javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Friday, October 25, 2024

Antara Mengikut Peraturan dan Melanggar Peraturan

 

lhdn

24oktober, pergi jumpa lhdn di menara semarak, TM untuk kali yang kedua. Daripada perjumpaan pertama, dia dah buat siasatan lanjut, dan beritahu apa yang dia nak tolak dan tak diterima sebagai perbelanjaan, kita kena datang dan buat pembuktian mewajarkan kenapa patut ditolak.

Maka memang besar amount tersebut. Ini menimbulkan kekesalan sebab kalau saya isi sendiri, likely perlu bayar cukai pun tak sebesar itu - akibat kena sekali penalti untuk pendapatan terkurang lapor.

Tidak cukup dengan itu, kita patut ambil kira sekali kos yang kita dah bayar untuk ambil servis perakaunan dengan pakarcukai - yang agak besar - pada ketika itu kononnya claim boleh buat strategi kurangkan cukai sehingga lebih 30-50% daripada yang biasa kita bayar.

dalam dunia ini begitulah, scammer di mana-mana. Mungkin juga kita pun ada scam orang lain tanpa kita sedari.

Overclaim, bermulut manis semata-mata nak tarik pelanggan. Garisan yang memisahkan antara berlaku baik beradab sopan dengan customer service untuk lakukan jualan, adalah kabur.



apa tindakan?

cadangnya nak buat satu laporan polis dan menggertak, kalau berjaya dapat balik kos perakaunan atau dapat cover sekali penalti, adalah baik.

Jika tak berjaya, anggap sahaja sebagai yuran kebodohan.

Wife tanya, macam mana nak elak pada masa hadapan?

Kita mungkin boleh buat sendiri, untuk mudah, tak perlu senaraikan perbelanjaan-perbelanjaan lain, tapi kita mungkin akan sentiasa rasa terkilan sebab boleh jadi perbelanjaan kita untuk bisnes sepatutnya boleh kurangkan cukai - dan kita akan miliki duit yang lebih pada akhirnya.

Atau kita boleh cuba sehabis upaya kita mencari jalan, menggunakan segala teknik atau alat, orang yang pandai buat akaun supaya kita kurang bayar cukai. Dalam keadaan tertentu - lebih teruk lagi - creative accounting - menghasilkan transaksi-transaksi manipulasi yang sememangnya haram dan melanggar undang-undang.

Kalau nak ikut jalan no 2, sama ada cara ikut undang-undang atau langgar undang-undang, masih juga akan terdedah kepada risiko - jika diaudit, maka besar kemungkinan akan kena penalti. Jadi ianya bergantung kepada sejauh mana anda dah bersedia dengan kemungkinan tersebut dibandingkan dengan faedah? yang anda dapat berjaya kurangkan cukai.



buka akaun cds

teringat waktu awal jadi remisier dahulu - buka akaun tak boleh online, wajib berdepan, tak boleh melalui pos.

Namun tinggal kat melaka, dalam masa yang sama kita memang dikenali di media sosial - untuk betul-betul mengikut peraturan, syarikat atau bisnes tak akan berkembang.

Akhirnya kita yang kena membaca situasi dan mengambil risiko. Dalam masa yang sama kena bersedia menanggung akibatnya jika sesuatu berlaku seperti ada aduan atau siasatan.



azizan osman dan titan

Lebih banyak duit anda ada, lebih mudah anda terlibat dalam scam - atau berbelanja untuk sesuatu yang impak atau kesannya tak setanding dengan bayaran.

Waktu ada syarikat lama, belanjakan hampir 100k (tapi tak penuh sebab perlu tutup syarikat di tengah jalan) untuk salah seorang pengarah - wan - untuk jadi titan sertai coaching di bawah Richworks.

Itulah dia, hidup ini terlalu banyak scammer. Banyak benda yang akan merampas duit kita sekiranya tidak berhati-hati. 

Kadang kita nak masuk dalam satu pelaburan untuk jana pendapatan tambahan, rupanya kerugian lebih besar berbanding kalau tak terlibat langsung dalam pelaburan tersebut.

Sunday, October 20, 2024

Tuhan Meletakkan Keinginan Ada Sebabnya

 

Love my job, love my work

Itu adalah satu posting yang saya nak buat pada beberapa hari lepas. Menaip code dalam bilik yang dijadikan pejabat, berhadapan dua monitor. Salah satu tab dalam chrome menunjukkan Trading Plan dashboard, manakala paparan satu lagi adalah skrip yang bertulis, ada pelbagai panel dalam VS Code.


You do you.

Orang lain dah ada yang jadi pakar, atau buat bisnes ke, tinggal di tempat menarik ke, lawat tempat menarik ke, anak banyak ke.... saya tak kisah. Saya gembira kalau itu yang berlaku, bertambah lah umat islam hebat dalam dunia ini.

Saya cukup selesa, saya sangat beruntung.

Saya nak cuba jadikan kehidupan lebih bermakna, tetapi kadang-kadang tersangkut akibat distractions yang ada dalam dunia ni.



Sastera, pembacaan, puisi

Nasib baik blogspot masih ada. Akaun saya masih ada, mungkin akaun orang lain ada yang dah kena hack, ada yang blog dah hilang.

Melihat reading list saya, rata-rata orang dah tak menulis, orang dah ada kehidupan masing-masing. Mungkin juga menulis blog dah digantikan dengan 'consume' youtube,tiktok,netflix,facebook dan instagram. Twitter pun dah bertukar nama jadi X setelah dibeli Elon Musk.

Masa menulis blog, dapatkah kita bayangkan satu masa nanti memang kita sampai zaman kereta boleh bawa sendiri?

Salah satu blog yang ada dalam reading list dan masih aktif, adalah blog [Fathi](http://bersamakepuncak.blogspot.com/). Dengan pergi ke blog dia, terjumpa pula ada syarikat yang inisiatifnya adalah menjadi tempat untuk menterjemahkan karya-karya agung dalam bahasa lain ke dalam bahasa Melayu.

Maka adalah terjumpa buku Sylvia Path, dan ceritanya adalah dia berbakat, kahwin juga dengan orang sastera, namun akhirnya membunuh diri.

Salah satu puisi dia bertajuk "Two Views of a Cadaver Room". Baca sekali imbas, tak berapa nak faham. Buat carian di youtube, [ada yang cuba mengulas puisi tersebut](https://www.youtube.com/watch?v=o4xsNGVz0_Q)... dan isi-isi yang diberikan mengingatkan saya apa yang menarik dengan puisi atau sastera.

Kenapa minat puisi atau sastera? Perspektif sendiri, dan saya hanyalah hobbyist dan bukannya tahu mana pun berkaitan sastera. Mungkin definisi sastera pun saya tak arif.

- menjadi jalan keluar daripada dunia realiti  
- satu bentuk luahan rasa atau pendapat - yang kadangnya nak diselindungkan, tapi dalam masa yang sama nak ianya dipaparkan
- ada lenggok bahasa dan irama yang kena dengan jiwa sendiri
- satu bentuk 'anchor' atau pasak kepada memori atau kenangan berkaitan satu peristiwa

Terjumpa juga satu youtube channel bertajuk The Book Surgeon - dan podcast tersebut jempit ZRA - dan ketengahkan pentingnya Book Broker - berkongsi kandungan buku kepada awam.




Hari Lahir

Bulan oktober adalah bulan kelahiran saya, ahli keluarga sebelah wife pun banyak juga lahir bulan oktober. Anak saya no 2, Musa pun lahir bulan ni. Wan dan anak dia pun lahir bulan 10, yang mana anaknya siap lahir tarikh yang sama macam saya.

Ibrahim pula ada rancangan macam nak buat prank, kononnya pagi tu tak nak wish.. tapi masa nak pergi sekolah dia peluk saya. Petang tu memang dah nampak macam bersungguh lain macam tengah merancang sesuatu, kita biarkan sahaja.

Wife kata dia ada mintak duit dan belikan hadiah... hadiah adalah biskut,yakult dan susu kotak farm fresh yang dia ada beli di sekolah. Wife pula ada beli dua kek kecil, satu strawberry chocolate dan kek biru vanilla tak silap.

Semoga kita dikurniakan hidup yang berkat dunia dan akhirat.



Webinar Risk Management

Keesokan harinya, kena fokus untuk bersedia sesi malam, kelas kita buat awal pukul 8malam. Dah lama tak buat webinar yang serius atau berfokus - ada hebahan, malamat nak jual webinar bagi menampung kos bulanan dan dengan harapan dapat kembangkan lagi bisnes sedia ada.

Kali pertama saya fikir saya guna Canva untuk presentation, good learning experience.

Rasanya ini juga kali pertama, Erol terlibat dengan banyak dalam pengurusan webinar atau event syarikat.



Yahya Sinwar

Rupanya tarikh hari lahir akan jadi tarikh kematian Yahya Sinwar. Beliau mati dalam keadaan tengah berjuang, frontliner. https://www.youtube.com/watch?v=cdX--bn9Zr0

Hassan Nasrallah mati dengan bunker bomb, ismail haniyeh ketika sedang memenuhi jemputan Tehran.

Kita di sini, apakah usaha yang kita lakukan...



Sebab Keinginan Diciptakan

https://www.youtube.com/watch?v=pr0t-HbfCpo&t=1s adalah satu video oleh Fedi Lecamus, tak pasti asal mana, likely French in origin. Allah chose you to find this video - dont look away tertulis pada thumbnail.

Isi kandungan mengingatkan, ketika kita diilhamkan untuk buat sesuatu, baik atau jahat, Allah yang ilhamkan. Tetapi ada juga yang keinginan kelihatan seperti tidak begitu jelas baik atau jahat.. sperti ingin memiliki bisnes yang besar - katanya itu ujian. Allah tak beri keinginan itu kalau kita tak mampu, kadang-kadang keinginan itu besar buat kita - satu ujian adakah kita akan berusaha mencapai ujian itu dan seterusnya akan membawa kita kepada jalan terbaik yang Allah dah tentukan untuk kita.

Kadang terlintas keinginan adalah mempelajari cara buat bom, bina jet atau roket, atau menyiapkan apa-apa bentuk persenjataan yang canggih.



Mempersoalkan Dan Sentiasa Bertanya

[The way math should be taught](https://www.youtube.com/watch?v=VElZBohyXW0 "The way math should be taught")

Mungkin kalau kita tak ada keupayaan dari segi akses kepada teknologi canggih atau peralatan yang perlukan duit, kita kembali kepada asas.

Merenung berkali-kali Al-Quran dan tafsirnya, dan bertanya soalan. Masih ada ilmu atau hukum alam yang mohon dijumpai - mungkin akan jadi game changer.



Mengajar Bercakap

https://www.youtube.com/watch?v=EddPAllx3sU - kepentingan verbal brand, mengisi lexicon gap, knowledge adalah compression of knowledge. Lexical gap berlaku sebab 

- idea is unclear in your head
- your choice of word is vague

To speak, first must think clearly, before that must write or log lexical gap.

Ada letakkan Ibrahim dalam kelas Public Speaking oleh Mr Paul. Cadangnya dapat latih dia bercakap dan latih bahasa Inggeris, dalam masa yang sama beri pendedahan kepada masyarakat berbilang kaum - (nampaknya banyak orang Cina, dalam kelas programming oleh coach Kavin - banyak orang India)

Namun ada masa ketika ditanya soalan, dia kelu. Asalnya kata kat dia, fikir dalam bahasa Melayu kemudian cuba translate. Tak boleh cakap atau fikir terus, cuba buat tulisan.

Bila dig deeper, merangka cerita dalam bahasa Melayu pun perlu latihan terlebih dahulu.




Permainan Kekayaan

[₹16,000 vs ₹10,00,00,000 In India | The Real Game Of Wealth](https://www.youtube.com/watch?v=1lCoQi1IcQ0&t=6s "₹16,000  vs ₹10,00,00,000 In India | The Real Game Of Wealth") pernah tengok juga satu video sperti ini juga tema dia dihasilkan oleh Johnny Harris. 

Kekayaan golongan yang paling atas atau lebih atas, tak memberi manfaat kepada golongan bawahan. Lagi satu point lain - nama game lain untuk golongan elit - adalah legasi.



Friday, October 11, 2024

Memoir Sekolah

 Memoir seorang guru

Ada hari tu tonton satu movie ni, tajuk dia adalah Memoir seorang guru tak silap. Rosyam Nor berlakon. Masa saya sekolah menengah dulu tak silap, ada jugak satu movie lain Rosyam Nor berlakon, meletup jugak.... KL Menjerit.

Masa tu mak dan Kak Gie tak silap sembang-sembang pasal cerita tu. Antara istilah yang ada disebut berkaitan  Rosyam Nor... hero tua.

Nampaknya Rosyam Nor memang seorang legend. Movie yang baru ni adalah adaptasi dari sebuah novel karangan Azizi Abdullah. 

Azizi Abdullah adalah watak yang ada disebut oleh ZRA dalam novelnya Anekdot Jalanan. Novel Azizi Abdullah adalah salah satu novel yang ada saya baca ketika terjumpa novel tersebut dalam simpanan atau rak buku di rumah saya - mungkin ayah yang beli, mungkin juga mak.

Berkaitan movie,

- kehidupan di pedalaman tak mudah untuk yang datang dari bandar, namun mungkin kehidupan itu sudah cukup untuk yang memang hidup di situ
- kadang-kadang seorang guru yang belajar daripada anak muridnya, walau luarannya nampak tugas guru mendidik anak murid



SK La Salle Sentul

Baru-baru ini ada Ibrahim cerita tentang program untuk budak darjah 6 - di mana kena tinggal di sekolah? untuk tiga hari dua malam untuk satu program. Ibrahim belum lagi darjah 6... tapi itu cerita senior mungkin.

Yang menimbulkan ingin tahu atau kebimbangan dia adalah - mungkin itu adalah sesuatu pengalaman yang menakutkan.

Rupanya dia juga ada bercerita dengan adiknya musa, sebab ada waktu yang lain, Musa pula yang timbulkan cerita tersebut beserta tempohnya. Dia walau bagaimanapun kerap tertukar antara 3hari2malam dengan 2hari3malam - macam dyslexic, tetapi Musa adalah orang yang akan petik nama tempat atau pengalaman lalu dengan jelas - yang bagi saya memang saya langsung tak ingat.

Saya beritahu, saya pernah camping dulu waktu sekolah rendah. Tak silap kat padang sekolah. Program bermalam tu 1 malam. Bangun-bangun pagi sejuk, tak tahan nak kencing.

Tidur dalam khemah dengan kawan, tak ingat dengan siapa.

Maka itulah yang sedikit menyesalkan, alangkah bagus kalau dapat kita ingat memori tersebut sebab kesan dan perasaannya berbekas, namun butirannya kabur.

Memang berazam nak ajar anak menulis, merekodkan, mengingat pengalaman, mungkin juga dibantu kamera yang sangat mudah diakses zaman sekarang, akan membantu menyimpan memori tersebut untuk masa depan.

Adakah saya tak ingat masa lampau sebab sentiasa memandang ke depan? Adakah masa lampau selalunya menyakitkan membuat kita terbiasa untuk melupakan; apabila sedikit kenangan cuba singgah, kita sentiasa menepis sebab benda itu memalukan atau menyakitkan?

Cuba mengingat nama cikgu yang ada - cikgu Borhan yang gila garang, cikgu Nordin cikgu Matematik, ustazah Normah yang manis, cikgu Syed Kassim cikgu Bahasa Melayu, cikgu Asrab Khan cikgu bahasa Melayu juga, cikgu India - John? Loke Yim Pheng yang pernah brainwash dengan psycho dalam satu kejadian terbaling botol air dari tingkat atas.

Hanya terfikir, adakah cikgu Bahasa Melayu, lelaki selalunya ada 'aura' atau pengajaran yang tersendiri.

Juga kawan yang dah lama tak hubungi, dan dah ada kehidupan masing-masing : Farid,Fuad, Azry, Adeeb, Ifwat, Fikry, Fahmi, Karan Singh, Phang Zhen Fei, Wong, Lum Kah Wai, Aaron, Janarthan. Ada yang satu geng, ada yang kalau boleh elak, elak sebab jangan cari pasal dengan gangster.



Sembang jamban

Semalam kita meeting bersama - ada saya, wan, kerol dan husna. Meeting biasa berjalan dari 1030am hingga 1pm - kebiasaannya pukul 12pm baru start meeting sebenar.

Sesi awal meeting adalah order makan, sesi tazkirah - yang kadang-kadang jadi tempat sembang berkaitan isu semasa. 

Cuma pada satu detik, tertarik untuk tahu - tempat diorang tinggal tu memang kampung atau mcam mana... jawab mereka taman perumahan, walaupun memang dah lama, tapi tetaplah itu taman perumahan.

Maka adalah perbezaannya - sekalipun saya berasal dari KL, namun tempat tinggal dulu waktu kecil adalah kampung. Jamban ada di luar rumah bro.

Kalau time sakit perut, nak kena effort ambil masa buka mangga kunci dapur untuk keluar ke jamban. Kalau tengah malam? mungkin mintak teman... masa hujan adalah masa yang mengasyikkan... dan waktu kecil memang suka buka pintu sebab ada pemandangan dan nak dapatkan udara dari luar yang masih segar.

Walaubagaimanapun tempat tu juga adalah tempat memang ada orang akan lalu di celah-celah lot rumah kampung yang ada sebagai jalan singkat untuk pergi ke rumah mereka - jadi kebiasaannya mereka akan terkejut dan saya pun akan terkejut, cuma itu adalah waktu kecil la.

Nampaknya sampai di sini sahaja, ingat akan kongsikan berkisar tema perkahwinan pada post yang seterusnya - 

fattah amin fazura
aizadiha
idola dan legend seperti aiman dan hilal
perkahwinan


Buat masa ini, perlu luangkan masa cuba hasilkan masterpiece berasaskan flask dan sql - mungkin - mana tahu ada rezeki dapat bawa semula team capai zaman kegemilangan.

Monday, October 7, 2024

Setiap Orang Ada Ujiannya Sendiri

adakah kita dah buat sehabis baik?

apatah lagi kalau ujian itu bukanlah ujian kesusahan.


Ketagihan

Dan orang ketagih, dan ketagihan menyebabkan kebinasaan. Mungkin itu juga halangan untuk seseorang itu merdeka sepenuhnya. Membebaskan diri dari belenggu nafsu dan menundukkan sepenuhnya minda, jasad dan rohani kepada Tuhan.


Ulangtahun Gaza

Hari ini pada tahun lepas adalah hari yang membawa kepada kesedaran yang lebih luas terhadap konflik Palestin. Dunia bukan hitam putih. Setiap manusia atau golongan ada spektrum mereka. Liberal, demokratik - haluan kanan dan haluan kiri - sunni syiah - islam kristian yahudi ..... Semoga Tuhan memberikan jawapan dan balasan yang sewajarnya, dan memang Tuhan sebaik-baik pemberi balasan.


Rulebreaker

Tertarik memikirkan satu perkongsian yang diperoleh baru-baru ini. Orang yang melanggar arahan atau peraturan, bukanlah calang-calang... ada antara mereka adalah yang mempunyai inisiatif, berfikir di luar kotak, challenging the convention. Selalunya kita menghukum, namun perlu juga difikirkan adakah inisiatif mereka boleh digunakan untuk tempat yang lebih baik.


Berjumpa orang baru, atau situasi baru

Pergilah meneroka, meletakkan diri di tempat yang tak pernah lagi lalui atau hadapi. Kadang-kadang benda itu akan menjadi satu pintu yang membuka pintu-pintu yang lain. Sentiasa mencabar diri, sentiasa bereksperimen. Jika tidak, hidup akan menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan. 

Orang kadang-kadang boleh membantu meluaskan fikiran. Benda dan tempat pun kadang-kadang boleh membuat kesan yang serupa.

Zaman sekarang ini, algorithm telah dibuat dan biasanya apa yang ditunjukkan meneggelamkan kita dalam minat sendiri atau apa yang kita suka - dan kita tak didedahkan dengan apa yang kita tak suka dan mungkin suka.

Akhir sekali saya mendoakan untuk semua sahabat yang masih hidup dan berjuang dalam hidup masing-masing. Teruskan berjuang.

Perindu Wahyu Tuhan

oleh Halim Ahmad


Izinkan aku

Mengutip sisa-sisa kebodohan

Dapat kutitip sebagai pesanan

Bimbang aku kan kegelinciran


Izinkan aku

Tuk menguis cintamu sedalamnya

Agar nikmat mencintamu kurasa

Agar dapat kuhidu harum syurga

Di hadapanku ada yang menggoyah

Yang bisa membuat aku rebah


Maha cinta

Biar pesonaku padamu lebih dulu

Sebelum ada yang datang mengetuk pintu

Biar jasad dan firasat aku terpandu


Maha cinta

Jangan kau butakanku dengan perasaan

Sehingga buntu tak tahu memilih jalan

Pudar ketulusan hati seorang insan

Perindu wahyu tuhan


Izinkan aku

Tuk menguis cintamu sedalamnya

Agar nikmat mencintamu kurasa

Agar dapat kuhidu harum syurga

Ooh ooh

Ooh ooh


Di hadapanku ada yang menggoyah

Yang bisa membuat aku rebah


Maha cinta

Biar pesonaku padamu lebih dulu

Sebelum ada yang datang mengetuk pintu

Biar jasad dan firasat aku terpandu


Maha cinta

Jangan kau butakanku dengan perasaan

Sehingga buntu tak tahu memilih jalan

Pudar ketulusan hati seorang insan

Biar jasad dan firasat aku terpandu


Maha cinta

Jangan kau butakanku dengan perasaan

Sehingga buntu tak tahu memilih jalan

Pudar ketulusan hati seorang insan

Perindu wahyu tuhan

Perindu wahyu tuhan