javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, May 30, 2012

kambing



kambing, takutkan air.
lebih senang dengan kepanasan dari segala yang sejuk.
tak ada siapa pun yang boleh memastikannya dengan tepat,
adakah ia suatu bentuk balasan ataupun penyucian?
kalau ingin jadi manusia, maka kambing harus miliki kesabaran.

mungkin kena google adakah kambing juga mengalami sakit perut?

********************************************************************************************

mode gelabah nak exam. ugh.
rasa sangat ketinggalan berbanding orang lain.

Saturday, May 26, 2012

beard dan penapisan

saya terbaca satu komen di tumblr:

"How can I stop being so "man-crazy" (lol), as in not being all obsessive with good-looking men and things of that sort. What do you think is the best way to lessen that and calm down? -- Also when attending Islamic Events what would be your advice in keeping it calm and collected with seeing bearded beautiful brothers(lowering the gaze, etc), &just to focus on the lecture. I know, I sound CRAZY."


memang tergelak setelah membaca komen tersebut.

Atas semangat ingin tahu, saya cubalah 'google' apakah pandangan perempuan sebenarnya kepada lelaki berjambang ni. The responses are mixed, ada yang suka ada yang tak suka. Tak pasti mana satu majoriti.

(haha. rasa janggal menulis perkara ini dengan nada yang serius dan tampak intelektual)

***********************************************************************************************

penapisan.


Sebelum pergi lebih jauh dalam hal ini, saya ingin menceritakan kepada kalian akan proses penapisan. Proses penapisan adalah proses untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu dengan menyingkirkan sesuatu yang kita tidak mahu. Boleh faham?

Penapisan yang berlaku secara 'natural'/semulajadi adalah penapisan yang terbaik. Saya tidaklah menentang habis-habisan proses penapisan yang dilakukan dengan terancang oleh manusia. Namun dalam proses penapisan yang manusia lakukan, kita kena tengok balik ciri-ciri yang digunakan untuk menapis orang lain. Adakah ia semata-mata rekaan manusia ataupun memang sudah tertulis dalam kitab suci dan hadis? Sebab kadang-kadang hanya dengan menggunakan beberapa ciri-ciri tertentu sahaja kita rasa kita sudah boleh menghukum tahap kefahaman/kekuatan/kebaikan orang lain secara umumnya. Bagi saya, itu tidak tepat.


Penapisan yang berlaku secara natural/semula jadi, boleh kita lihat dengan banyak di sekeliling kita.

seorang lelaki yang sukakan perempuan seksi dan mendedahkan banyak benda, pasti akan teragak-agak menerima seorang gadis bertudung dan menutup aurat. Di sini, tudung dan pakaian yang menutup aurat itu menapis lelaki-lelaki yang ada. Jadi yang tinggal adalah lelaki-lelaki yang sukakan perempuan yang menjaga aurat mereka. (perlu diingatkan juga, mungkin masih ada lelaki-lelaki tersebut yang sukakan perempuan seksi cuma mereka masih mampu berfikir yang mana lebih baik).

Saya juga suka untuk memberikan contoh berkaitan proses baitul muslim. Dalam sesetengah proses, dua orang, muslim dan muslimah yang tidak pernah berkenalan rapat,tidak pernah berhubung secara rahsia antara satu sama lain, dipertemukan atau dipasangkan oleh ustaz ataupun orang tengah. Itu adalah satu penapisan. Contohnya, menapis orang-orang yang tidak mempunyai pergantungan yang tinggi kepada Allah. Sebab ramai yang tidak berani menggunakan proses tersebut adalah disebabkan kalau 'join', maka tak boleh lagi ada pilihan lain, ataupun tak dapat kenal betul-betul pasangan yang lagi satu (sebab tak boleh berkomunikasi dengan bebas). Hanya yang betul-betul tinggi harapnya pada Allah je yang join. (Atau mungkin yang jenis sangat desperate. LOL.) Program ini juga dapat menapis orang yang nak mendirikan rumahtangga betul-betul atas dasar agama, dan dalam kes-kes tertentu, hendak dipertemukan dengan orang yang sama fikrah atau jemaah. (saya tidak mengatakan proses ini tidak ada cacat cela langsung dan juga tidak menolak adanya kemungkinan cara lain yang betul dan syar'ie)

Proses penapisan akan menjauhkan diri kita daripada apa yang kita tidak kehendaki, dan mendekatkan diri kita dengan apa yang kita senangi.

Banyak lagi contoh lain.

Keenganan kita untuk menghadiri majlis-majlis hiburan akan mengelakkan diri kita dari berkenalan dengan kawan-kawan yang suka hiburan.

Menyatakan sesuatu pendirian kita akan menarik orang-orang yang mempunyai pendirian yang sama dengan kita dan menjauhkan orang-orang yang tidak sama pendirian dengan kita.

*********************************************************************************************************

beard.


Jadi berbalik kepada kes jambang/janggut (beard), maka proses penapisan juga berlaku di sini. Seorang pemuda X, setelah melakukan kajian yang terperinci, maka dia dapati wajib untuk memelihara janggut/jambang (beard). Tidak dibenarkan mencukur. Maka dia pun berusaha untuk mengikuti apa yang ditetapkan oleh Allah dan rasulNya. Walaupun demikian, tak semua orang menyukai tindakannya(ada yang suka juga, obviously). Misalnya ada kawan-kawan perempuan/lelaki yang tak suka dengan jambang pemuda itu, dan menjauhi diri mereka daripadanya. Mungkin mereka melihat bahawa memiliki jambang adalah sesuatu yang selekeh. Mungkin jika setelah diberitahu tentang dalil-dalilnya sekalipun, mereka tetap tidak senang dengan hal itu. Jadi kehilangan mereka, kawan-kawan kepada pemuda X itu, actually, it's not even a loss. It's a gift. Sebab apabila mereka memperlekehkan jambangnya, bererti mereka juga sebenarnya menolak kepercayaan pemuda itu. Memikirkan bahawa kepercayaan terhadap sesuatu adalah lebih besar dan berharga, maka kehilangan perkara lain sepatutnya tidak ada apa-apa harga. Kalau saya pun yang jadi pemuda itu, saya memang tidak hendak ada apa-apa kaitan dengan orang yang memperlekehkan kepercayaan saya.

Bila fikir-fikir balik, bagus juga ada jambang sebenarnya (tiba-tiba nak menjiwai watak pemuda tersebut). Katakanlah majoriti perempuan tidak sukakan jambang, maka itu akan lebih memudahkan seseorang lelaki itu untuk menjaga dirinya. Tak ada pun orang yang hendak rapat atau berani menjeling-jeling. Kalau pandang pun, pandangan yang menghina. Masalah hanya akan timbul sekiranya perkara yang berlaku adalah sebaliknya; jambang tersebut bukan sahaja menarik perhatian orang ramai bahkan memikat ramai orang, termasuklah lelaki. maka itu memang masalah.

Akhir cerita, setiap sesuatu yang telah diperintahkan atau disyariatkan, pasti ada hikmahnya. Dan salah satu hikmahnya mungkin, adalah kesan penapisan.
Berpegang dengan islam pasti tidak akan tersasar atau tersilap. Hidup akan lebih tenang, walaupun ujiannya mungkin banyak. Hanya bila kita mencari-cari yang selain itu, barulah kita menemukan pelbagai kekecewaan dan kesusahan dalam hidup kita.

p.s : antara link-link yang menarik saya jumpa dalam proses saya nak mencari jawapan.

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20120404141014AAiRC1q
http://in.answers.yahoo.com/question/index?qid=20091015213105AAJiUbK

niqab, tak sama dengan hijab. hukumnya pun berbeza.

Thursday, May 24, 2012

seorang kakak yang baik dan HA


baru lepas mendengar nasihat-nasihat yang baik dari seorang kakak.
dikatakan bahawa kakak ini dahulunya adalah seorang selebriti.
selalunya, di negeri-negeri orang putih, seorang muslim akan memanggil seorang muslimah sebagai 'sister' yang bermaksud kakak/adik perempuan, walaupun mereka tak ada pertalian darah.

kakak itu best. melihat dan mendengar dia bercakap, saya menyedari bahawa menghafal ayat-ayat Quran tertentu, kemudian menuturkannya dalam bahasa Arab ketika menyampaikan nasihat, mempunyai kesan yang ajaib kepada pendengar. (salahkan diri sendiri kalau tak tersentuh dengar ayat-ayat Al-Quran)

saya tidak tahu apakah kecenderungan politik kakak itu. tapi apa yang saya tahu, nasihatnya benar dan bersifat umum - nak ajak orang kepada islam, untuk jadi manusia yang lebih baik. masing-masing ada perjalanan hidup sendiri. kakak itu juga ada perjalanannya sendiri. berubah dari jahat kepada baik, dari tidak tahu kepada tahu adalah satu perjalanan juga.

kalau ikhlas dan jujur, dengan izin Allah, Dia akan tunjukkan jalan.

mula utamakan baca Al-Quran, dan lihat tafsirnya balik. Menghafal ayat-ayat yang rasa best, dan menuturkannya pada diri sendiri di saat yang sesuai dan juga ketika menasihati orang lain sepatutnya menjadi matlamat setiap muslim.

kita sudah terlalu ramai orang yang mengulas isu-isu semasa dan ghairah memetik dalil2 dan nas2. orang-orang yang mengajak kepada islam, Al-Quran dan sunnah, membantu kita mendalami ilmu agama tanpa ada sebarang niat politik (spt bermatlamatkan menjatuhkan pemerintah atau meramaikan ahli jemaah) masih lagi sedikit.

***************************************************************************************************

mula rimas dengan HA. kejadah kau ghairah sangat nak ubah negara dengan undi dan asyik-asyik nak mengulas pasal isu semasa. sikit-sikit nak ulas. ada kes, tak pergi langsung event tu pun dah boleh yakin nak ulas banyak.

ugh.

inilah perbezaannya kakak itu dengan HA.






Tuesday, May 22, 2012

tegas dan percaya


tegas.

ini kisah berkaitan surat layang yang saya terima daripada beberapa orang. ok bukan surat layang, cuma nota-nota kecil dari kawan-kawan.

ada kata-kata semangat, ada juga teguran. ajaibnya, rata-rata teguran itu berkisar tentang satu perkara, seolah-olah mereka berkomplot untuk menyebutkan hal yang sama; iaitu perlunya saya lebih bersikap tegas dalam menyampaikan sesuatu.

yup, itu bukan komplot pun, tapi sesuatu yang jelas, yang ramai orang boleh nampak.

melihat ke belakang, tak tahu apa puncanya saya tak berani bersikap tegas. mungkin ada faktor personaliti saya sendiri. mungkin ada faktor latar belakang keluarga juga.

kalau ada konflik, saya rasa sayalah orang yang paling mudah terkesan sekali. sensitif.
melihat dari pengalaman pula, sudah ada beberapa kali, bila saya nyatakan sesuatu, perkara tersebut telah meretakkan hubungan saya dengan orang yang rapat dengan saya.

sikap tidak berani menyatakan pendirian adalah tidak elok. lebih teruk lagi, sifat suka mengkaji/menyelidik, menambahkan lagi perkara-perkara dalam hidup yang memerlukan kita untuk berpendirian tegas. dalam kebanyakan perkara, tidak ada jalan tengah lagi.

bercakap di khalayak, dan mengeluarkan isi-isi atau hujah adalah lebih senang. tapi bila melibatkan perbalahan atau yang mampu memecah-belahkan orang ramai, jadi kaku.

mungkin, masalah ini akan terus menghantui. entah bila nak berhenti agaknya.

****************************************************************************************************

percaya.

lepas tengok satu cerita dari barat, berkaitan persaingan antara dua orang agen perisik.
best sebab penuh aksi dan jenaka, tapi penamatnya meresahkan. juga orang bukan barang untuk direbut.

bagaimana kalau orang yang kita percaya mempunyai kisah silam yang hitam. tak ada siapa yang nak judge, tapi pastinya sesetengah kisah silam akan terlintas sekali sekala kan dalam kepala masing-masing.
percaya Tuhan, patut lebih besar lagi dari percaya manusia.

kepercayaan kita kepada sesama manusia, kepercayaan kita sendiri kepada Tuhan, tak perlulah manusia nak mengujinya atau menduga-duga. Tuhan akan mengujinya bila-bila yang Dia mahu, dan saya secara peribadinya pun tak ingin diuji oleh manusia lain.

tapi salah satu ciri yang saya suka, dan harapnya kekallah pada saya, apabila sesuatu masalah itu sudah dikira selesai, bila saya dah tak ada apa-apa kaitan lagi, walau sakit macam mana pun, boleh buat macam tak ada apa-apa. In certain cases, siap boleh lupa lagi.

ada artikel ni, kepercayaan = kesetiaan + keikhlasan. best. dah lama dah baca, baru nak promote hari ni.