javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, April 30, 2011

Kalah, Lemas dan Lumpur


Memang best kalau dalam hidup kita selalu menang. Menang tu best. Kalah tu sakit dan tak best, maka itulah sebabnya tak ada orang sukakan kekalahan. Sesiapa yang suka kekalahan, itu abnormal.
Sebab kadang-kadang harga yang perlu kita bayar untuk kekalahan adalah terlalu mahal. Disebabkan kekalahan, kita mungkin boleh kehilangan harta, pangkat, orang-orang yang kita sayang dan mungkin keimanan pun boleh hilang melalui kekalahan.




Kalau tak mampu bangkit dari kekalahan, kita kan menjadi dungu, lidah kita kelu. Kata-kata kita tak beri kesan kat diri sendiri apatah lagi kat orang lain. Fikiran kita bercelaru, otak kita serabut. Lemah nak hadapi seluruh dunia - dengan perselisihan yang banyaknya, dugaan-dugaan dari luar yang mengganggu-gugat dalaman kita lagi, dan sebagainya.

Lagi teruk bila disebabkan kita kalah, kita putus asa dan tak boleh nak bangun-bangun balik.

Harap-harapnya, segala amalan baik yang tetap diteruskan walaupun setelah melalui kekalahan, diterima Tuhan. Kita tak berniat nak menjadi orang-orang yang memandang kecil kesalahan yang kita lakukan, lepas tu teruskan kehidupan macam biasa macam orang yang tak bersalah, tetapi kita buat demikian sebab kita tak nak jadi golongan yang berputus asa. Cuba untuk stay cool walaupun hati macam nak pecah sebab kalah.



Lemas

Kawan kita lemas. Macamana nak selamatkan kawan kita yang lemas? Orang yang paling patut selamat kan orang yang lemas adalah orang-orang yang reti berenang. Kalau kita reti berenang, tapi kita tak selamatkan kawan kita yang lemas, itu bukan kawan namanya. Kita just duduk atau berdiri sambil cakap, "Eh, jaga-jaga! Selamatkan diri sendiri! Nak selamatkan diri sendiri pun susah ke?". Itu penipuan, bedebah, keji dan bacul.

Kalau kita tak reti berenang, takkanlah kita tak buat apa juga. Kita cuba apa-apa yang kita mampu, minta pertolongan orang lain, campakkan pelampung ke dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, kita bahkan sepatutnya rasa sedih sebab kita tak reti berenang sebab, mungkin...chances atau kemungkinan untuk kita selamatkan kawan kita yang lemas itu lebih tinggi kalaulah kita reti berenang.

Siapalah yang tahu betapa cemasnya orang yang sedang lemas tersebut, dan tak reti berenang.
Yang memandang dengan yang mengalami perasaan lemas itu langsung tak sama.






Adakah patut kalau ditakdirkan kawan kita itu terselamat daripada lemas, tanpa pertolongan kita sedikitpun, lalu kita ucap syukur kat Tuhan depan muka kawan kita yang lemas tadi. Tak malu ke?

'Kau yang tinggalkan aku lemas, terkapai-kapai seorang diri, masih berani nak tunjuk muka depan aku? Kau yang tak ada bahagian langsung dalam membantu aku untuk selamat, nak tunjuk gembira depan aku bila aku selamat? Pergi berambus'


Lumpur

Betul jugak kan,

"Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit"

Jawab kerbau yang selalu bermain lumpur kepada kawannya yang juga seekor kerbau (tetapi perasan dirinya seekor singa) dan tak terlibat dengan lumpur,

" Aku bukan singa, aku bukan burung. Aku kerbau, dan tabiatku berkubang dalam lumpur. Kadang-kadang tugas aku membajak sawah menyebabkan kehidupan aku dipenuhi lumpur seperti kawan-kawan kerbauku yang lain. Namun hakikatnya, aku selalu sahaja menunggu kedatangan sang hujan untuk membasuh seluruh badanku yang dipenuhi lumpur ini. Kawan-kawan kerbauku yang lain pun macam tu jugak. Sebab kami adalah kerbau".




Kerbau yang menunggu datang hujan, tapi hujan masih tak turun-turun adalah sangat kasihan. Tambahan pula, lumpur yang terpalit kat badan kerbau tersebut dah jadi daki yang susah gila nak tanggal.

Tuesday, April 26, 2011

Abang dan Adik

Seorang adik memiliki hubungan yang murni dengan seorang abang. Hubungan antara adik-beradik mungkin boleh jadi lebih rapat daripada hubungan anak dengan ibu bapa. Abang akan membantu adik jika adik ada masalah, menegur adik jika adik ada buat silap, mempercayai adik saat orang lain tak mempercayai adik kita dan melindungi adik kita dari segala anasir jahat yang ada.

Abang dan adik tak semestinya serupa dari segi sifat mereka. Boleh jadi, mereka langsung tak sama dalam segala hal. Memang seorang adik kadang-kadang bersifat manja, membuat perkara-perkara yang boleh menggembirakan hati seorang abang. Kadang-kadang adik juga annoying, suka kacau abang dia. Abang dan adik boleh memiliki sifat yang berbeza; adik rajin, abang pemalas, adik comel abang tak berapa nak hensem, abang tinggi adik pendek, adik suka mematuhi undang-undang sedangkan abang sangat suka melanggar peraturan.

Walau apapun perbezaannya, seorang abang hendak atau tidak dia perlu berpandangan jauh, macho/reliable, kuat dan segala ciri-ciri yang dapat membantu seorang adik.

Saya rasa peranan abang tamat bila adik-adiknya telah mengatasinya dalam segala hal, dalam erti kata lain, mungkin adik-adiknya berjaya menjadi lebih macho, lebih hebat daripada abang itu sendiri. Dalam kes yang sangat jarang pula ialah adik-adik tersebut pula yang menjaga abang tersebut.

Jadi di sini saya ingin meletakkan kata-kata yang cikgu saya pernah cakap kat saya suatu masa dulu, kata-kata ni sebenarnya untuk hubungan antara cikgu dengan murid, tapi boleh je diaplikasikan untuk abang dan adik.

"Seorang cikgu (abang) yang baik sentiasa berusaha agar muridnya (adiknya) boleh menjadi lebih baik daripada apa yang cikgu (abang) itu pernah lalui. Manakala, murid (adik) yang baik pula akan sentiasa meletakkan cikgu (abang) itu yang terbaik dalam hidupnya"

Dengan ini abang yang baik serta memiliki adik yang baik akan sentiasa dianggap gempak oleh adik-adiknya yang sebenarnya pun sama-sama gempak. Wow. Gempak maksima.

Gambar-gambar di bawah kebanyakannya diambil secara haram dengan bantuan google. Jangan salahkan saya kalau gambar kalian ada tersesat sekali singgah di blog ini. Sekian.









Sunday, April 24, 2011

Clown


Sejujurnya, saya tak pernah rasa clown atau badut itu sesuatu yang melucukan.
Kadang-kadang perasaan itu lebih kepada perasaan takut terhadap badut.


"Many people find clowns disturbing rather than amusing. It is common for children to be afraid of disguised, exaggerated, or costumed figures—even Santa Claus. Ute myths feature a cannibalistic clown monster called the Siats. In the Space To Care study aimed at improving hospital design for children, researchers from the University of Sheffield polled 250 children regarding their opinions on clowns; all 250 children in the study, whose ages ranged between four and sixteen, reported that they found clowns frightening and disliked clowns as part of hospital decor.

A design study carried out by the University of Sheffield found that some children may be frightened by clown-themed décor in hospitals. According to a psychology professor at California State University, Northridge, young children are "very reactive to a familiar body type with an unfamiliar face".






Takut kat benda yang nampak pelik, tak seperti kebiasaan. Lol, psycho giler post kali ni. Sori2.

Sosial


Kali ni saya cuba menggunakan perkataan aku dalam penulisan. Dan kebetulan pula, untuk waktu sekarang, aku adalah orang yang bersahabat dengan kejahatan. Maafkan aku rakan-rakan sekalian, untuk waktu ini, 'saya' tidak ada. Yang ada hanyalah 'aku'. Cool.

Dan kemungkinan post kali ini akan merosakkan pandangan kalian terhadap aku. Makanya, benda itu tidak dapat dielakkan.


"Aku kagum r dengan budak A tuh. Dah la pandai dalam pelajaran, pandai bersosial pulak tuh"

What the hell???
How on earth budak yang selalu join jamuan, selalu buat muka gembira/hensem/comel, ada boyfriend/girlfriend can count as ada life, mantap bersosial?

-Ko lagi la tak boleh harap, macam tak pernah cakap dengan perempuan.
-Lol. Aku memang tak minat cakap dengan perempuan, lagi best cakap dengan budak-budak lelaki. lagipun, aku nak jaga hati aku yang fragile ni.


Sh*t. Aku tak pernah cakap dengan perempuan? Girls,females constitute around half of the human population kat dunia ni. Cuba kalian terangkan kat aku adakah logik kalau aku tak pernah cakap dengan perempuan?

Ok tak payah include ahli keluarga, tolak sedara-mara. Nak main fair and square sangat.


Ok memang aku sekolah rendah dengan budak-budak lelaki. Tapi kemudiannya masuk MRSM, di situlah bermulanya aku kenal budak-budak perempuan. Macam-macam ada dalam kelas aku. Ada yang jiwang gila. Ada yang gedik, orang panggil dia itik, seorang yang pertumbuhan secondary sexual characteristics lebih cepat berbanding dengan orang lain. Dan budak ini - itik - telahpun diculik dan sampai sekarang tak tahu dia kat mana, siap masuk dalam suratkhabar lagi.

Ada yang ganas, macam taiko untuk budak-budak perempuan la kiranya. Semua batch, Form 1 sampai Form 3 mesti kenal taiko tersebut. Dan taiko tersebut berada dalam kelas aku. Budak lelaki dengan budak perempuan kelas aku selalu gaduh (mulut). Aku tak join sangat pun, budak baik kan. Tapi pernah suatu masa tetiba je taiko ni nak ungkit nama aku sekali. Dia sound aku sebab pernah cakap "bodoh! pointer ko berapa nak cakap bodoh2 kat aku?" kat salah seorang budak perempuan kelas tu jugak. Aku tak boleh nak cakap apa, sebab memang betul. Tak sangka pulak peristiwa 2-3bulan lepas tuh dia boleh ungkit. Budak perempuan yang aku cakap bodoh tu, bukanlah watak sampingan dan tak signifikan langsung dalam hidup aku. Ada kisahnya juga, watak yang mampu buat aku melihat dunia dengan lebih matang. Tapi tu kisah lain.


Form 4, Form 5? Zaman di mana budak-budak lain dah memiliki handset. Lebih pandai bersosial. Aku hanyalah budak miskin yang tak berapa nak bergaul sangat dengan perempuan disebabkan kematangan fikiran yang diperoleh setelah melalui Form 1 sampai Form 3. Tapi still, aku survive je duk kat MRSM Jasin. Jadi BWP Biro Kebajikan, dan team aku adalah antara yang dicemburui ramai sebab semua orang tengok team aku macam sangat happening. Lol.

Pengalaman cakap dengan hot chicks? Pernah je cakap. Amoi. Chindian (kacukan Cina dan India). Siapa lagi..malay hot chick? Gulp.
Masa kerja kat Petrosains pernah bekerja dengan seorang gadis Melayu cute ni, tapi aku hanya dapat menerangkan bagaimana peralatan-peralatan dalam Petrosains tu berfungsi. Nak bercakap lebih dari itu, tak mampu sebab cuak + inferior disebabkan latar belakang hidup yang tak macam budak bandar yang lain + budak tu cute. Ok ni memang part aku gagal.

Kat Volgograd, yang aku cakap dengan budak-budak perempuan Kelab UMNO Volgograd tu apa? Pengkid? Yang aku cakap dengan budak-budak perempuan batch aku tuh apa? Susahlah kalau tak cukup sekadar cakap-cakap nak kena lebih-lebih pulak....haish. Perlu include physical touch ke? Bulls.







Segala-galanya tak bermakna apa-apa.

Aku dulu selalu fikir aku seorang yang pelik. Masa kat MRSM,aku fikir aku mungkin tak akan kahwin sampai bila-bila sebab corak pemikiran aku sangat berbeza dengan orang lain. Tapi kat Volgograd, akhirnya aku jumpa satu jenis komuniti baik/ideal yang aku tak jumpa masa dulu-dulu. Satu golongan manusia yang best. Golongan ni pun ada juga kekurangan dia jugak. Cenderung untuk seboleh-bolehnya tidak 'deal' dengan golongan satu lagi. (Itu takpe, aku boleh tolong sebab aku pun lumpur macam diorang jugak, jadi biar aku je 'deal' dengan diorang. Hahah.) Tapi semakin tinggi kefahaman agama yang diperoleh, semakin mereka mencapai kesempurnaan.


Malangnya, kejahatan, kekotoran telah bersemadi dalam darah aku ini dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini.

Maka aku bukanlah korang. Tulisan-tulisan aku yang baik tak bermakna kita sama fikrah. Ia hanyalah hasrat-hasrat hati yang tenggelam timbul dalam nak kembali kepada Tuhan.

Aku juga memerhatikan golongan jenis lain. Yang mengiktiraf diri mereka pandai bersosial. Yang akan mempersoalkan kenapa nak fikir pasal kahwin sekarang? Yang dengan bangga akan bercerita tentang keseronokan-keseronokan hidup. Yang sangat memandang pelik terhadap nilai-nilai yang dipegang oleh komuniti yang satu lagi. Namun, kadang-kadang ikatan persaudaraan yang dimiliki oleh diorang lebih hebat daripada yang dimiliki oleh golongan baik ini tadi. Kedua-dua golongan ini selalu memandang pelik antara satu sama lain.


Kesimpulannya, harap kalian (ditujukan kepada golongan ideal sebab rasanya diorang je yang selalu buka blog orang atau buat blog sendiri) teruskan usaha-usaha baik kalian dan pegang teguh dengan apa yang kalian faham. At least, walau macamana teruk sekalipun aku samada masa lampau ataupun masa akan datang, aku ingin rasa gembira sebab aku pernah jumpa dengan komuniti yang baik ini.


Semoga aku dan golongan yang satu lagi akan dapat juga bersama dengan kalian memiliki dan memahami nilai-nilai keagamaan yang sebenar.