. Masing-masing akan teruskan kerja macam biasa. Mungkin kalau kita tanya mak ayah kita, apa kesan Asian Financial Crisis tahun 1997 terhadap ramai orang, kita akan tahu betapa teruknya krisis tersebut. Ada orang bunuh diri, rugi berjuta ringgit. Malaysia hampir-hampir hendak pinjam wang dari IMF yang akan mengakibatkan ekonomi negara susah nak membangun, negara hilang kedaulatan, IMF berhak menentukan polisi-polisi seperti pendidikan dalam negara dan sebagainya. Itu zaman mak ayah kita. Kita masih di sekolah rendah.

Krisis lain yang berlaku? Hujung tahun 2000. Tahun 2008. Kita tak tahu apa yang berlaku pun, sedangkan ramai orang sebenarnya tengah susah teruk.

Sistem ekonomi sekarang, US terutamanya, sedang menghidap kanser. Setiap hari US sebenarnya berhutang jutaan US Dollar dengan negara-negara lain seperti China. Negara yang berdiri dan berfungsi atas hutang sebanyak itu tidak akan kekal lama. There will be 'economic power shift from West to the East". Segala kemewahan yang selama ini hanya dikecapi oleh rakyat Amerika hasil titik peluh orang Asia akan mula diagihkan kepada penduduk dunia yang lain, iaitu Asia dan Afrika.

Kita berada di zaman yang menarik ketika ini. Kita akan berada di sini, dan menyaksikan semua perkara ini berlaku. Krisis ekonomi, pemindahan kuasa, kebangkitan Islam dan sebagainya.
Dah tentu, kita tidak akan hanya berdiri dan tengok. Be counted in the process. Make a choice. Sebab kalau kita tak terlibat ataupun memutuskan apa-apa, hidup kita hanyalah satu pembaziran.

Do your research, be a contrarion. Be different. Sebab bila sama je semua orang dalam dunia ni, dunia jadi bosan.

Filem Contagion

Ok Matt Damon yang macho.



Kalau nak takut, semua benda dalam dunia ni boleh buat kita takut dengan infection. Sentuh tombol pintu (doorknobs) takut. Nak naik public transportation takut.


Jalan waktu malam seorang diri, takut ada hantu. Bawak motor takut kena accident. Keturunan kita ada penyakit yang berkait rapat dengan genetik, takut. Tak perform dalam kelas, tak perform masa kerja, pun takut. Semuanya takut.

Ada satu fakta menarik.

Dikatakan umur digalakkan 'cancer screening' untuk satu jenis kanser ini, (kalau tak silap saya berkaitan dengan perempuan), dinaikkan dari umur 35 kepada 38 tahun macam tu lebih kurang. Sebabnya adalah, kalau seorang perempuan itu di'diagnose' dengan kanser tersebut pada umur 35 tak ada bezanya jika dia di'diagnose' pada umur 38 sebab 'stage' masih sama, masih peringkat awal. Namun demikian, seorang wanita yang tahu dia ada kanser pada umur 35 tidak dapat hidup dengan baik dan tenang selama tiga tahun dibandingkan dengan seorang wanita yang tahu dia ada kanser pada umur 38tahun.

Takut hanya buat hidup serabut. Banyak benda lain boleh kita buat. Tapi itu tidak bermakna kita jumpa doktor hanya bila sakit tenat, jangan salah faham. Ini saya hanya cerita pasal kanser tersebut yang terbukti pada umur 35 dan 38, peringkatnya masih di permulaan.

Kalau seseorang itu belajar betul-betul pasal Al-Quran dan sunnah, hidup dia mesti aman dan teratur. Kalau dia laksanakan seluruh ajaran tersebut, dia adalah manusia paling beruntung dunia akhirat. Dia tak takut masa orang lain takut. Dia tak sedih masa orang lain yang tak bersedia menghadapi sesuatu keadaan, sedih. Dia tahu apa yang dia perlu lakukan untuk setiap keadaan. Contohnya, masa wabak berlaku, dia tak akan keluar dari kawasan tersebut, sebab itu apa yang nabi sebut, nabi suruh. Dia akan berkorban, terkorban, macam sahabat nabi, tapi dia memberi kehidupan kepada orang lain - orang lain tak akan dijangkiti macam dia.

Saya bercakap ini bukan dari pengalaman, tapi dari pemerhatian semata-mata. Dan sebenarnya bila seseorang itu hanya tahu bercakap dari pemerhatian sahaja, anda boleh buang dalam longkang je. Terpulanglah.

Profit Taking from Panic

No comments: