javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Thursday, February 9, 2012

Doa itu Tetap Tak Berubah

Walau macam mana sekalipun keadaan seolah-olah memberikan 'tanda' bahawa dia adalah untuk kita;
walau macam mana tinggi sekalipun ketinggian semangat dan cita-cita;
walau macam mana mungkin kita fikir keserasian itu ada;
walau macam mana sekalipun dalamnya perasaan itu kita rasa kita ada;
kita tetap tidak boleh mengatakan 'pasti', 'selamanya' dan macam-macam lagi janji di luar kuasa kita.
serta doa-doa yang selama ini dipanjatkan pun tak akan pernah berubah juga sampai bila-bila.



“So he watered (their flocks) for them, then he turned back to shade, and said: ‘My Lord! I am truly in need of whatever good that You bestow on me!’” (Qur’an,28:24)



"(Jika urusan ini baik bagiku) Takdirkannya untukku. Permudahkan untukku. Kemudian berilah keberkatan"

Complete package. Tuhan yang Maha Berkuasa, tak mustahil untuk memberikan apa-apa sekalipun. Kan semua itu mudah bagi-Nya?


"(Jika urusan ini tidak baik bagiku) Palingkannya daripada ku, dan palingkan aku daripadanya."

Semua manusia perlu teruskan kehidupan. Kalau benda tu menyakitkan, singkatkanlah masanya. Buangkan terus kesakitan itu.


"Dan takdirkan untukku apa yang baik - di mana atau macam mana kebaikan itu sekalipun."

Datangkan kepadaku penyelesaian yang terbaik, sekiranya apa yang dihajati itu tidak kesampaian.



Tuhan tetap Tuhan.
Manusia hidup, kemudian mati juga.
Manusia datang, manusia pergi.
Tuhan tetap Dia juga.

Seperti juga dalam Perlindungan dan Manusia, aku tengah mencari sesuatu untuk aku berpegang. Sebab ketenangan tu dah hilang sedikit demi sedikit. Nampaknya memang benar pegangan aku sudah lemah.

Ataupun selak balik dalam Segala-galanya Allah.

Kata percaya, kenapa takut?
kata percaya, kenapa sedih?

Ah, orangnya sama je pun. Tapi disebabkan tak pernah belajar dari sejarah, kita dikutuk untuk terlibat dalam masalah sama berulang-ulang kali.
Harapnya, inilah kali terakhir aku akan menulis tentang hal ini.

Bukan salah siapa-siapa pun kalau hati sakit begini, takdir pengalaman lepas membuatkan kita tak dapat memeberikan kepastian seratus peratus dan macam-macam lagi. Bukan salah sesiapa.

Satu pihak telah membuat keputusan, maka biarkan pihak yang lagi satu turut membuat keputusan. Sekarang harus sabar menunggu dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan. Redha dengan apa yang tertulis.

Semoga cinta Engkau dan RasulMu mengatasi segalanya.
Aku tak sempurna. Aku pasti akan membuat dosa.
Kalau aku membuat dosa, aku akan memohon ampun daripadaMu. Aku akan mencariMu semula.
Engkau tetap Tuhan, dan aku hanyalah hamba. Aku sangat-sangat perlukan hubungan itu sekarang, dan maafkan aku jika hanya mencariMu di waktu susah.

Sunday, February 5, 2012

Dosa Yang Tak Tertinggalkan


Sekali sekala kita mesti terjumpa dengan orang yang mempunyai 'nada', 'tone' macam kita juga. Contohnya artikel yang bakal saya kongsikan di bawah. Serius rasa macam saya pulak yang menulis artikel di bawah, nama pun sama?!! Cuma nak tekankan kat sini, tak banyak bezanya corak pemikiran penulis tersebut dengan saya.

Dan mungkin dalam hidup ni, kita akan bertemu pula dengan anak-anak muda ke (macamlah dah tua sangat), junior ke, ataupun mungkin adik-adik kita sendiri - kita akan dapat melihat 'kita' dalam diri mereka. Bahawa mereka sepertinya adalah kita pada suatu masa dahulu; yang tidak matang, yang bergaduh adik beradik, rebellious (macamlah sekarang dah tak rebellious) dan sebagainya.

Ada bagusnya kita rasa macam tu. Kita hidup lagi lama, dan kita lebih merasa asam garam untuk sesuatu perkara. Jatuh bangun kita, boleh dijadikan nasihat untuk adik-adik yang masih mentah. Supaya mereka tak akan terjerumus dalam kesalahan macam yang kita buat. (Tapi saya rasa baik diorang belajar sendiri kan,..jatuh sendiri. Hahahahaha. Sebab tak ada yang lebih berharga dari kesalahan yang kita sendiri buat. Namun begitu kesalahan yang besar sangat perlu dicegah habis-habisan)

Ok saya terus copy paste artikel yang saya suka itu di bawah. Serius saya ada jugak tergelak baca artikel tersebut, tak tahulah kalau anda smua juga mempunyai sense of humour seperti saya ini ataupun tidak. Selamat membaca!


Dosa Yang Tak Tertinggalkan
dipetik dari http://dakwat.org/?p=644







Korang ade tak dosa yang masih tak mampu tertinggalkan? (directnya, takde bahasa bunga bunga sikit ke bang Hisham(amboi, ‘bang’ tu. hehe). Ntah le, kalau terasa nak berbunga berrhythm kejap lagi ade la tu, tapi saje nak mula on a serious note, sebab ianya serius. (muka serius)



Dosa yang korang sembunyi dari manusia, bukan sebab korang tak rasa Allah nampak, tapi sebab korang masih struggle untuk tinggalkan dan dosa tu dosa yang korang tak pernah bangga dengannya, dan tiap kali terbuat, korang akan menyesal seribu daya, dan memohon seratus ribu ampun dariNya, dan beribu juta kali dah korang berjanji dengan diri sendiri tak nak mengulanginya, tapi.. masih jugak terbuat, baru je tadi. (haihhhhhhh)



Mungkin susah nak berhenti mengumpat sebab dah jadi amalan semenjak di sekolah dulu, atau susah menjaga pandangan apatah lagi bila economy crash masih tak pulih pulih so tak cukup duit nak tutup apa yang sepatutnya, atau mungkin ada minat pelik yang bertentangan syariat sebab dulu sumpah tak tau benda tu berdosa, baru je tau, 2 tahun lepas. Ataupun korang benci mak bapak korang sebab diorang tak jaga korang elok elok dulu dan korang sentiasa cuba untuk senangkan hati diorang tapi tiap kali tatap muka je terus rasa benci, or maybe habit kot, marah orang tak tentu hala, or mengadu domba tak kena cara, or jeles and dengki orang lebih dari kita, mungkin jugak susah nak bersangka baik apatah lagi bila orang tu orang Umno, memang sume blame dekat dia, dan mungkin juga dosa dosa yang malu aku nak sebut dekat sini.



Aku juga ada, bukan nak bangga tapi we’re all in this together, aku takkan letak titik noktah pada usaha, dan aku yakin kita semua di landasan yang sama. Berperang dengan nafsu yang bermaharajalela dalam diri, dengah nafsu yang ego tak nak tunduk pada Ilahi, dan dengan syaitah yang tak sudah sudah meracuni hati.



Anyway, pernah dengar cerita tentang sahabat Nabi bernama Abu Mahjan? Kalau pernah buat2 macam tak pernah dengar and buat2 macam surprise sikit la bila baca ye?



Abu Mahjan ni seorang sahabat Nabi yang pemabuk, ye walaupun dah diharamkan dia masih tak mampu tinggalkan, dan dia pernah disebat ketika zaman Nabi, zaman Abu Bakar dan juga Umar, kerna mabuknya itu.



Tersebut kisah ketika perang Qadisiyyah, Saad Ibn Waqqas yg menjadi panglima perang ketika itu melawat khemah2 kaum muslimin malam sebelum perang dan didapati semua sedang khusyu’ bertahajjud kecuali Abu Mahjan yang dijumpai mabuk, lalu diikat Abu Mahjan dengan rantai kerana tidak ingin Abu Mahjan menyertai perang itu, atas sebab dia mabuk.



Tiba pagi waktu peperangan itu, Abu Mahjan melihat tentera muslimin sedang stuck dan agak goyah menghadapi tentera Rome, lalu dimintanya kepada isteri Saad untuk dibuka ikatan itu supaya dia dapat ikut serta peperangan dan berjanji akan mengikat semula dirinya apabila tamat perang, apabia isteri Saad turn his permintaan down, dia menggelupur ingin keluar juga dari ikatan dan dia kata, ‘wallahi, jika kau lepaskan ikatan ini, aku pasti tidak akan mendekati penjual arak lagi. Sungguh Allah mempunyai janji dan ini janjiku’.



Isteri Saad yang terkesima mendengar kata Abu Mahjan itu, melepaskan ikatan dan Abu Mahjan menutup mukanya dan menunggang kuda bukan kepunyaannya dan pedang bukan kepunyaannya agar tiada yang dapat mengecamnya bika dia turun ke medan perang nanti.



Allahuakbar! Abu Mahjan bertakbir dari atas gunung dan meluru turun sambil membelah lautan tentera dan musuh musuh dicantas dengan banyaknya, melihatkan kejadian itu para muslimin menjadi bertambah semangat dan semakin mara dan kuat, Abu Mahjan terus membelah lautan musuh sehingga sampai ke Panglima Rome dan dicantas kepala panglima itu, kemudian ia berpatah balik sambil mengayun pedang dan terus kembali ke tempat ikatannya, sementara Rome kucar kacir kerana panglima mereka dah tumbang, Muslimin terus mara dan menemui kemenangan sesudah mereka menemui kebuntuan dan hampir kalah. Abu Mahjan mengikat kembali dirinya dan sekembalinya Saad dari perang ia terus menemui Abu Mahjan dan berkata, “Siapa yang kau nak tipu tadi? Ingat kami tak kenal suara kau?”. Abu Mahjan dilepaskan dari ikatan, dan sungguh sehingga ia menemui mati, ia tidak pernah lagi menyentuh walau setitis arak.



Kadang kita lihat orang yang tidak bertudung, kita pandang enteng mereka, padahal kita tak tahu solat mereka tak pernah tinggal dan God knows how they’re struggling to obey perintah Tuhan mereka.



Kadang kita tengok seorang yang tidak pernah berada atas sejadah, apatah lagi di masjid tapi kita tak tahu apa dalam hati mereka, mungkin mereka sangat menginginkan hidayah dan satu hari yang indah Allah bukakan pintu hati mereka dan Allah terima titis air taubat mereka.



Kadang kita begitu senang sekali judge manusia ini baik manusia ini jahat sedangkan siapa kita ini, entah ya hari ini kita beramal dengan amal syurga, mungkin di hari tua nanti kita dipaling dari hidayah Allah, kita beramal amalan neraka, nauzubillah.



Sungguh lebih baiklah kita risau akan dosa kita dari sibuk membincangkan dosa si anu, tugas kita menasihati dan membimbing bukan menghukum mereka itu ini melainkan jika ianya bertepatan syarak. Dosa yang kita bincang di awal tadi, mungkin kita tak dapat tertinggalkan, tapi rahmat Allah siapa tahu, struggle kita hari hari yang manusia tak pernah tahu itu, titis air mata tiap kali terkenang peristiwa itu, sesal dan kesal itu mungkin cukup untuk Allah simpan sebagai bukti taqwa kita padaNya. Dan mungkin satu hari nanti seperti Abu Mahjan, terlepasnya beban yang amat berat yang kita tanggung dan fikir sehari-hari sehingga membotakkan kepala yang dahpun runsing ni.



Usaha dan berdoalah semoga Allah mengampunkan dosa yang tak tertinggalkan ini. Amin. Dan yang terakhirnya, dosa kita bukan sekali kali satu alasan untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah dan hamba Allah, dan sangatlah loser mereka yang lari dari dakwah akibat malu dengan dosa yang tak tertinggalkan sedangkan mereka tak tahu Allah menyediakan keampunan di sisiNya dan Dia sangat menyukai pentaubat pentaubat.



p.s. saya langsung tak meringankan apa apa dosa yang kita buat ni, cuma harapan itu masih ada dan ia cerah seterang matahari. Fighting!



Hisham Mahir
Graduated in BA(Hons) Architecture from University of Manchester,
currently bekerja di MMN Architects as Trainee Architect.
Pemilik blog Satu Cinta Satu Destinasi (SCSD) yang beroperasi sejak 2008.
http://www.hishammahir.blogspot.com/

Thursday, February 2, 2012

Rasulullah SAW seorang yang cemburu. Pemalu. Penyabar.


Rasulullah SAW adalah insan pilihan yang telah diutus oleh Allah, untuk menyampaikan khabar gembira buat orang-orang yang beriman dan berita buruk buat orang-orang yang mengingkari ayat-ayat -Nya. Namun demikian, baginda bukanlah seorang manusia yang langsung tak ada signifikan. Adakah kita fikir, sebenarnya kita tak perlukan nabi pun. Adakah Allah menjadikan Nabi Muhammad saw seorang yang maksum, bebas dari dosa semata-mata sebagai pengantara wahyu semata-mata?

Allah boleh turunkan kitab Al-Quran sebijik terus dari langit, turun ke bumi untuk manusia, tapi Allah tak buat macam tu. Allah juga boleh jadikan malaikat yang membawa dan menyampaikan perkataan-Nya, Al-Quran, tapi Allah tak buat macam tuh. Kalau kita tak ikut nabi, siapa lagi kita nak ikut?

Mungkin ada yang sampai pernah terfikir, 'alah, nasiblah. Dah Allah memang nak jadikan Muhammad sebagai nabi, dah tentu Allah sucikan dia daripada dosa. Sesiapa sahaja Allah boleh jadikan nabi". Kejadah? Nabi Muhammad saw bukan seorang robot. Baginda juga manusia yang berinteraksi dengan para sahabat, mempunyai perasaan. Ujian-ujian yang melanda, terasa berat sangat di hati baginda. Nabi Muhammad saw seorang manusia, kita juga manusia. Mungkinlah kita tak tahu banyak perkara tentang nabi, bagaimana baginda menjalani hidup baginda, perasaan-perasaannya, maka sebab itu kita tidak mempunyai sebarang hubungan atau kecintaan terhadap nabi.

Nah, saya persembahkan koleksi video dan kisah berkaitan dengan ciri-ciri Nabi Muhammad saw.

Cemburu

Ketahuilah, nabi merupakan seorang yang sangat cemburu. Sebenarnya banyak sangat kisah berkaitan cemburu ini, maka saya letak sepotong hadis sahaja dulu, lepas ni baru ada post khas berkaitan cemburu.

Dari Mughirah r.a. katanya: “Saad bin Ubadah mengatakan, ‘Kalau sekiranya saya melihat lelaki berkelakuan serong dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya tetak dengan pedang, bukan dengan punggung pedang.’ Ucapan itu sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda berkata: “Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.’” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kalau Saad bin Ubadah mempunyai cemburu sehingga dia sanggup menetak orang dengan pedang, nabi lebih cemburu daripada itu. Dan Allah, adalah lebih cemburu daripada nabi sendiri.



Pemalu

Nabi Muhammad saw seorang yang pemalu dan untuk sesetengah keadaan, baginda juga akan berasa kekok. Di bawah adalah video tentang kesabaran, boleh di skip terus ke minit 3:10



Sabar

Nabi seorang yang sabar. DI bawah adalah rancangan Law Kana Bainana, sekiranya baginda ada bersama dengan kita hari ini...bagaimana yang akan baginda perbuat dalam menangani masalah sehari-hari? Dengan menonton rancangan ini, mungkin kita sedikit sebanyak akan dapat lebih mengawal tingkah laku kita.




Saya memang SANGAT SUKA dengan lelaki yang boleh gelak walaupun air tertumpah di atas pakaiannya. Tengok pun rasa gembira. Good soul.


Berbuat baik terhadap kanak-kanak

Main kuda dengan budak, selalu dukung budak. Sekalipun tak reti nak cakap kata-kata manis, perbuatan itu pun sebenarnya boleh terkesan dekat budak-budak.



Tuesday, January 31, 2012

Kepelbagai pendapat dan jemaah. Bergaduh di Youtube.



Sekarang kat dunia ni, banyak sangat perselisihan. Banyak juga jemaah yang ada untuk memperjuangkan islam. Siapa benar, siapa salah? Adalah soalan yang rumit. Sesetengah jemaah menghalang pengikutnya dari berfikir terus tentang perkara ini. namun bagi saya, always keep your options open. Sentiasa bersedia, sentiasa minta petunjuk dari Tuhan, sebab kita tak tahu tentang banyak perkara. Boleh jadi benda yang kita pegang selama ini sebenarnya merupakan satu kesalahan ataupun silap faham.



Kredit to Pena Maya.


"Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail dan Israfil, Dzat yang menciptakan langit dan bumi, Dzat yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang terlihat, Engkau memberikan hukum kepada para hambamu dalam permasalahan yang mereka perselisihkan, maka tunjukilah kami dalam setiap perkara yang kami perselisihkan menuju kebenaran dengan izinmu, sesungguhnya Engkau memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus."


Tunjuklah Ya Allah, jalan mana yang betul, jalan mana yang Kau redhai.

Kita tidak meletakkan pergantungan kita dengan mana-mana jemaah, dengan mana-mana ustaz atau syekih.


"Wahai Yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu."



Bergaduh di youtube

LOL. Sebenarnya tak adalah gaduh mana kat youtube, tapi sedikit sebanyak saya rasa terkilan pun ada. Tapi banyak lagi benda saya boleh buat selain fikirkan pasal benda tuh. Ceritanya macam ni. Saya pergi youtube, lepas tu saya tengok video youtube di bawah ini :



Saya merasakan ada beberapa perkara yang saya rasa tak kena, dan saya nak kepastian. maka saya pun tanyalah...

Saya                          :    maaf ye, ada apa dalil ke yg back up bahawa jika solat subuh sama dgn solat jumaat, Allah akan bg kekuatan ekonomi? statement ini sy rasa bahaya jika tidak ada ayat quran ataupun hadis yang back up benda ni...jgnlah kita mngatakan sesuatu yg kita tidak tahu...

Mrtheallshared              :   ad taalim ckp psl bnd nih... wallahu'alam..... dalil atau hadis wallahu'alam... kalau salah tlg betulkan ye =)
thx2
May Allah bless u =D


OK fine, kalau dia dah cakap macam tuh. Saya malas nak tanya dalam-dalam lagi....
Kemudian ada orang lain pulak yang nak tambahkan sekali...

dmfhusaini94             :    jelas,terang dan nyata allah dah berfirman:"barangsiapa yang bersyukur,aku akan tambahkan nikmat kepadanya..dan barangsiapa yang kufur,igtlah azab ku amatlah pedih.."
perumpamaan solat jumaat digunakan adalah krn sudah menjadi uruf dan adat bahawa makmum pada solat jumaat itu adalah ramai...


*sambungan...allah juga telah menciptakan burung yg mula mencari mkn d awal pagi menandakan berpagi-pagi m'cari rezki itu adalah fitrah dan dituntut..jika kita memulakan hari dgn bersyukur kpd allah scre b'jmaah..maka sudah tentulah allah akan menambahkan rezki kpd kite dan secara x lgsung ekonomi akan lebih kukuh....sekadar berkongsi...


Saya bila masuk bab-bab main sedap je analogikan dengan benda-benda lain, lepas tuh buat teori sendiri dan menjadikannya sebagai suatu kesimpulan yang pasti dalam agama, saya menjadi agak tak keruan di situ. Saya rasa benda ni sama lah macam kita kata, Allah haramkan babi sebab babi ni ada penyakit ataupun sebab babi nih sejenis binatang yang memang jenis tak cemburu langsung, jadi kalau kita makan, sedikit sebanyak kita akan berperangai macam babi.

Tentang perangai macam babi tuh, saya tak nafikan, mungkin ada kebenarannya, ditulis oleh Ibn Qayyim sendiri. (tapi Ibn Qayyim tidak mengatakan itu adalah sebab kenapa Allah haramkan babi) Namun menjadikan perkara-perkara sedemikian sebagai sebab sebenar Allah mengharamkan babi adalah tidak tepat. Sebab Allah atau nabi tak pernah mengatakan secara spesifik. Cukup kita meyakini bahawa setiap yang diperintahkan itu ada hikmahnya. Sebab kalau kita kata macam tuh, macam mana kalau suatu hari nanti makan babi konfem tak kena apa-apa penyakit. Adakah masa tuh babi dah jadi halal? Of course TIDAAAAKKKKK!!!!

Maka saya pun balas balik, mungkin dalam keadaan agak emo.

Saya              :    sy rasa lebih elok jika disebutkan " sesiapa yg mensyukuri nikmat Allah, Allah akan menambah nikmat"....simple. kita tak perlu menambah satu teori baru atau menganalogikan dengan burung misalnya....ye kite spatutnye belajar kesungguhan burung, atau mgkin rutinnya, tp still kita tidak blh mngatakan secara spesifik...semayang pagi2 ramai2 dpt kelebihan sekian sekian.....kalau betul buat benda tuh ada kelbihan sekian...dah lama Allah bgtau dlm Alquran ataupun nabi sebut dlm hadis


sy betul2 mintak maaf kalau sy terkasar bahasa...(sambungan kedua)...kalau kita nak main amik apa yg burung buat atau binatang buat semata-mata...mcmana pulak kalau kes ini : kelawar mencari makanan pada waktu malam? memerang, burung hantu....adakah kita nk ckp bersyukur beramai2 pd waktu malam pula...solat magrib dan isyak?

Tiba-tiba saya kena bantai pulak dengan bro yang upload video ini..

Mrtheallshared            :   bkn teori barula mmg ad... Ya Allah.. dlm vdeo itu huraian drpd slps bacaan taalim masjid sy
ad seorang imam (xigt nmnya spe) katanya 'kita sibuk bergaduh tntg hal furuk, tp pd masa yg sama org islam yg lain sibuk disembelih oleh orang kafir"
kte gaduh2 psl hal bnmd yg betul wtp.. slm hal fiqah mmg byk pndpt. klu sy bc pndpt ni awk pulak bc pndpt ni pastu klu kte brdua pndpt x sama mulala bang2
"tgglkan lah prtgkaran wlupun ia benar dan dibina sebuah mahligai utkmu di pinggir syurga"


perumpamaan itu Allah jadikan utk org memikirkan kekuasannNya..
byk kelebihan yg tersirat prlu dikaji.. cnthnya mcm kelebihan scientific... Rasulallah pernah mghalang sahabt utk meniup air yg panas namun rasulallah xberitahu mengapa beliau menyuruh berbuat demikian.. tp apbila dikaji rupanya apbila H2O bcmpur dgn CO2 terhasilnya toksik... so byk faedah yg diserahkn utk kte berfikir n kaji..


so jgn nk gne kan st perumpaan yg disebutkan di ats as alasan yg kelebihan solat isyak n maghrib xde kelebihan yg sama..... kte kena gne akal utk berfikir bkn utk bang2 org... tlg stop smpai cni.. sy akn tny ustaz lps ni.. settle k jgn gaduh//
sy x spttnya reply bnd nih.. silaturrahim itu wajib utk dijaga..pliz2.. jgn gaduh//
tp saya nk tegaskan lg ucapan psl kekuatan ekonomi ini kuar dr mulut seorang tabligh yg brnm "kamzani"


klu anda xde penyelesaian jgn buat situasi lg teruk..
kte sama2 jahil k..
salam ukhwah =D


Saya lepas dia dah hantar komen pertama saya dah tak baca dah...tapi beberapa hari kemudian saya baru perasan ada message dalam inbox saya. (komen terakhir di atas). Saya pun balaslah balik...

Saya           :   sy bkn nk brlagak pandai, tp pentingnya kita teliti dlm nak mngatakan ssuatu...brape ramai org mndakwa diri mereka ustaz, last2 bg pntafsiran yg salah brkaitan alquran dan hadis nabi. contoh (ayat quran jika kamu cintai Allah, ikutilah aku...ada ustazah pg ckp ikut die..) tk ke salah tuh?


Mrtheallshared            :   xnak gaduh =D
May Allah bless u my ikhwan =D
assalamualaikum =)

Saya             :   waalaikumussalam bro =D


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=L3dCUN1-DXo
(video di atas)


sama-samalah kita amalkan doa ni ye..=)


Habis cerita. Tapi apa-apa pun, yang buat video jawatan kosong tuh, budak lagi pun, pelajar sekolah menengah. Suatu usaha yang baik. Macho pun macho jugak saya tengok....layan...continue subscribe, no problemo.