Wednesday, September 9, 2009

Ingin Jadi Terkenal

"Wah, bestnya dapat jadi macam dia. Mana-mana pergi semua orang kenal. Dapat jumpa macam-macam orang.."


"Sudah, lupakan. Jangan harap. Kamu tak akan dikenali. Ya, tidak akan terkenal sampai bila-bila pun."


"Eh, mustahil. Nabi-nabi dikenali ramai. Khalifah yang empat itu pun terkenal juga, apa"


"Kau kata mereka dikenali hanya sebab kau mengenali mereka. Hakikatnya waktu ini orang ramai lebih mengenali artis-artis cantik, lelaki-lelaki kacak, orang-orang yang hartawan, dan ah, banyak lagi. Masih nak nafikan lagi?

Mereka terkenal, sentiasa senyum di hadapan lensa kamera. Teruja dalam perbualan, senang dan gembira.

Syurga itu dipagari dengan benda-benda yang menyakitkan, memberatkan hati..bukan perkara-perkara yang menyenangkan an-nafs.

Akhir zaman, orang-orang baik tak akan dikenali lagi. Jadi rahsia yang tersimpan rapi.

Nilai-nilai yang baik akan jadi suatu macam keganjilan. Janggal."


"Ah, kau hanya cemburu. Sebenarnya kau pun ingin jadi seperti mereka bukan? Kau banyak bercakap, dan setiap kali kau bercakap seolah-olah api yang akan keluar dari mulutmu; betapa kau ingin menggambarkan kebencian kau terhadap dunia. Tapi betul ke?

Hanya seorang pembeli sahaja yang akan mencela barang yang hendak dibelinya."


Terkesima. Lalu tersenyum.

Dan berkatalah dalam hati, "Mudah-mudahan Tuhan akan mencabut cinta dunia dari dalam hatiku, dan mudah-mudahan Dia akan ampunkan segala kesalahanku. Aku percaya, tuhanku tidak akan membiarkan fitnah bermaharajalela di muka bumi. Agar suatu hari nanti Dia isikan keimanan yang sebenar dalam hati para hamba-Nya yang tetap sabar mendirikan solat, menunaikan zakat dan mengerjakan amal kebaikan."

No comments:

Post a Comment

Jika comment anda berbentuk perbincangan, maka janganlah lupa untuk 'tick' atau 'checked' box yang tertulis subscribe to this comment.