javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, April 25, 2009

Ada apa dengan cinta?

Ada apa dengan cinta adalah tajuk sebuah filem Indonesia. Filem tersebut dikatakan sebagai pencetus filem-filem romantis selepasnya di Indonesia. Tapi bezakanlah romantis dengan nilai yang sebenar. Tak banyak benda boleh diterima dalam filem-filem tersebut.

Cinta. Hmm, menarik.

Apa maknanya yang sebenar? Seorang rakan saya pernah menyarankan agar saya tidak berhenti dalam terus mencari cinta dan maknanya. Maka biar saya beritahu kalian apa yang saya fikir tentang cinta.

Saya lebih senang jika cinta ditafsirkan dalam sesuatu yang luar biasa, kerana logik dan kebiasaan hanya dapat membincangkan kesan-kesan cinta ataupun ciri-ciri cinta. Jika logik dan kebiasaan masih ingin mentafsirkan cinta, mereka akan selalu tersilap. Ada kekurangan dalam tafsiran-tafsiran mereka yang tak dapat terpakai dalam banyak keadaan.

Salah satu kata-kata tentang kesan-kesan cinta :

Dipetik dari buku Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan As-Sunnah karya Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah -
sebahagian ahli balaghah mensifati cinta sebagai berikut : "Ia mendorong penakut menjadi pemberani, orang kikir menjadi dermawan, mencuci pikiran orang yang dungu, menfasihkanlidah orang yang gagap, membangkitkan keinginan orang yang lemah, merendahkan kehormatan para raja, menampakkan kehebatan para pemberani, merupakan pintu pertama yang mebelah pikiran dan kecerdikan, kerananya ada tipu daya yang halus, gejolak menjadi tenang, akhlak dan keperibadian menjadi tertata, ada kegembiraan yang menari-nari dalam jiwa dan kesenangan yang bersemayam dalam hati."


Tafsiran cinta yang saya suka :

Mereka bertanya Al-Hallaj yang di dalam penjara tentang makna cinta. Lalu Hallaj pun menjawab, "Kau akan melihat makna cinta hari ini, esok dan lusa." Lalu hari itu Hallaj dipancung, esoknya badannya dipotong-potong, dicincang-cincang. Lusa abunya diterbangkan oleh angin.

=p Faham?
Hallaj ada kisahnya yang tersendiri, dan ulama-ulama masing-masing memiliki ijtihad mereka.

Ataupun tafsiran cinta oleh Jalaluddin Rumi,

Inilah Cinta: Terbang tinggi ke langit
Setiap saat mencampakkan ratusan hijab
Pertama kali menyangkal hidup ,
Pada akhirnya berjalan tanpa kaki
Cinta memandang dunia telah ghaib
Dan tak mempedulikan yang nampak di mata
…
Ia memandang jauh ke sebalik dunia bentuk-bentuk
Menembus hakikat segala sesuatu.

Sekian, selamat bercinta.

Kita yang selalu bersalah

Menerima orang lain adalah mudah sepatutnya..
sebab menerima diri sendiri adalah lebih susah.
(terkecuali buat self-obessive freak)

Manusia harus menerima dengan baik sifat-sifat fizikal mereka. Ada yang boleh diubah, ada juga yang tidak boleh diubah sama sekali. Misalnya, makanlah sebanyak mana pun daging seseorang perempuan tetap tidak akan berubah menjadi seorang lelaki ; atau seorang yang kerdil (genetically) tetap tidak akan memiliki ketinggian manusia biasa.

Ini semua adalah adatnya, dan ini dinamakan logik. Melainkan ada keajaiban berlaku, maka perkara-perkara mustahil di atas tetap juga boleh berlaku, walaupun menentang kebiasaannya.

Persoalan yang lebih rumit sebenarnya adalah diri kita sendiri yang berbuat kesalahan ataupun dosa. Persoalan ini rumit, seolah-olahnya perbincangan tentangnya akan berlansung sahaja sehingga hari kiamat.

Jiwa halus manusia selalu merintih. Jiwa manusia secara fitrahnya adalah jiwa yang mencari Tuhan. Maka apabila kita melakukan kesalahan, kita sebenarnya melukakan diri kita sendiri.

Lalu sesetengah kita akan menghukum diri sendiri. Ada juga yang membenci diri sendiri. Jawapannya mungkin terkandung dalam keampunan Tuhan yang maha luas dan penyesalan seorang mukmin. Namun fikir-fikirkanlah lagi. Sebab akhirnya terpulang pada diri seseorang itu sendiri yang merasa bagaimana peritnya diri sendiri yang melakukan kesalahan.

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam!
Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.

Ibnu Masud berkata:

"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".

p/s : maaf, mungkin mulai dari post ini, persoalan-persoalan tak dapat diuraikan dengan lengkap. Lagipun, ini cerita benar. Seseorang yang tidak pernah sampai ke penghujungnya bagaimana mungkin dapat bercerita tentang pengakhiran? Walau bagimanapun, post akan menjadi lebih pendek dan kerap agaknya.

Sekian.

Wednesday, April 8, 2009

Menerima orang lain.

Manusia dan personaliti mereka yang berbeza.



Ada sebabnya mengapa kita ditemukan dengan pelbagai jenis manusia.

Ada antara kita yang mementingkan kesempurnaan, kemas, tersusun dan cekap berfikir. Ada antara kita yang orangnya selekeh, tidak berdisiplin, berhingus dan sebagainya.

Hidup lebih indah jika kita saling memahami dan menerima. Namun masalah timbul bila kita memandang rendah terhadap orang lain.




Kalau dengan menjadi seorang yang ‘sempurna’ seseorang itu akan mula memandang rendah , keji atau jelek terhadap orang lain, maka saya rasa lebih elok jadi sampah sarap jalanan yang disepak-sepak orang.






Sememangnya tidak semua orang begitu. Saya bersyukur untuk ditemukan dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang anak orang kaya, anak orang miskin, ada yang dikejar lesbian, ada yang melabelkan diri sendiri anti sosial, ada bijak pandai dan orang-orang bodoh. Saya even berpeluang bertemu dengan seorang ahli silap mata.

Baru-baru ini saya ditemukan dengan seorang ahli silap mata yang juga dikenali dengan nama “Pokwe The Magician”. Beliau adalah rakan saya yang baru sahaja sedar akan bakatnya yang terpendam dalam permainan silap mata. Untuk mengetahui kebenarannya, anda boleh berjumpa sendiri dengan beliau.


Sedikit sebanyak melihat orang lain membuatkan kita merenung sifat-sifat diri sendiri. Mungkin sifat pura-pura misalnya yang kita benci ada pada orang lain sebenarnya ada juga tersemat dalam diri kita?

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Jujur saya katakan, Volgograd adalah antara bandar terbaik yang pernah saya jejakkan kaki. Pokwe The Magician mungkin sebahagian kecil sahaja. Di sini saya diperkenalkan dengan ramai lagi kanak-kanak Volgo yang baik, sayangkan Tuhan, faham agama dan banyak lagi ciri-ciri lain yang boleh dikagumi. Kadang-kadang iman seakan-akan menyentuh langit dengan hanya meneliti mereka. ( tolong yer, ini adalah hiperbola semata-mata)


Manusia dengan dosa dan kesilapan mereka.



Sebelumnya saya bercakap tentang menerima orang lain yang memiliki personaliti yang bermacam-macam. (Personaliti, kata akarnya ‘persona’ adalah perkataan Latin yang bermaksud topeng. Jasad manusia, memang seperti topeng pun). Bagaimana pula dengan orang yang melakukan kesalahan ataupun dosa? Apakah kita harus menerima mereka?

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia. Mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah maha luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya.”
(surah al-Maaidah ayat 54)

Saya kira ayat di atas dapat memberikan sedikit bayangan. Kita berlaku lemah lembut terhadap saudara-saudara kita sendiri, dan kita berlaku tegas, keras kepada orang yang menentang agama islam. (contoh : kafir harbi)

Apabila seseorang saudara kita berlaku jahat, maka apa yang kita benci adalah perlakuan jahatnya itu. Kita tidak membenci saudara kita itu.

Jika kita memahami perkara ini maka kita akan menegur dengan baik, menasihati dengan lemah lembut kesalahan-kesalahan saudara kita. Bukannya dengan cara menjerit dan menggertak. Kita tidak akan memulaukan orang lain. Namun kebiasaan yang berlaku adalah walaupun setelah seseorang itu meninggalkan perbuatan jahatnya sekalipun, kita tetap tak dapat menerima dia kembali ke dalam masyarakat.

“Tak tahulah dia ada buat silap atau apa. Tapi dah nama keluarga, mestilah boleh terima dia balik” – adalah antara pesan ayah saya semasa menyebut tentang konflik antara saudara-mara.

Pesan ayah lagi, “ Kalau adik sendiri salah sekalipun, bela dia. Kalau tak bela dia, siapa lagi nak bela dia. Hukuman belakang cerita.”

Kata-kata itu mungkin ada benar, ada silapnya jika dilihat dari sudut yang berbeza. Menutup mata terhadap perbuatan salah adalah zalim, tidak berlaku adil. Sedangkan kita disuruh berlaku adil dalam semua perkara, meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.

Kata-kata itu ada benarnya, dalam keadaan seperti :

Kita tidak sanggup melihat saudara kita dihukum bawah pemerintahan kafir yang tidak adil. Kita ingin jika saudara kita itu dihukum, lebih baik dia dihukum di bawah pemerintahan yang adil. Kita tidak sanggup membiarkan masyarakat yang tidak faham dan dungu menghukum adik kita. Lebih baik adik kita dihukum dengan tangan kita sendiri berbanding masyarakat yang tidak mampu menerima orang lain.

Dipetik dari majalah Al-Mitsaq:
"Amma ba'du, Sesungguhnya telah celakalah Ummat terdahulu sebelum kamu. apabila telah telah mencuri diantara pembesar mereka , mereka tidak menjatuhkan hukuman ( Hudud ) kepadanya. dan apabila telah mencuri orang lemah diantara mereka , mereka menjatuhkan Hudud atasnya. Sungguh aku (Muhammad SAW) yang jiwaku berada ditangan Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri sungguh-sungguh aku akan memotong sendiri tangannya. "
( Dari Hadits Aisyah istri Nabi SAW , Riwayat Muslim )


Saya ingin menulis tentang menerima diri sendiri, tapi post ini pun sudah panjang. Saya sambung dalam post berikutnya.

Sekian kawan-kawan, selamat menerima orang lain. Sila perbetulkan kalau ada salah dan silap saya dalam post ini, dan juga sewaktu berada di luar komputer. =p

Tuesday, March 24, 2009

Melayu oleh Usman Awang

Untuk sekali sekala, kita perlu berehat. Terutamanya apabila kita berasa lelah dengan dunia yang kacau ini. Kekacauan dalam mencari makna hidup, atau pun rasa pening dengan kekacauan yang berlaku dalam politik di Malaysia. Jadi, marilah kita berehat dengan membaca puisi. Heheh. Puisi tentang Melayu oleh Usman Awang.


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika benar
Kecut takut kerana bersalah,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati anak
Jangan mati adat.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka