javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Monday, December 5, 2011

Dien Athlichniki


Saya rasa semua orang ada masalah ini. Ada sesuatu perkara, benda atau seseorang dalam hidup anda, apabila anda teringat atau terlihatnya, atau mungkin tersentuhnya.....akan 'trigger' satu perasaan sakit dari sudut hati yang paling dalam. Luka yang tak terubat.

(kata-kata di atas tak ada kaitan dengan tajuk post ini)

***********************************************************************************************

Petang Khamis, satu rumah tak ada air. Lepas tu kecoh nak makan mana, macam mana nak masak dan sebagainya. Ada yang mencadangkan supaya call Restoran halal "Caihana", tapi akhirnya tak ada orang pun nak call. Nak cuba cari nombor pun tak mampu. Ah, serabut betul. Setiap kali nak tempah makanan luar, mesti tak jadi.
Apa susah beb, google je boleh dapat la. Saya google, jumpa banyak restoran - Yakitoria, Frant Ell, Rusters, dan Zhar Pizza. Decide Zhar Pizza dan kami pun tempah 2 papan pizza dan kentang goreng.


Ok petang Jumaat pun tak ada air, tapi takkan hari-hari nak tempah makanan luar kan. Jadi, pandai-pandai la hidup.


Antara benda-benda menarik yang saya jumpa sepanjang minggu ini :

1. Semut
Tentang kerjasama, disiplin, kerajaan semut. Tentang kecanggihan ciptaan Tuhan. Kita manusia pun tak banyak bezanya dibandingkan dengan semut.



2. Salafussoleh
Dalam usaha memantapkan corak pemikiran kita



3. Mistake
Sebuah artikel yang best. Saya akan 'quote' banyak benda di sini.

http://lifehacker.com/mistakes/

"It's never easy to admit you've made a mistake, but it's a crucial step in learning, growing, and improving yourself."

"But for many reasons admitting mistakes is difficult. An implied value in many cultures is that our work represents us: if you fail a test, then you are a failure. If you make a mistake then you are a mistake (You may never have felt this way, but many people do. It explains the behavior of some of your high school or college friends)."

"For anyone who never discovers a deeper self-identity, based not on lack of mistakes but on courage, compassionate intelligence, commitment and creativity, life is a scary place made safe only by never getting into trouble, never breaking rules and never taking the risks that their hearts tell them they need to take."

"The kind of mistakes you make define you. The more interesting the mistakes, the more interesting the life. If your biggest mistakes are missing reruns of tv-shows or buying the wrong lottery ticket you're not challenging yourself enough to earn more interesting mistakes.
And since there isn't much to learn from simple and stupid mistakes, most people try to minimize their frequency and how much time we spend recovering from them. Their time is better spent learning from bigger mistakes. But if we habitually or compulsively make stupid mistakes, then what we really have is an involved mistake."

"Professional investigators, like journalists, police detectives and doctors, try to get as many perspectives on situations as possible before taking action (Policemen use eyewitnesses, Doctors use exams and tests, scientific studies use large sample sizes). They know that human perception, including their own, is highly fallible and biased by many factors. The only way to obtain an objective understanding is to compare several different perspectives. When trying to understand your own mistakes in complex situations you should work in the same way."

***********************************************************************************************

Dien Athlichniki

Untuk sekali atau dua kali dalam setahun (saya kurang pasti), akan ada satu hari diperuntukkan sebagai Dien Athlichniki, yang bermaksud Hari Pelajar Cemerlang. Wow. Setelah menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu baru sedar betapa besarnya program ini sebenarnya. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar yang mendapat markah 5 (grad paling tinggi) dalam setiap subjek peperiksaan untuk semester tersebut akan mendapat anugerah dari dekan ataupun rektor universiti. Siapa yang beri anugerah tersebut pun saya kurang pasti. Ok stop desak saya. Saya kurang pasti sebab saya tak pernah dapat anugerah tersebut. Huh.

Saya tengok senarai nama yang dipaparkan pada blog MSA (malaysian's students association)....ramai juga kan yang dapat. Ok mantap ada juga wakil dari budak MARA batch saya. Tahniah kepada semua yang berjaya.

Dapat markah 5 dalam peperiksaan di sini adalah satu perkara besar, and it really matters. Tak ada siapa patut kata 5 itu sampah, ataupun tak berguna. Honestly, saya memang tak pernah dapat anugerah pelajar cemerlang tersebut. (Shush, bukan pembaca blog saya tak perlu tahu tentang perkara tersebut) Kalau tidak saya tidak akan boleh lagi berlagak pandai di hadapan junior..haha.

Kembali kepada topik asal. Saya tidak pernah dapat anugerah tersebut, makanya saya tidak berhak menjadi orang yang mengkritik atau memperkecilkan anugerah tersebut. Seperti juga dalam keadaan contohnya kita memang tak minat tengok bola, lepas tu kita kutuk orang yang tengok bola. Mentang-mentanglah kita dijadikan sejak azali lagi tak minat tengok bola, kita kata tengok bola itu sampah. And that is wrong and not justified. Kalau betul pun tengok bola itu ada kesalahannya, biarlah orang yang lebih arif, yang memang asal-asal minat tengok bola yang memperkatakannya, dan mungkin selepas itu barulah kita boleh menceritakan atau menyampaikan kata-kata 'bekas' peminat bola sepak tadi itu di khalayak ramai. 'Quoting' them. That's the rule. Who created it? Me.

Kebetulan pula kan terbaca artikel berkaitan Mistake dan pengumuman Dien Athlichniki dalam masa yang hampir sama? memang takdir. Ok berdasarkan artikel itu, kita seharusnya mencari kesalahan diri kita, tanpa menyalahkan orang lain. heh. memang betul bila saya tengok balik, saya memang banyak buat silap. Tapi faktor persekitaran juga mungkin boleh diambil kira. (Obvious, saya masih nak salahkan orang lain)

Melihat diri sendiri, memang banyak yang silap. Untuk tahun pertama, hidup tak ada matlamat, benci Volgograd, tak ada laptop, selalu pinjam laptop orang, gaduh dengan orang, hidup kalau boleh nak enjoy. Untuk tahun kedua, dah ada laptop sendiri, diperkenalkan pula dengan DOTA. Untuk tahun ketiga, sifat-sifat lama saya masih tak berubah walaupun kurangkan bermain DOTA. Procrastinating, kalau baca buku baca sekali imbas (ingat boleh buat macam kat MRSM dulu). Untuk tahun keempat, rasa rilek sikit, belajar pun makin seronok sebab dapat jumpa patient. Sumber pembelajaran boleh pakai yang international punya, atau pakai wikipedia pun dah boleh. Tapi basic masih lagi lemah, keadaan yang dah mula rilek adalah prerequisite untuk bermain dengan lebih seronok. Untuk tahun kelima, saya dah ada satu smartphone, satu sem saya hancur/tak belajar betul-betul, smartphone hampir hilang, sem kedua baru mula belajar gunakannya dengan baik. Mula banyak membaca (walaupun kebanyakannya bukan berkaitan medik...lol)

Melihat sekeliling, kadang-kadang saya mempersoalkan banyak perkara. Kenapa cikgu kat sini tak ajar je terus semua benda, A to Z? Kenapa cikgu-cikgu tertentu biased kat pelajar? Kenapa buat satu group 6-7 pelajar je, kenapa tak gabung banyak terus? Kenapa group saya atau mungkin Malaysians generally tak aktif dalam kelas...macam tak berani? Kenapa perlu habiskan banyak masa dalam kelas Russian? Kenapa perlu takut cikgu bagi kita 3? kenapa kita perlu sedih kalau kita tak dapat 5? Budak batch saya rata-ratanya ada ideologi masing-masing...ada yang salafi, ikhwani, liberal, sufi, PAS, UMNO, pergaulan bebas, playboy, playgirl....kenapa??!!


Itu tak masuk faktor-faktor lain lagi, faktor emosi, spiritual. Tapi semua benda ada hikmahnya. Berdepan dengan satu pintu yang tertutup, kita kemudiannya menemukan banyak pintu lain yang terbuka. Apabila kita tidak mampu berada dalam keadaan yang kita harapkan, kita boleh sama ada mengubah diri kita untuk mengatasinya ataupun melihat keadaan tersebut dalam sudut pandang yang berbeza.

Antara hikmah yang boleh saya ambil ialah :

1. Bermain DOTA merapatkan hubungan saya dengan orang lain. Sampai hari ini, walaupun mungkin saya dah jarang main dengan budak-budak 4th year sekarang, tapi kalau jumpa mereka saya mesti rasa 'excited' sangat.

2. Menjadi orang yang tidak boleh diharap dalam kelas mungkin adalah latihan untuk menerima tekanan-tekanan emosi sewaktu bekerja sebagai HO nanti setelah graduasi. Ah, paling kurang pun, biasakan diri untuk menerima kritikan-kritikan dari orang lain.

3. Mengajar saya bahawa ada masanya kita akan berada di bawah. Saya boleh dikatakan antara pelajar terbaik dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Ok fine. Sekali sekala di bawah apa salahnya kan. Guess need to learn it the hard way. Rasa ramai budak Volgo yang lain pun alami krisis macam saya ini juga. Antara benda paling sakit.

4.....Ok jam dah menunjukkan pukul 12.24pagi. Kalau ada lagi nak tambah, saya akan tambah. Di bawah adalah video tentang perbezaan 1st year dan 6th year di Rusia. Tak tahulah kenapa dia buat macam tu deliberately. Adakah untuk pelajar 6th year enjoy?

No comments: