javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Friday, February 27, 2026

ummi


dalam Al-Quran, hampir kebanyakan tempat, bila Allah menyebut wanita,

Allah sebut tentang keibuan


ibu Nabi Musa yang diilhamkan menghanyutkan Nabi Musa ketika bayi

Asiyah isteri Firaun yang ingin membesarkan Nabi Musa

ibu Maryam yang tekad nak menazarkan anak untuk agama

Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa yang suci tak pernah disentuh lelaki

mendapat rezeki dari Tuhan dengan jalan yang tak disangka

juga menyaksikan anaknya Nabi Isa berkata-kata ketika bayi


kalau benda tu tak penting, Allah tak sebut

tapi Allah iktiraf wahnan ala wahnin - kesusahan mengandungkan anak


Sarah isteri Nabi Ibrahim yang hairan campur gembira mendapat perkabaran 

akan mengandungkan Nabi Ishak


Hajar isteri Nabi Ibrahim yang berusaha sedaya upaya berlari Safa dan Marwah

mencari air untuk bayinya Nabi Ismail


kegusaran dan harapan untuk mendapatkan anak pun bukan perkara kecil

seperti dalam kisah Sarah, Nabi Zakaria pun tak henti berdoa

dan dengan kehadiran Yahya - termakbullah doa-doa selama ini


dan sewajarnya ibu mendapat tempat yang tertinggi dalam hidup seorang anak

Nabi telah berpesan, siapakah yang paling patut mendapat layanan baik - ibumu,ibumu,ibumu


semoga afiah

semoga berkat 

semoga bersyukur

semoga qanaah

semoga redha


semoga kita jadi orang-orang sabar yang akan disempurnakan pahala tanpa batas

fasobrun jamil - maka bersabarlah dengan sabar yang indah


biarpun hidup ini terlalu sukar....


Friday, February 13, 2026

Naif dan Literal

 Naif


Antara perkara yang mendapat perhatian baru-baru ini adalah berkaitan Epstein Files. Kes dah bermula lama, cuma kali ini menjadi viral semula sebab Department Of Justice (DOJ) ada lepaskan berjuta files berkaitan kes tersebut - namun banyak yang dihitamkan.

Trump yang tandatangan membenarkan file tersebut keluar kerana Transparency Act - nampak macam dia langsung tak terlibat, Bill Clinton tak terlibat, tapi semuanya dah banyak yang dihitamkan.

Dari sisa atau baki yang tinggal, ada orang yang buat kajian lebih dan nampak 'discrepancy' dan menyuarakan kejahatan yang Epstein buat.


Ada kawan tak percaya sesetengah benda - orang makan bayi sebagai contoh. Atau beberapa benda lain yang sangat teruk. Benda sama ada juga dia sebut berkaitan siri The Arrival yang cerita berkaitan Illuminati sebelum ini - ada sesetengah benda nampak begitu konspirasi dan tak kena dengan logik akal.


Saya tak dapat buktikan semua benda tu betul, tapi dalam masa yang sama - tak ada sebarang kejahatan yang mustahil dalam dunia ini.

Apa yang berlaku di Gaza, apa yang Israel buat... semuanya adalah toghut dan kejahatan seangkatan mereka.


Iblis telah berjanji, diberi masa hingga hari kiamat sejak Adam wujud - akan rancang segala macam perkara, segala macam kejahatan. Orang menyembah syaitan, menyembah iblis.

Al-Quran telah menceritakan segala macam kejahatan yang orang buat - Firaun bunuh anak lelaki, orang islam dicampak dalam parit yang dinyalakan api, kaum Lut melakukan hubungan sejenis... mungkin sebab terjemahan tidaklah begitu tangkap maksud perkataan, atau memang Allah tak nak sampai detailkan segala benda-benda jenayah yang ada.. tidaklah menjadi alasan yang ada kejahatan yang mustahil.


Saya kata,"ada sebabnya kenapa neraka tu ada berlapis-lapis, ada tingkatan-tingkatan mengikut kejahatan yang orang buat"


Kalau nak guna logik akal... apabila saya dengar mensyrikkan Allah adalah kezaliman yang paling besar - tak mampu nak hadam perbandingan tu dengan orang yang makan bayi, membunuh orang sesuka hati dan sebagainya.. tetapi itulah yang kita tak tahu dan tak dapat sampai kepada hakikat sebenar.


Akhir kata janganlah jadi naif, jadi skeptikal kepada semua perkara - tapi dalam masa yang sama tidak berputus harap dan masih boleh jumpa ruang untuk optimis.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Literal


Baru-baru ini juga ada cerita pasal jampi yang dibolehkan.

Saya rasa inilah jalan yang betul - kita tahu membezakan yang mana boleh ada ruang untuk bersikap open to any possibilities dan mana ruang yang kita kena define masalah dan ada metodologi yang spesifik dalam nak menanggapi sesuatu isu.


Kalau kita guna mindset yang sama contoh macam tadi - segala kejahatan tu possible, maka dalam kes boleh jampi ni... zaman Nabi ada kisah sahabat jampi sekian2, ada kisah pakai air kencing unta sekian2.. maka tiba-tiba contoh yang kecil boleh dikiaskan kepada banyak benda yang besar.


Maka dalam hal ini menjadi literal adalah lebih baik - percaya kepada hadis sahih, ayat Al-Quran yang jelas.. maka contoh atau kejadian adalah spesifik seperti dalam kes minum air kencing unta, saya lebih senang untuk menganggapnya sesuai untuk penyakit yang ada kaitan dengan cuaca Madinah https://hafizfirdaus.com/ebook/KMHHM/BC2.htm


Untuk tengok kupasan-kupasan hadis macam itu boleh rujuk https://hafizfirdaus.com/ebook/KMHHM/Content.htm


Terkadang sesuatu yang kita berikan kelonggaran, kesannya akan menghasilkan sesuatu yang lebih teruk seperti wujudnya bidaah, khurafat dan sebagainya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Hari ini dah 11 tahun berkahwin... satu tempoh yang sekejap sahaja sebenarnya. Lebih banyak anak, masa akan jadi lebih pantas. Tak lama lagi Ramadhan akan tiba. Sekarang pun tengah sibuk dengan gunakan AI melorongkan jalan baru, harapnya kali ini adalah seperti kita jumpa facebook page, facebook ads dan hasilkan jenama dalam saham pada tahun 2015-2016. 


Namun sekalipun AI boleh bantu banyak benda, konflik dengan manusia ni, masih tak senang nak selesaikan. Perasaan orang tak sama. Pengetahuan, latar belakang tak sama. Umur berbeza. 


Kepada Tuhan kita adukan sesalan-sesalan kita.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tak faham bahasa


Ada tengok satu tiktok tu, orang tu rajin baca buku, dan selalu ulas apa yang dia baca. Tapi ada satu video dia jumpa kawan dia yang sedang menyelami sastera, puisi, pantun dan dia kata dengan kawan dia tu yang dia tak boleh nak 'appreciate' sastera. 


Saya macam - ada juga orang yang rajin membaca tapi memang tak boleh 'rasa' eh.


Kawan dia beri nasihat, "Kau kena heartbroken dulu, baru boleh healing dengan sastera".


Huu, heartbroken atau situasi teruk apa dalam hidup yang buat kita terpaling sastera pada hari ini?


Thursday, February 5, 2026

Bittersweet

Menyedari dunia adalah persinggahan, kita pun tak akan lama di sini. Tapi adakah kita dah buat yang terbaik? Adakah kita hidup dengan memenuhi apa yang kita sepatutnya buat di muka bumi ini?

Hidup kita penuh dengan dosa. Di saat lain, ada orang yang menderita. Tuhan mengingatkan — adakah kita mengaku beriman dan kita tak akan diuji? Tapi untuk meminta ujian, tak sanggup memikirkan beratnya ujian. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa dan memberikan rahmat-Nya kepada kita.

Umur semakin bertambah. Beberapa tahun lagi — dua tahun lagi, to be exact — akan mencecah umur 40. Kalaulah mati bila-bila masa, apakah benda yang menjadi penyesalan? Adalah tak berjaya menghafal Al-Quran. Tak terbebas dari belenggu dosa yang bertahun-tahun.

Semakin kita lihat apakah progress yang berlaku di sekeliling kita — keluarga, saudara mara dah mula kahwin, dah mula dapat anak, semakin bertambah bilangan ahli keluarga yang ada. Semakin ramai juga keluarga yang pergi meninggalkan kita. Kita pun sedar yang masa kita dekat dunia ni pun dah semakin suntuk.

Mungkin pencapaian anak-anak lah — a bittersweet thing. Berjaya masuk darjah 1, dah mula masuk tahap 2. Ibrahim dah mula masuk tahap 2. Anak sulung akan melalui setiap fasa sebagai yang pertama, dan untuk setiap fasa baru tu ada satu pengalaman yang merendahkan diri. Gembira dia boleh capai fasa tersebut. Tapi dalam masa yang sama, ia bagi peringatan kepada kita — dan kita harus hidup di dunia ni dengan sehabis baik.