javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Thursday, March 29, 2012

Dialog dan Doa Nabi Ibrahim dengan Tuhan

Ada pertandingan photoshoot yang dianjurkan oleh IMAM Volgograd, persatuan perubatan pelajar muslim di sini. Salah satu gambar yang menarik perhatian saya adalah ini :


Eh, ada eh ayat Al-Quran yang simple macam ni? Best. Pendek, tulus. Memang mampu buat orang merenung, bertafakkur sebentar, ditambah dengan gambar yang menarik.

Gambar itu saya tengok pada petangnya. Pada malamnya, saya sambung bacaan Al-Quran saya untuk beberapa ayat. Dan saya sampai kepada ayat yang menceritakan dialog Nabi Ibrahim a.s. Dan doanya.

Kata Ibrahim a.s. kepada orang-orang dari kaumnya yang menyembah berhala (kemudian disambung doanya kepada Allah):

"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
"Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;


(As-Syuara, 26:77-85)


Ehhhh! Ini ayat jumpa petang tadi ni! Tak semena-mena, rasa gembira. Jadi, apa yang nak saya cakapkan ialah, rasanya lah, dalam hidup, kadang-kadang perkara-perkara kecil macam ni pun boleh buat kita gembira. Seriously. Lebih-lebih lagi bila ada kaitan dengan Al-Quran. Ditakdirkan ayat Al-Quran yang kita baca hari itu boleh kita 'relate' atau hubungkaitkan dengan apa atau situasi yang menimpa kita pada hari itu atau masa itu.

Mungkinlah pagi tadi terlepas marah, pergi tumbuk meja ke atau tendang kerusi ke; tapi bila balik buka Al-Quran, terbaca ayat dalam Surah Al-Qasas tentang kejadian Nabi Musa a.s. yang terbunuh seseorang dari kalangan kaum Firaun. Tapi lepas tuh Nabi Musa a.s. doa mohon ampun.

Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(28:16)

Bila kita baca doa tuh, kita pun menyedari kesalahan kita. Dan untuk setiap kali selepas itu, di saat kita marah, doa ini lah yang terlintas dalam kepala kita.

Mungkin jugak sehari dua ni kita asyik bermasam muka dengan seorang kawan. Atau mungkin iri hati atau dengki sebab kawan kita itu dapat sesuatu yang lebih bagus. Kemudiannya kita baca Al-Quran, terjumpa doa yang berbunyi :

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
(59:10)

Maka selepas itu, hati jadi lebih tenang mengamalkan doa tersebut, tiap kali fikiran-fikiran jahat itu muncul.

Benda-benda macam ni mungkinlah nampak macam kebetulan, tapi sebagai umat islam, percaya sahajalah yang Allah memang nak didik kita, nak ajar kita dari arah yang tak disangka-sangka.

Ok sangat keluar tajuk. Bercerita tentang kisah Nabi Ibrahim; kisah Nabi Ibrahim adalah sebuah kisah yang best. Kita boleh tengok bagaimana dia berbual dengan bapanya, bagaimana halusnya dia bercakap dengan kaumnya. Perbualannya dengan kaumnya itu dalam nak menceritakan tentang Allah, sangat 'simple', tapi amat bermakna.

Oh itu je kot.

*************************************************************************************************************

Pengajaran hari ini pula.
Kadang-kadang nak tulis banyak benda, atau nak cakap banyak perkara, dekat orang.
But some words are better left unspoken.
Sebab mungkin benda tu terlalu tajam, sampai melukakan orang lain.
Mungkin juga benda tu adalah yang jenis 'consoling words', dan akan menimbulkan keterikatan orang pula kepada kita.
Maka cukuplah doa kepada Tuhan, menutupi rahsia-rahsia hati.

Tuesday, March 27, 2012

Munafik

Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia… yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, pada hal khalayak pastinya inginkan yang baik-baik dan indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah… menulis kebaikan sekalipun belum sepenuh dimilikinya dan dia akan “memendamkan” kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. Dia ingin menghidangkan yang terbaik tanpa menjadi seorang munafik!
-Ustaz Pahrol

Kalau nak tahu apa yang normal dalam hidup ni, tengoklah dalam Al-Quran dan As-sunnah. Tengoklah orang-orang yang berpegang kepada Al-Quran dan sunnah, bagaimana mereka menjalani hidup mereka. Apa yang terkandung dalam keduanya itu, itulah yang cantik, yang terbaik dan yang normal. Walaupun sekeliling sangat lain dengan kita, sampai buat kita confused, itu tak bermakna mereka adalah normal.

Dalam dunia ni siapa yang tak rasa bersalah bila diri yang masih belum sempurna itu cuba berbuat baik, kemudian orang lain menganggap diri itu baik. Padahal banyak lagi kesalahan-kesalahan yang kita lakukan. Kadang-kadang kita sampai fikir, "Baik aku paparkan pada dunia beberapa kesilapan-kesilapan aku. Dengan itu orang tidak akan mengganggap aku baik atau jahat. Orang akan pandang aku normal".

Dalam islam, kita dituntut untuk tidak membuka aib sendiri, kesilapan sendiri yang Allah telah tutupkan untuk kita. Ada hadis pasal benda ni.

Keeping Sins a Secret :

From among the teachings of Allah’s Messenger (sallahu alayhi wa sallam) is to keep sins a secret matter. If someone commits a sinful act which is against the Commandments of Allah, or is against the moral character, or is such an act that may cause harm to one’s honor, then he should keep it a secret and seek forgiveness from Allah in the darkness of night.

The Messenger of Allah (peace be upon him) said: “My entire nation is safe, except al-Mujahirin (those who boast of their sins). Among the Mujaharah is that a man commits an (evil) act, and wakes up in the morning while Allah has kept his (sin) a secret, he says: “O so- and-so! Last night I did this and that.” He goes to sleep while Allah has kept his (sin) a secret but he wakes up in the morning and uncovers what Allah has kept a secret!” [Saheeh al-Bukhari]

Abdullah Ibn Masoud (May allah be pleased with him) related, `A man came to the Prophet and said: `O Messenger of Allah! I have mingled with a woman in the far side of al-Medina, and I fulfilled my desire short of actually having sexual intercourse with her. So, here am I, judge me according to what you decide.’ Umar Ibn al-Khattab (May allah be pleased with him) then said: `Allah had kept your secret, why did not you keep your secret?’ [Sharh Muslim]


Antara golongan yang termasuk dalam orang-orang yang berbangga dengan dosa yang mereka lakukan ialah, orang-orang yang membuka kesalahan mereka sendiri di saat Allah sendiri telah menutupkannya.

Maka simpan sahaja niat untuk membuka keaiban-keaiban diri sendiri. Cuba perbaiki diri. Simpan sahaja rasa bersalah itu, kumpul banyak-banyak, dan jika, ditakdirkan suatu hari nanti, Allah buka keaiban kita di hadapan manusia, lebih-lebih lagi setelah pada pandangan manusia...... kita - adalah manusia sangat baik yang boleh dijadikan contoh; maka rasa bersalah itu tadilah akan jadi perkara yang sangat membantu. Sebab waktunya telah tiba untuk berani menanggung kesalahan, dan berlaku jujur dengan dunia. Pernah rasa jatuh dari tempat yang tinggi? Itu, barulah perbuatan yang benar-benar berani.

Monday, March 26, 2012

Hadiah

Hari yang menarik hari ini.
Semua orang muncul tiba-tiba.
Menang beberapa perkara, dan diberikan hadiah.

Baru beberapa hari ini tahu beza hadiah dengan rezeki. Hadiah itu diberi tanpa memerlukan apa-apa imbalan atau syarat. Tentang rezeki, ia memerlukan usaha kita mengikut hukum alam yang dah ditetapkan dari dulu lagi.

Al-Wahhab : The Giver of Gifts

Tuhan yang Sentiasa Memberikan Hadiah, anugerahkanlah kami hadiah. Untuk beberapa perkara dalam hidup, sampai bila-bila pun, kami tetap tak akan layak menerimanya dan kami tak punya sesuatu untuk dijadikan pertukaran. Jika diletakkan syarat, kami tak akan sanggup. Tapi hadiah yang seperti itu wahai Tuhan, akan jadi sesuatu yang sangat menggembirakan hati kami.

Sunday, March 25, 2012

marah

kata alya,

"1. If you're forcing something on people, please do not expect a 100% commitment from the person, apatah lagi nak blame orang for not behave as you wish. We're humans, not androids.

2. If you're trying to save a relationship - any type of relationship at all - please show some understanding and concern toward the people involved. Stop acting like you're so good. Stop acting like you own people. And jangan asik marah orang sesuka hati. We have feelings, and its real.

3. Stop causing mess. If you want people to suffer, think again. Are you happy, seeing other people crying? If it is so, then maybe I'm wrong, maybe you're not human after all. But just so you know, what goes around comes around.

4. Stop your drama. It is pathethic."


*************************************************************************************************************

heh. kenapa rasa terpukul sangat ni?

darah daging, tak sama macam orang lain
alangkah bagusnya seperti mana kita ajar orang lain
begitu jugalah yang kita dapat lakukan
dengan mereka
tapi expectation kita tinggi
perubahan itu kalau boleh kita nak cepat sahaja
maka jadinya kita tak sabar dan selalu marah
lebih-lebih lagi bila waktu itu adalah
saat kita muda, berdarah panas
kita marah sebab tak tahu macam mana nak kawal perasaan kita.

mungkin
kita boleh memilih untuk tak ambil peduli
buat tak kisah
tapi pesan ayah
tak kisah itu adalah perbuatan paling teruk
yang boleh dilakukan ke atas saudara sendiri
bila kita tak kisah, bererti kita telah berputus asa

lalu
selama, sejauh manalah kita
sanggup berputus asa
bila air dicincang tak akan putus?

mujur
melihat mereka hari ini
kelihatannya hidup mereka teratur
tapi siapa tahu kalau-kalau luka sebab dimarahi tu berbekas kan?

heh. ayat nak drama
empati aku tinggi
ilmu psikologi, dari buku pun boleh dapat
tak ada apa pun yang luar biasa.

itu halnya dengan darah daging
kalau marah dengan yang bukan darah daging kita?

jelas kan,
satu sahaja jawapannya.
sebab nak tunjuk bagus.