javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, May 28, 2025

Bittersweet Longing

 ada sesuatu dengan salji yang buatkan masa berjalan dengan pantas.


boleh jadi sebab sibuknya menahan sakit kesejukan hingga ke tulang sumsum atau hujung jari kaki dan tangan; terpesona dengan keindahan warna putih; nampak sopan dan dunia dengarnya seperti senyap menyembunyikan hiruk pikuk kesibukan hidup. 


manusia tak perlu takut kehilangan sekiranya pada awalnya sudah terima hakikat bahawa dia tidak mempunyai apa-apa.


mungkin ada masa-masanya ruang untuk curang atau mencari yang lain itu ada, tetapi samada perasaan terlalu malu atau it's not worth it.


dunia bukan satu tempat yang sumbernya tidak terhad, mempunyai sifat atau satu kelebihan biasanya datang dengan kekurangan yang lain - satu bentuk trade off. 


kita harus memilih kesakitan atau perjuangan kita sendiri - itu pun dalam keadaan kita diberi pilihan; dalam keadaan tiada pilihan, terserah kepada takdir bagaimana Tuhan memperjalankan hidup kita.


saya memohon Tuhan untuk mempermudahkan urusan.


dalam bait puisi atau kata-kata kita sembunyikan niat, pengalaman atau peristiwa. Ada masanya benda yang sama berlaku terhadap lagu-lagu yang dimainkan.


terima kasih buat yang masih menulis, jiwa menjadi senang kerananya. itupun kalau saya tak lupa menjengah tulisan kalian akibat disibukkan oleh kerja, tiktok, youtube, facebook dan macam-macam lagi.


saya gemar tulisan yang jujur - tulisan berbentuk seperti diari, tujuan asalnya bukan untuk dipaparkan di media sosial mencari publisiti, populariti ataupun mencari rezeki dengan menjual buku - walaupun itu semua tak semestinya menjadi kesalahan.


wanita yang menulis dengan jujur dan memiliki suara hati seakan dewi, lelaki pula adalah dewa dan mata dibutakan dari melihat mereka sebagai manusia.


idola letaknya di atas pedestal, terlalu suci untuk dijadikan pasangan.


untuk memilih pasangan - perlu melihat kepada kebutuhan-kebutuhan lain; mencari keseimbangan dan apa yang kita termampu atau terkufu dari sudut material, spiritual, biologis, jiwa.


perkahwinan adalah usaha yang berterusan, akan ada elemen pengorbanan. ada waktunya untuk nikmat, kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan tapi bersiap sedia juga hadapi baran, meluat, kesedihan dan kebencian.

*ketika ini sedang viral kisah cikgu SMK Ayer Keroh dan wiring cctv

sewaktu kecil, hujung minggu - tanpa perlu risau kerja sekolah, mak dan ayah biasanya akan bawa berjalan, dan di penghujung waktu hujung minggu akan rasa kesedihan atau kekosongan... perkara sama berlaku baru2 ini diutarakan oleh Ibrahim selepas habis bermain di Mocity Funpark di Klebang pada hari Ahad malam.


saya bertanyakan kepada chatgpt : 

"is there a word referring to this emotion : during weekend, i enjoyed my time with family, at the last moment or hour of weekend, hope that this situation persist, the happiness. what is this feeling"

https://chatgpt.com/share/6835ec0c-9e94-8009-9cf2-9308261a7154


maka jawapan yang mungkin adalah : bittersweet longing, nostalgia, saudade, melancholy joy. Bahasa melayu pun ada diberi, tapi rasa kalau kena dan sesuai pun adalah "Harap masa terhenti" – perasaan ingin momen itu kekal.


Keesokan harinya, Isnin, cuti sekolah sempena hari sukan pada Sabtu, bawa Ibrahim dan Musa bersama wife - tinggalkan Sumayyah di taska - untuk pergi ke SnowWorld Ayer Keroh... maka mengembalikan nostalgia kepada kesejukan di Volgograd.


https://www.google.com/search?as_q=volgograd&as_epq=&as_oq=&as_eq=&as_nlo=&as_nhi=&lr=&cr=&as_qdr=all&as_sitesearch=blogspot.com&as_occt=any&as_filetype=&tbs=


Duh, rindu.


Tuesday, May 20, 2025

Hakikat dan Makrifat

 [ha.ki.kat] | حقيقت

Definisi : Ar sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn kebaik­an hendaklah dibalas dgn kebaikan; menghakikatkan menjadikan hakikat ba­ha­wa: seseorang yg telah menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg Tuhannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)



[maÖ.ri.fat]/[ma/.ri.fat] | معرفة

Definisi : Ar 1. ilmu mengenali sesuatu; 2. (dlm ilmu tasawuf) ilmu mengenali hal kerohanian pd peringkat yg tertinggi atau sempurna; bermakrifat 1. (dlm ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur; 2. mengetahui benar-benar: bolehkah hamba ~ bahawa hamba akan mati bersama-sama dgn ibu hamba? (Kamus Dewan Edisi Keempat)



Sumayyah

Seorang anak perempuan yang aktif, ke sana ke sini rajin bercakap dan mencuba sesuatu. Sepertinya tidak ada yang akan mengganggu perjalanan, dan bahagia melorongkan jalan sendiri.

Cuma terdetik, dunia luar tak semestinya seperti di dalam rumah. Banyak perkara yang merisaukan.


Ibrahim

Mengajukan perbincangan duit rm90 yang terdiri daripada RM50+RM10(4) ataupun RM50+RM20(2) adalah lebih baik?

Dan ketika saya ada mendengar video youtube berkaitan dekat tembok besar China ada penemuan makam Nabi Zulkifli, saya menyuarakan skeptikal, "apa betul ke video ini cakap?" dan kemudiannya dia bertanya "macam mana nak tahu video tu betul ke tak?"

Kita harus mengajar berfikir dan tidak semata-mata menanamkan sebab boleh jadi apa yang kita percaya sendiri adalah salah.


Musa

Ketika si adik rajin bercakap, kerana si Musa ini selalunya lebih terperinci dari 'kuasa' Sensing nya... maka dia pun mengajukan, " Sumayyah sebut pondan". Dah kenapa, si adik tu baru umur 2tahun setengah, takkan lah nak sebut perkataan itu secara sengaja.

Saya pun bertanya, apa tu pondan?

Jawabnya, tak tahu... tu yang Sumayyah cakap tu.

Mana dengar?

Tu sumayyah yang cakap...

Dan nak pusing2 cerita pulak... sampai ke sudah tak tahu mana dia dengar perkataan tu.



Untuk diri sendiri

Hakikat dan makrifat apa yang telah kita capai. Mungkin sewaktu masih remaja atau masih muda, banyak pandangan atau kepercayaan terhadap dunia adalah sesuatu yang sebahagian - tidak penuh atau lengkap, dan terkadang tidak sama dengan realiti.

Sesetengah orang akan masih terbatas melihat sekadar apa yang diinginkan oleh personaliti atau sekadar apa yang telah ditanam dan dibentuk oleh persekitaran.

Sudahkah kita faham bahawa dunia tidak semua hitam dan tidak pula semua putih, untuk kebanyakan perkara banyaknya yang kelabu.

Atau adakah kita menyatakan dunia kelabu supaya kita terlepas daripada perkara hitam yang kita lakukan?

Sunday, April 27, 2025

Terbeban

 Orang Baru dan Orang Lama

Orang baru perlukan latihan, dalam masa yang sama kalau orang baru sendiri awal-awal jelas dan tak nak teruskan, ia akan mudahkan banyak perkara. Kita yang bawa masuk kadang-kadang terikut emosi dan mengharap ada potensi, tapi kalau orang baru yang buat keputusan awal-awal, maka ianya menjadi makin jelas.

Atau adakah orang baru perlu ditekan supaya kedua-dua pihak lebih jelas dan tak perlu ambil tempoh yang lama?

Orang lama pula, senioriti tak bermaksud capable untuk lead orang lain atau latih orang lain. Senioriti mungkin sebab dia adalah orang yang setia, menyokong tak bermaksud mampu jelmakan semua hasrat kita jadi kenyataan. Pekerja kategori C patut dicantas, pekerja kategori B (kumpulan pandai buat kerja atau kumpulan komited) perlu ada cara untuk jadi kategori A iaitu pandai buat kerja + komited + tahu lead.

Alex hormozi juga berikan satu framework, Do kemudian Teach kemudian Systematise... tiga level pekerja yang berbeza.

Dalam kita nak kembangkan syarikat, kita tak dapat menyelami jiwa dan perasaan semua orang, kita cuba buat apa yang seadil boleh dan reasonable dalam nak mengembangkan syarikat, hatta mungkin orang yang akan terkorban adalah dari darah daging kita sendiri.


Cabaran

Nak kata macam satu persatu benda berlaku seolahnya macam nak kuburkan organisasi ini. Tiktok akaun kena ban permanently setelah banyak kali LIVE tiktok bermasalah. Tiktok tu tak silap ada 56k followers.

Whatsapp number baru untuk Nurul memang kerap juga bermasalah.

Telegram Channel yang dah puluh ribu, rasa dalam range 20-30k tak boleh diakses lagi katanya violates local law.

Sales selepas bawa masuk orang baru tak dapat nak kalahkan prestasi sales Disember  waktu tak ada orang baru dibawa masuk.


Perkahwinan

Berjaya hadiri pernikahan missleonora dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Adik sendiri pun baru kahwin dengan orang Kedah pada 1 feb 2025. Dunia berjalan sebagaimana mesti, sebagaimana yang Allah kehendaki dan takdirkan.


Rindu

Bulan 1 nak tulis tapi tak tulis, sama lah untuk bulan2 seterusnya. Kali ni betul sebab ada timing dan story dari seorang member ini mengetuk pintu hati dan mengingatkan memori berada dalam usrah yang mana peserta berkongsi pandangan dan perasaan disertai dengan suasana biah solehah yang memotivasikan.




Monday, December 23, 2024

Membaca Manusia

 

Kena Scam Lagi

Kalau sebelum ini saya cerita kena scam dengan orang yang menawarkan servis buat akaun, maka ada scam lain pula yang menyusul iaitu ada seorang individu yang mengaku jiran (memang ada tinggal dalam taman dan ada dalam whatsapp group) telah memperdayakan saya.

Saya cuba buat beberapa fact check namun masih ada benda yang terlepas pandang.

Pengajaran lain adalah jangan buat keputusan terburu-buru, sentiasa mengatakan kita akan fikir dulu, atau bincang dengan wife ke. Buat reference check,

Transfer rm4000, kemudian diikuti transfer rm4000 lagi. Namun dia ada pulangkan sedikit demi sedikit, cuma masih tinggal berbaki Rm1000.

Dalam sembang-sembang kari yang ada, semangat dia telah membantu menjadikan niat saya untuk sewa ofis terealisasi. 

Maka saya anggap Rm1000 adalah upah motivasi mencari ofis.


Ofis baru

Kita mencari, Shazwan pun bantu cari juga. Dah set dengan agent untuk viewing, saya datang dan terkejut melihat keadaan pejabat yang boleh kata lengkap dengan perabot, tidak terlalu kotor. Pencahayaan cantik, lokasi di kota fesyen.

Arah tidaklah menghadap matahari petang yang panas.

Ada satu segmen memang ada buat setup untuk buat kelas atau latihan. Tempat itu sebelumnya adalah tour and travel agency dan ketika kita datang, diberitahu yang penyewa sebelum ini baru sahaja tamatkan kontrak bulan sebelumnya.

Rasa ragu-ragu sebab tak melihat unit ofis yang lain, tapi saya dan Shazwan sangat teruja dan merasakan ini adalah 'jackpot'.

Saya masih juga tengok gambar di ofis lain, bandingkan harga, dan masih merasakan ini adalah peluang yang harus disambar.

Pada permulaan, nampak Shazwan agak reluctant untuk datang ke ofis, mungkin sebab dah sangat selesa dengan situasi sebelum ini bekerja tanpa ofis, meeting seminggu sekali sambil makan.


Projek baru

Kita melaksanakan gotong royong, dan ofis boleh diduduki.

Kita war-warkan juga di social media, dan bawakan naratif yang kita sedang mencari pekerja. Maka ada beberapa orang yang berminat.

Saya nak mulakan dan hidupkan semula Mahersaham dengan proper, harap pengalaman lampau membantu dalam membina semula dengan lebih baik.

Akmal saya ambil semula sebagai bookkeeper atau bahagian finance, sebab dia masih follow, masih nampak berminat dan bagi saya dia adalah seorang yang trustworthy. Dalam konflik staf yang lepas, tak nampak dia memilih side dan bersikap neutral.

Semangat baru diteruskan dengan merancang satu program atau promosi yang dipanggil sebagai YES 2024.

Idea ini pun muncul dalam meeting, ketika kita lihat bulan lepas, seolah tak cukup masa untuk promo Traders Gathering selepas buat webinar bulanan. One thing leads to another, ketika saya cerita projek buku, Husna mengingatkan tentang produk yang kita pernah ada iaitu pendrive, dan kita putuskan akan jadi sebahagian dari apa yang kita tawarkan dalam promosi kali ini.

Ketika keadaan seperti ini, yang menuntut hempas pulas dan penatnya otak memikirkan perjalanan dari awal hingga akhir - keadaan ini lah yang memberikan adrenaline rush dan sentiasa  mengharapkan projek ini akan berjaya dan menjadi 'gamechanger' kepada syarikat.

Saya personally berpuas hati, dan looking forward untuk memperbaiki funnel dan flow yang ada. Dan untuk itu, kita perlukan team.



Menemuduga 3 Orang Calon

Hari jumaat yang lepas, ada tiga calon yang datang ke pejabat. Yang berminat nak pohon kerja, merujuk kepada satu posting di facebook berkaitan pindah ofis baru. Itu sahaja. Saya tak letak lagi di telegram, saya tak bayar lagi platform mencari pekerja.

Cadangnya nak buat juga sesi webinar cerita tentang syarikat dan job list yang ditawarkan, tapi masih belum berkesempatan.

Kita minta resume, dan selepas itu minta short video. Dengan itu, orang ditapis supaya hanya yang betul berminat sahaja akan maju dan teruskan.

Kadang-kadang bila buat, baru lah nak terhegeh-hegeh memikirkan cara yang betul.

Maka malam sebelum, saya menelaah beberapa buku untuk 'hiring' dan dalam masa teringat akan ujian psikologi - DOPE test dan juga MBTI.



16 Jenis Personaliti

Saya dah lama tinggal, hanya kembali kepada ilmu ni ketika titik terendah dalam hidup. Ilmu berkaitan personaliti adalah ilmu yang sangat mendapat tempat dalam hati.

Dia ajar kita untuk membaca manusia.

Kalau kita faham manusia, kita boleh letakkan mereka pada posisi yang betul. Masing-masing akan mendapat manfaat.

Jika kita ada konflik, kita boleh faham diri orang lain dan diri kita sendiri. 
Kadang-kadang, kita sendiri tak nampak kelemahan kita atau pun kekuatan kita.

Kalau ada kesempatan, benda ni boleh jadi satu bisnes baru juga ni. Nantikannn...

p/s : menulis semula sebab antara description untuk diri sendiri katanya adalah mempunyai bakat dalam menulis