javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, April 27, 2025

Terbeban

 Orang Baru dan Orang Lama

Orang baru perlukan latihan, dalam masa yang sama kalau orang baru sendiri awal-awal jelas dan tak nak teruskan, ia akan mudahkan banyak perkara. Kita yang bawa masuk kadang-kadang terikut emosi dan mengharap ada potensi, tapi kalau orang baru yang buat keputusan awal-awal, maka ianya menjadi makin jelas.

Atau adakah orang baru perlu ditekan supaya kedua-dua pihak lebih jelas dan tak perlu ambil tempoh yang lama?

Orang lama pula, senioriti tak bermaksud capable untuk lead orang lain atau latih orang lain. Senioriti mungkin sebab dia adalah orang yang setia, menyokong tak bermaksud mampu jelmakan semua hasrat kita jadi kenyataan. Pekerja kategori C patut dicantas, pekerja kategori B (kumpulan pandai buat kerja atau kumpulan komited) perlu ada cara untuk jadi kategori A iaitu pandai buat kerja + komited + tahu lead.

Alex hormozi juga berikan satu framework, Do kemudian Teach kemudian Systematise... tiga level pekerja yang berbeza.

Dalam kita nak kembangkan syarikat, kita tak dapat menyelami jiwa dan perasaan semua orang, kita cuba buat apa yang seadil boleh dan reasonable dalam nak mengembangkan syarikat, hatta mungkin orang yang akan terkorban adalah dari darah daging kita sendiri.


Cabaran

Nak kata macam satu persatu benda berlaku seolahnya macam nak kuburkan organisasi ini. Tiktok akaun kena ban permanently setelah banyak kali LIVE tiktok bermasalah. Tiktok tu tak silap ada 56k followers.

Whatsapp number baru untuk Nurul memang kerap juga bermasalah.

Telegram Channel yang dah puluh ribu, rasa dalam range 20-30k tak boleh diakses lagi katanya violates local law.

Sales selepas bawa masuk orang baru tak dapat nak kalahkan prestasi sales Disember  waktu tak ada orang baru dibawa masuk.


Perkahwinan

Berjaya hadiri pernikahan missleonora dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Adik sendiri pun baru kahwin dengan orang Kedah pada 1 feb 2025. Dunia berjalan sebagaimana mesti, sebagaimana yang Allah kehendaki dan takdirkan.


Rindu

Bulan 1 nak tulis tapi tak tulis, sama lah untuk bulan2 seterusnya. Kali ni betul sebab ada timing dan story dari seorang member ini mengetuk pintu hati dan mengingatkan memori berada dalam usrah yang mana peserta berkongsi pandangan dan perasaan disertai dengan suasana biah solehah yang memotivasikan.




Monday, December 23, 2024

Membaca Manusia

 

Kena Scam Lagi

Kalau sebelum ini saya cerita kena scam dengan orang yang menawarkan servis buat akaun, maka ada scam lain pula yang menyusul iaitu ada seorang individu yang mengaku jiran (memang ada tinggal dalam taman dan ada dalam whatsapp group) telah memperdayakan saya.

Saya cuba buat beberapa fact check namun masih ada benda yang terlepas pandang.

Pengajaran lain adalah jangan buat keputusan terburu-buru, sentiasa mengatakan kita akan fikir dulu, atau bincang dengan wife ke. Buat reference check,

Transfer rm4000, kemudian diikuti transfer rm4000 lagi. Namun dia ada pulangkan sedikit demi sedikit, cuma masih tinggal berbaki Rm1000.

Dalam sembang-sembang kari yang ada, semangat dia telah membantu menjadikan niat saya untuk sewa ofis terealisasi. 

Maka saya anggap Rm1000 adalah upah motivasi mencari ofis.


Ofis baru

Kita mencari, Shazwan pun bantu cari juga. Dah set dengan agent untuk viewing, saya datang dan terkejut melihat keadaan pejabat yang boleh kata lengkap dengan perabot, tidak terlalu kotor. Pencahayaan cantik, lokasi di kota fesyen.

Arah tidaklah menghadap matahari petang yang panas.

Ada satu segmen memang ada buat setup untuk buat kelas atau latihan. Tempat itu sebelumnya adalah tour and travel agency dan ketika kita datang, diberitahu yang penyewa sebelum ini baru sahaja tamatkan kontrak bulan sebelumnya.

Rasa ragu-ragu sebab tak melihat unit ofis yang lain, tapi saya dan Shazwan sangat teruja dan merasakan ini adalah 'jackpot'.

Saya masih juga tengok gambar di ofis lain, bandingkan harga, dan masih merasakan ini adalah peluang yang harus disambar.

Pada permulaan, nampak Shazwan agak reluctant untuk datang ke ofis, mungkin sebab dah sangat selesa dengan situasi sebelum ini bekerja tanpa ofis, meeting seminggu sekali sambil makan.


Projek baru

Kita melaksanakan gotong royong, dan ofis boleh diduduki.

Kita war-warkan juga di social media, dan bawakan naratif yang kita sedang mencari pekerja. Maka ada beberapa orang yang berminat.

Saya nak mulakan dan hidupkan semula Mahersaham dengan proper, harap pengalaman lampau membantu dalam membina semula dengan lebih baik.

Akmal saya ambil semula sebagai bookkeeper atau bahagian finance, sebab dia masih follow, masih nampak berminat dan bagi saya dia adalah seorang yang trustworthy. Dalam konflik staf yang lepas, tak nampak dia memilih side dan bersikap neutral.

Semangat baru diteruskan dengan merancang satu program atau promosi yang dipanggil sebagai YES 2024.

Idea ini pun muncul dalam meeting, ketika kita lihat bulan lepas, seolah tak cukup masa untuk promo Traders Gathering selepas buat webinar bulanan. One thing leads to another, ketika saya cerita projek buku, Husna mengingatkan tentang produk yang kita pernah ada iaitu pendrive, dan kita putuskan akan jadi sebahagian dari apa yang kita tawarkan dalam promosi kali ini.

Ketika keadaan seperti ini, yang menuntut hempas pulas dan penatnya otak memikirkan perjalanan dari awal hingga akhir - keadaan ini lah yang memberikan adrenaline rush dan sentiasa  mengharapkan projek ini akan berjaya dan menjadi 'gamechanger' kepada syarikat.

Saya personally berpuas hati, dan looking forward untuk memperbaiki funnel dan flow yang ada. Dan untuk itu, kita perlukan team.



Menemuduga 3 Orang Calon

Hari jumaat yang lepas, ada tiga calon yang datang ke pejabat. Yang berminat nak pohon kerja, merujuk kepada satu posting di facebook berkaitan pindah ofis baru. Itu sahaja. Saya tak letak lagi di telegram, saya tak bayar lagi platform mencari pekerja.

Cadangnya nak buat juga sesi webinar cerita tentang syarikat dan job list yang ditawarkan, tapi masih belum berkesempatan.

Kita minta resume, dan selepas itu minta short video. Dengan itu, orang ditapis supaya hanya yang betul berminat sahaja akan maju dan teruskan.

Kadang-kadang bila buat, baru lah nak terhegeh-hegeh memikirkan cara yang betul.

Maka malam sebelum, saya menelaah beberapa buku untuk 'hiring' dan dalam masa teringat akan ujian psikologi - DOPE test dan juga MBTI.



16 Jenis Personaliti

Saya dah lama tinggal, hanya kembali kepada ilmu ni ketika titik terendah dalam hidup. Ilmu berkaitan personaliti adalah ilmu yang sangat mendapat tempat dalam hati.

Dia ajar kita untuk membaca manusia.

Kalau kita faham manusia, kita boleh letakkan mereka pada posisi yang betul. Masing-masing akan mendapat manfaat.

Jika kita ada konflik, kita boleh faham diri orang lain dan diri kita sendiri. 
Kadang-kadang, kita sendiri tak nampak kelemahan kita atau pun kekuatan kita.

Kalau ada kesempatan, benda ni boleh jadi satu bisnes baru juga ni. Nantikannn...

p/s : menulis semula sebab antara description untuk diri sendiri katanya adalah mempunyai bakat dalam menulis

Friday, October 25, 2024

Antara Mengikut Peraturan dan Melanggar Peraturan

 

lhdn

24oktober, pergi jumpa lhdn di menara semarak, TM untuk kali yang kedua. Daripada perjumpaan pertama, dia dah buat siasatan lanjut, dan beritahu apa yang dia nak tolak dan tak diterima sebagai perbelanjaan, kita kena datang dan buat pembuktian mewajarkan kenapa patut ditolak.

Maka memang besar amount tersebut. Ini menimbulkan kekesalan sebab kalau saya isi sendiri, likely perlu bayar cukai pun tak sebesar itu - akibat kena sekali penalti untuk pendapatan terkurang lapor.

Tidak cukup dengan itu, kita patut ambil kira sekali kos yang kita dah bayar untuk ambil servis perakaunan dengan pakarcukai - yang agak besar - pada ketika itu kononnya claim boleh buat strategi kurangkan cukai sehingga lebih 30-50% daripada yang biasa kita bayar.

dalam dunia ini begitulah, scammer di mana-mana. Mungkin juga kita pun ada scam orang lain tanpa kita sedari.

Overclaim, bermulut manis semata-mata nak tarik pelanggan. Garisan yang memisahkan antara berlaku baik beradab sopan dengan customer service untuk lakukan jualan, adalah kabur.



apa tindakan?

cadangnya nak buat satu laporan polis dan menggertak, kalau berjaya dapat balik kos perakaunan atau dapat cover sekali penalti, adalah baik.

Jika tak berjaya, anggap sahaja sebagai yuran kebodohan.

Wife tanya, macam mana nak elak pada masa hadapan?

Kita mungkin boleh buat sendiri, untuk mudah, tak perlu senaraikan perbelanjaan-perbelanjaan lain, tapi kita mungkin akan sentiasa rasa terkilan sebab boleh jadi perbelanjaan kita untuk bisnes sepatutnya boleh kurangkan cukai - dan kita akan miliki duit yang lebih pada akhirnya.

Atau kita boleh cuba sehabis upaya kita mencari jalan, menggunakan segala teknik atau alat, orang yang pandai buat akaun supaya kita kurang bayar cukai. Dalam keadaan tertentu - lebih teruk lagi - creative accounting - menghasilkan transaksi-transaksi manipulasi yang sememangnya haram dan melanggar undang-undang.

Kalau nak ikut jalan no 2, sama ada cara ikut undang-undang atau langgar undang-undang, masih juga akan terdedah kepada risiko - jika diaudit, maka besar kemungkinan akan kena penalti. Jadi ianya bergantung kepada sejauh mana anda dah bersedia dengan kemungkinan tersebut dibandingkan dengan faedah? yang anda dapat berjaya kurangkan cukai.



buka akaun cds

teringat waktu awal jadi remisier dahulu - buka akaun tak boleh online, wajib berdepan, tak boleh melalui pos.

Namun tinggal kat melaka, dalam masa yang sama kita memang dikenali di media sosial - untuk betul-betul mengikut peraturan, syarikat atau bisnes tak akan berkembang.

Akhirnya kita yang kena membaca situasi dan mengambil risiko. Dalam masa yang sama kena bersedia menanggung akibatnya jika sesuatu berlaku seperti ada aduan atau siasatan.



azizan osman dan titan

Lebih banyak duit anda ada, lebih mudah anda terlibat dalam scam - atau berbelanja untuk sesuatu yang impak atau kesannya tak setanding dengan bayaran.

Waktu ada syarikat lama, belanjakan hampir 100k (tapi tak penuh sebab perlu tutup syarikat di tengah jalan) untuk salah seorang pengarah - wan - untuk jadi titan sertai coaching di bawah Richworks.

Itulah dia, hidup ini terlalu banyak scammer. Banyak benda yang akan merampas duit kita sekiranya tidak berhati-hati. 

Kadang kita nak masuk dalam satu pelaburan untuk jana pendapatan tambahan, rupanya kerugian lebih besar berbanding kalau tak terlibat langsung dalam pelaburan tersebut.

Sunday, October 20, 2024

Tuhan Meletakkan Keinginan Ada Sebabnya

 

Love my job, love my work

Itu adalah satu posting yang saya nak buat pada beberapa hari lepas. Menaip code dalam bilik yang dijadikan pejabat, berhadapan dua monitor. Salah satu tab dalam chrome menunjukkan Trading Plan dashboard, manakala paparan satu lagi adalah skrip yang bertulis, ada pelbagai panel dalam VS Code.


You do you.

Orang lain dah ada yang jadi pakar, atau buat bisnes ke, tinggal di tempat menarik ke, lawat tempat menarik ke, anak banyak ke.... saya tak kisah. Saya gembira kalau itu yang berlaku, bertambah lah umat islam hebat dalam dunia ini.

Saya cukup selesa, saya sangat beruntung.

Saya nak cuba jadikan kehidupan lebih bermakna, tetapi kadang-kadang tersangkut akibat distractions yang ada dalam dunia ni.



Sastera, pembacaan, puisi

Nasib baik blogspot masih ada. Akaun saya masih ada, mungkin akaun orang lain ada yang dah kena hack, ada yang blog dah hilang.

Melihat reading list saya, rata-rata orang dah tak menulis, orang dah ada kehidupan masing-masing. Mungkin juga menulis blog dah digantikan dengan 'consume' youtube,tiktok,netflix,facebook dan instagram. Twitter pun dah bertukar nama jadi X setelah dibeli Elon Musk.

Masa menulis blog, dapatkah kita bayangkan satu masa nanti memang kita sampai zaman kereta boleh bawa sendiri?

Salah satu blog yang ada dalam reading list dan masih aktif, adalah blog [Fathi](http://bersamakepuncak.blogspot.com/). Dengan pergi ke blog dia, terjumpa pula ada syarikat yang inisiatifnya adalah menjadi tempat untuk menterjemahkan karya-karya agung dalam bahasa lain ke dalam bahasa Melayu.

Maka adalah terjumpa buku Sylvia Path, dan ceritanya adalah dia berbakat, kahwin juga dengan orang sastera, namun akhirnya membunuh diri.

Salah satu puisi dia bertajuk "Two Views of a Cadaver Room". Baca sekali imbas, tak berapa nak faham. Buat carian di youtube, [ada yang cuba mengulas puisi tersebut](https://www.youtube.com/watch?v=o4xsNGVz0_Q)... dan isi-isi yang diberikan mengingatkan saya apa yang menarik dengan puisi atau sastera.

Kenapa minat puisi atau sastera? Perspektif sendiri, dan saya hanyalah hobbyist dan bukannya tahu mana pun berkaitan sastera. Mungkin definisi sastera pun saya tak arif.

- menjadi jalan keluar daripada dunia realiti  
- satu bentuk luahan rasa atau pendapat - yang kadangnya nak diselindungkan, tapi dalam masa yang sama nak ianya dipaparkan
- ada lenggok bahasa dan irama yang kena dengan jiwa sendiri
- satu bentuk 'anchor' atau pasak kepada memori atau kenangan berkaitan satu peristiwa

Terjumpa juga satu youtube channel bertajuk The Book Surgeon - dan podcast tersebut jempit ZRA - dan ketengahkan pentingnya Book Broker - berkongsi kandungan buku kepada awam.




Hari Lahir

Bulan oktober adalah bulan kelahiran saya, ahli keluarga sebelah wife pun banyak juga lahir bulan oktober. Anak saya no 2, Musa pun lahir bulan ni. Wan dan anak dia pun lahir bulan 10, yang mana anaknya siap lahir tarikh yang sama macam saya.

Ibrahim pula ada rancangan macam nak buat prank, kononnya pagi tu tak nak wish.. tapi masa nak pergi sekolah dia peluk saya. Petang tu memang dah nampak macam bersungguh lain macam tengah merancang sesuatu, kita biarkan sahaja.

Wife kata dia ada mintak duit dan belikan hadiah... hadiah adalah biskut,yakult dan susu kotak farm fresh yang dia ada beli di sekolah. Wife pula ada beli dua kek kecil, satu strawberry chocolate dan kek biru vanilla tak silap.

Semoga kita dikurniakan hidup yang berkat dunia dan akhirat.



Webinar Risk Management

Keesokan harinya, kena fokus untuk bersedia sesi malam, kelas kita buat awal pukul 8malam. Dah lama tak buat webinar yang serius atau berfokus - ada hebahan, malamat nak jual webinar bagi menampung kos bulanan dan dengan harapan dapat kembangkan lagi bisnes sedia ada.

Kali pertama saya fikir saya guna Canva untuk presentation, good learning experience.

Rasanya ini juga kali pertama, Erol terlibat dengan banyak dalam pengurusan webinar atau event syarikat.



Yahya Sinwar

Rupanya tarikh hari lahir akan jadi tarikh kematian Yahya Sinwar. Beliau mati dalam keadaan tengah berjuang, frontliner. https://www.youtube.com/watch?v=cdX--bn9Zr0

Hassan Nasrallah mati dengan bunker bomb, ismail haniyeh ketika sedang memenuhi jemputan Tehran.

Kita di sini, apakah usaha yang kita lakukan...



Sebab Keinginan Diciptakan

https://www.youtube.com/watch?v=pr0t-HbfCpo&t=1s adalah satu video oleh Fedi Lecamus, tak pasti asal mana, likely French in origin. Allah chose you to find this video - dont look away tertulis pada thumbnail.

Isi kandungan mengingatkan, ketika kita diilhamkan untuk buat sesuatu, baik atau jahat, Allah yang ilhamkan. Tetapi ada juga yang keinginan kelihatan seperti tidak begitu jelas baik atau jahat.. sperti ingin memiliki bisnes yang besar - katanya itu ujian. Allah tak beri keinginan itu kalau kita tak mampu, kadang-kadang keinginan itu besar buat kita - satu ujian adakah kita akan berusaha mencapai ujian itu dan seterusnya akan membawa kita kepada jalan terbaik yang Allah dah tentukan untuk kita.

Kadang terlintas keinginan adalah mempelajari cara buat bom, bina jet atau roket, atau menyiapkan apa-apa bentuk persenjataan yang canggih.



Mempersoalkan Dan Sentiasa Bertanya

[The way math should be taught](https://www.youtube.com/watch?v=VElZBohyXW0 "The way math should be taught")

Mungkin kalau kita tak ada keupayaan dari segi akses kepada teknologi canggih atau peralatan yang perlukan duit, kita kembali kepada asas.

Merenung berkali-kali Al-Quran dan tafsirnya, dan bertanya soalan. Masih ada ilmu atau hukum alam yang mohon dijumpai - mungkin akan jadi game changer.



Mengajar Bercakap

https://www.youtube.com/watch?v=EddPAllx3sU - kepentingan verbal brand, mengisi lexicon gap, knowledge adalah compression of knowledge. Lexical gap berlaku sebab 

- idea is unclear in your head
- your choice of word is vague

To speak, first must think clearly, before that must write or log lexical gap.

Ada letakkan Ibrahim dalam kelas Public Speaking oleh Mr Paul. Cadangnya dapat latih dia bercakap dan latih bahasa Inggeris, dalam masa yang sama beri pendedahan kepada masyarakat berbilang kaum - (nampaknya banyak orang Cina, dalam kelas programming oleh coach Kavin - banyak orang India)

Namun ada masa ketika ditanya soalan, dia kelu. Asalnya kata kat dia, fikir dalam bahasa Melayu kemudian cuba translate. Tak boleh cakap atau fikir terus, cuba buat tulisan.

Bila dig deeper, merangka cerita dalam bahasa Melayu pun perlu latihan terlebih dahulu.




Permainan Kekayaan

[₹16,000 vs ₹10,00,00,000 In India | The Real Game Of Wealth](https://www.youtube.com/watch?v=1lCoQi1IcQ0&t=6s "₹16,000  vs ₹10,00,00,000 In India | The Real Game Of Wealth") pernah tengok juga satu video sperti ini juga tema dia dihasilkan oleh Johnny Harris. 

Kekayaan golongan yang paling atas atau lebih atas, tak memberi manfaat kepada golongan bawahan. Lagi satu point lain - nama game lain untuk golongan elit - adalah legasi.