javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, January 7, 2012

Takut



Salah satu kata-kata yang menjadi perangsang dalam hidup saya ialah :

"Travel to the direction of your fear."

Sentiasa cabar diri anda. Anda tak berani bersuara, anda suarakan. Anda tak berani mencuba sesuatu, anda cuba. Orang lain kata anda tak boleh, lalu buat anda takut, maka itulah perkara yang anda harus lakukan jika mengikut kata-kata perangsang di atas.

Bila hidup anda bosan, dan anda tak tahu nak buat apa, mungkin cabaran-cabaran seperti itulah yang anda mungkin boleh pertimbangkan. Saya yakin, setiap orang memiliki ketakutan masing-masing. Ada yang tak berani bergaul dengan orang lain - maka gagahkan diri cuba bergaul. Ada orang yang tak berani mengeluarkan pendapat - maka gagahkan diri keluarkan pendapat.

Namun demikian, tak semua jenis takut memerlukan kita untuk mencabarnya atau melakukannya. Apa yang saya tengok dalam movie-movie Hollywood kebanyakannya menjadikan banyak perkara tidak bermoral sebagai cabaran hidup. Main perempuan? Hisap ganja? Stop being a virgin? dan sebagainya.
Berdepan dengan cabaran-cabaran ini, tidak ada yang mampu menahannya selain memiliki prinsip, memiliki keimanan yang kukuh. Kalau anda betul-betul berpegang kepada yang benar, maka usah hiraukan segala cacian dan makian seperti kecut, nerd dan sebagainya.

Semoga rasa takut, rasa malu untuk melakukan benda tidak elok menjadi penjadi penghalang kepada diri kita daripada perkara-perkara yang mungkar.


Satu video yang boleh katakan satu sumber motivasi juga :



You, me or nobody is gonna hit as hard as life,
but it ain't about how hard you hit.
It's about how hard you can get hit and keep moving forward,
how much you can take and keep moving forward,
that's how winning is done!


Maksud dia lebih kurang macam ni :

Semua orang akan alami dugaan dalam hidup, pukulan-pukulan.
Tapi ianya bukan tentang berapa kuat kau kena pukul,
ianya tentang berapa kuat kau akan dipukul dan kau tetap terus maju ke hadapan,
berapa banyak pukulan yang mampu kau terima dan tetap terus maju! Itulah kemenangan!!

Howyeah!

Rasanya pertama kali tengok video tuh macam semangat berkobar-kobar gila, tapi sekarang macam dah lali pula. Tapi isi kandungannya adalah sesuatu yang perlu setiap lapisan masyarakat fikirkan selalu.



Wednesday, January 4, 2012

Boy Wonder (2010)


Tadi ada program anjuran Kelab Umno Luar Negara Volgograd (KUV) untuk AJK. Antara harapannya adalah mereka akan dapat memulakan tahun baru dengan penuh semangat, akan lebih bertenaga untuk aktif dalam kelab. Bagus juga sebenarnya, sekurang-kurangnya saya tidaklah terperuk dalam bilik sahaja untuk sepanjang cuti New Year ini.

Juga dapat tengok balik, jumpa balik muka-muka yang dah lama tak nampak sebab dah banyak kali saya tak datang meeting. Dapat tahu perkembangan Volgo daripada Daus, Isyafiq (lawat rumah dia selepas habis program, itupun first time). Dapat tahu hala tuju KUV dari Ajim. Dan pandai pula Nawal teka saya yang berikan hadiah buku-buku tadi. Satu buku pasal Al-Aqsa yang dah habis baca tapi terperuk sahaja di rak, dan satu lagi novel Tunas oleh Hlovate yang sepatutnya memang hilang pun cuma syukur orang yang pinjam teringat nak pulang (tapi still saya tak mampu nak habiskan pun).

Apa-apa pun,it's good to know yang saya masih boleh dibenarkan makan-makan dalam jamuan antara ajk-ajk KUV walaupun telah bersara. Haha. Siap Ajim keluar statement yang patutnya saya tak payah buat apa-apapun untuk jamuan pun takpe, sebab saya ni mantan presiden. Pergh.



**************************************************************************************************************



Rasanya masa kanak-kanak adalah sangat penting dalam seluruh kehidupan. Masa kritikal. Kanak-kanak yang diajar untuk takut hantu, takut anjing akan membesar menjadi dewasa yang takut anjing, takut hantu. Ah, sebutkan apa-apa jenis sahaja - penderaan, kata-kata kesat, rasa rendah diri hasil dari cacian dan makian, rasa tidak cantik, rasa bodoh dan sebagainya.

"They are so fragile. Kids"

Membesar dan merasakan diri bodoh/rendah diri/pemarah/hodoh untuk seumur hidup. Bukannya mustahil untuk ubah, but it takes really great efforts. Dan effort yang macam mana yang patut diberikan untuk mengikis kesan psikologi yang sepatutnya membekas sampai mati?



Huh.

Kita yang dah agak besar ini pun, walaupun setelah tahu keterikatan, attachments hanya akan buat kita sakit kalau apa yang mengikat kita itu putus - kita tetap buat kesilapan berulang kali....maka bagaimanalah seorang kanak-kanak yang memang cenderung mengasihi emaknya yang sangat penyayang menghadapi kematian emaknya itu? Tambahan lagi kalau ada unsur pengkhianatan oleh orang lain lagi di situ...

Gila. Powerful sungguh filem ini. Good job filem Boy Wonder sebab berjaya memotivasikan saya untuk tulis review di sini.

Ada beberapa aspek cerita ini yang hampir sama juga dengan filem Law Abiding Citizen. Cerita yang buat kita rasa bengang gila dengan peraturan bodoh ciptaan manusia.

Sebab orang yang bersalah berjaya lepas dari menerima hukuman, ataupun hukuman yang dia dapat tak setimpal pun dengan apa yang dia dah buat iaitu bunuh.

Hmm, sebenarnya kalau dalam islam pun memang ada hukuman yang nak tak nak kerajaan kena fikirkan sendiri bagaimana nak menghukumnya sebab tak ada tertulis dalam nas (dipanggil takzir). Jadi 'lubang' atau kesilapan memang boleh berlaku, dah namanya manusia. Jadi sorry manusia sebab kata bodoh tadi. Tentang hukum hudud (juga dikenali sebagai hukum Allah, seperti hukum qisas) yang dah Dia tetapkan pula, maka lebihlah digalakkan untuk kita-kita yang lemah ilmunya ini mendiamkan diri atau mengelakkannya daripada jadi bualan-bualan di kedai kopi. Tanyakan pada yang pakar. Alim ulama' pun tak habis bincang lagi, macamana pulak kau boleh bentang exact details about that kat kedai kopi? Kau nak tunjuk pandai kan? Sebab bukan apa, takut kita terlanjur mempersendakan hukum Allah, mengingkarinya di satu sisi dan di sisi yang lain kita memfitnah kerajaan yang tidak menjalankan hukuman tersebut dengan tuduhan yang tidak tepat.

Sori emo.

Ok berbalik kepada cerita. Movie ini memang powerful. Tengok trailer pun dah boleh tahu.
Sekian.


Sebagai maklumat tambahan :
1. Takzir
2. Hudud
3. Qisas

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan dengan sabdanya:


“Akan datang nanti kepada manusia, masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap sebagai orang yang jujur, manakala orang yang jujur dianggap pendusta. Orang khianat dianggap amanah dan orang yang amanah dilabel sebagai pengkhianat. Dan para Ruwaibidhah mula berkata-kata (bersuara).”


Ada yang bertanya, “Siapa Ruwaibidhah?”


Rasulullah menjawab, “Orang yang bodoh sibuk berbicara (mengulas) tentang masalah masyarakat.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah, Kitab al-Fitan, 12/44, no. 4026. Dinilai sahih oleh al-Albani]

Tuesday, January 3, 2012

Sakit tapi Tetap Diam

Ada orang pernah berkata, air mata yang engkau ingin tumpahkan, tahanlah daripada tumpah, biar ia terus membakar hati, mengobar-ngobarkan semangat dan kecekalan hati yang menginginkan sesuatu. Bekalan dalam mengahrungi perjalanan ataupun sesebuah pencarian.


Tak semestinya air mata. Kemarahan pun sama. Simpan kemarahan, jadikan bekalan, tapi bukannya dendam.


Ah, sejauh mana kekusutan boleh disusun dengan hanya berkata-kata atau meluahkannya.
Apa yang berlaku ke atas makhluk lain tak kurang teruknya berbanding apa yang berlaku ke atas diri sendiri. Maka berhentilah mengharap pada makhluk, dan memandang yang Khalik.


Manusia berbeza pendapat, bermain isu, dan segalanya buat serabut. Mungkin ada eloknya jika tutup sahaja semua benda - facebook, komputer, youtube, buku, dengar cakap orang.....dan berehat untuk seketika waktu.


Kita mulakan dari yang paling mudah, dan kita mulakan dari situ.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah.
Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Saturday, December 31, 2011

Masjid Lenkoranskaya



Semoga hati tak sakit.
Dan jikalau hati itu sakit sekalipun,
mudah-mudahan masjid menjadi tempat Tuhan merawat hati yang sakit itu.


*************************************************************************************************************

Di bawah akan saya ceritakan perjalanan saya dari center ke masjid. Selalunya kami pergi masjid pun hanya pada hari Jumaat. Jarang atau tak pernah rasanya saya dengar ada pelajar pergi ke masjid tersebut bukan pada hari Jumaat atau hari cuti, sebab jadual kelas yang sibuk serta kedudukan masjid yang agak jauh dari center (pusat bandar).

Berdasarkan peta di bawah, masjid terletak lebih kurang 6-7km dari pusat bandar. Anggap sahaja pusat bandar itu tertulis Komsomolskaya.

Klik untuk tengok lebih jelas


Kebiasaannya kami pergi ke masjid dengan menaiki bas bernombor 88∊. Boleh juga naik 89, tapi dia akan berhenti di simpang jalan, kena jalan lebih jauh. Atau boleh menaiki mashrut 88, cuma jarang dapat dan tambangnya lebih mahal berbanding menaiki bas. Selalunya kami tunggu bas 88 di stesen bas berhadapan Zhar Pizza, (jika sempat, makan dulu) tapi untuk Jumaat kali ini saya dan rakan-rakan pergi menunggu bas di Vokzal (stesen keretapi) setelah menyantap di Riviera.

Vokzal

Suasana dalam bas. Saya berjaya duduk di 'seat' yang tinggi, jadi chances  untuk beri tempat duduk kepada nenek rendah, sebab dia bukan boleh panjat pun. haha jahat 

kasih sayang ibu dan anak

berjalan ke arah masjid

nampak tak 'minaret' masjid? oh kubah masjid

kalau cuaca lembab, tanah akan jadi macam lumpur



ada daging halal dijual di sini

jualan buku-buku agama, perfume pun ada

masjid sedang dinaik taraf. Renovation.

Tingkat tengah, terletak di antara tingkat ats dan tingkat bawah tanah


Ada tempat duduk untuk warga tua di suatu sudut

Hazrat Elias sedang memberikan khutbah.


Sedang nak lintas jalan ke tempat menunggu mashrut untuk pulang ke rumah

Lelaki-lelaki kacak. Kegagahan diukur dengan ketebalan jambang.

Kalau anda perasan dalam peta nombor dua di atas, ada tanda biru yang saya anggap itulah kedudukan masjid (maaf saya seorang yang fail coordination). Jika kami mahu pulang, kami akan lintas beberapa rumah untuk pergi ke line kuning yang lagi satu. Kemudian kami akan berjalan agak jauh, sambil bersembang dengan rakan-rakan....hinggalah kami sampai ke jalan besar untuk menunggu mashrut.

Apa ye kenangan-kenangan best di masjid ini? Hmm. Memang dah jadi satu tradisi agaknya, senior-senior akan bawa junior yang baru sampai di Volgograd ke masjid ini untuk memperkenalkan mereka dengan masjid. Saya pun tak ketinggalan. Saya junior yang menurut tunjuk ajar senior. Hah. Senior-senior masa itu memang best, ada Abang (Jimi, Syuk, Husein, Senpai, Zam, Zul dan lain-lain lagi) yang memberikan beberapa nasihat.

Kawan saya selalu cakap, junior memang selalu pandang tinggi kat senior. Mungkin ini memang hukum alam kot. Kalau saya sebagai senior dipandang tinggi pun, (dan itu pun kalau), maka saya boleh katakan tidak ada sebab khusus. Itu hanyalah lumrah.

Di masjid ini juga saya pernah menguruskan satu projek Kelab Umno Volgograd, majlis 'Sirih Pulang ke Gagang', bagi meraikan senior-senior yang bakal pulang ke Malaysia. Saya terfikir pun majlis ini sebab saya suka sangat dengan beberapa orang senior perempuan ni yang duduk serumah dan nampak baik (saya katakan nampak sebab semua orang ada baik buruknya, dan mereka adalah orang). Lagipun mereka, senior-senior tahun itu banyak berjasa kepada komuniti Volgo. Namun projek itu jugalah yang mungkin menjadi salah satu sebab kenapa bekas Timbalan saya nak letak jawatan dan langsung tak approve request facebook saya. Huh. Agaknya saya terlalu mendesak kot.

Saya masih ingat lagi pertama kali saya bersolat hari raya di masjid ini. Biasa di Malaysia, rakaat kedua solat sunat hari raya, kita bertakbir banyak-banyak tu baru kita mulakan baca Al-Fatihah kan? Tapi di sini takbir banyak-banyak tu SELEPAS habis baca surah. Saya apa lagi, dah sebut takbir saya terus rukuk, padahal diorang tengah takbir angkat tangan je. haha. Saya digelakkan oleh Falah kalau tak silap, juga seorang senior. Tahun berikutnya ataupun solat sunat hari raya yang berikutnya, saya menanam azam yang tebal untuk tidak melakukan kesilapan sama. Dan untuk kali kedua, saya juga masih melakukan kesilapan sama. Saya manusia tak belajar dari kesilapan. Tapi lepas-lepas tu, mereka dah tukar balik rasanya, melaksanakan seperti yang di Malaysia amalkan kalau saya tak silap.