javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Friday, January 8, 2010

Paranoid

Perkataan ini saya jumpa berkali-kali tapi tak pernah tahu makna sebenarnya. Selama ini saya hanya faham makna mengikut konteks (faham-faham sendiri) - saya anggap paranoid adalah orang yang takut, sangat bimbangkan sesuatu dan dalam fikiran saya terbayang seperti seorang budak kecil yang berada dalam ketakutan selepas melihat keluarganya terbunuh di depan mata.

Ternyata intuisi saya hampir tepat.

Kadang-kadang anda akan bertemu dengan seseorang dalam hidup anda, kenalan atau rakan yang kuat mengkritik. Asal keluar satu pernyataan (statement) sahaja, terus nak kritik.
Asal tengok benda pelik sikit, kritik. Orang tengah tergelak dengar jenaka rakan yang lain pun nak kritik masa itu juga. Potong stim. Saya lebih suka buat tak layan orang macam ini. Padahal kalau nak diikutkan benda yang dibincangkan atau dipaparkan bukanlah bertentangan dengan akidah,atau hal besar cuma perbualan biasa hari-hari. Cuma mungkin mereka mengkritik sebab melihat dari pandangan yang berbeza.

Jadi saya cari apa itu sebenar kritikan, dan apa sifat-sifat atau nama khas yang diberi kepada orang yang kuat mengkritik ini.

Criticism - the judgment (using analysis and evaluation) of the merits and faults of the actions or work of another individual. Criticism can mean merely to evaluate without necessarily finding fault; however, usually the word implies the expression of disapproval.

Narcissists - persons who are extremely sensitive to personal criticism and extremely critical of other people. They think that they must be seen as perfect or superior or infallible or else they are worthless. There's no middle ground.

Paranoia is a thought process heavily influenced by anxiety or fear, often to the point of irrationality and delusion. Paranoid thinking typically includes persecutory beliefs concerning a perceived threat towards oneself. In the original Greek, παράνοια (paranoia) simply means madness (para = outside; nous = mind). Historically, this characterization was used to describe any delusional state.

Individuals with paranoid personality disorder are often rigid, critical of others, although they have great difficulty accepting criticism themselves.

Saya bukan apa, cuma kalau nak mengkritik itu kita boleh cari masa atau timing yang sesuai dan dengan penuh berhemah dan bermaruah. Saya harap saya bukan tergolong sebagai narcissist, dan harapnya kita semua jangan ada yang jadi paranoid.

Wednesday, January 6, 2010

Doktor yang berbakti

Hari ini adalah hari terakhir simposium PPIM. Saya tak tahu, mungkin hanya saya sahaja atau orang lain pun rasa begitu - saya rasa agak kosong, atau mungkin sedih dari satu sudut lain. Perasaan yang sama pernah dialami sewaktu tamatnya program-program seperti Kem BTN, Bina Insan, Youth Science Camp, perkhemahan PKBM, daurah-daurah dan jaulah-jaulah serta lain-lain lagi.

Mungkin sebab tertanya-tanya apa lagi selepas ini? Benda baru yang menarik? Yang boleh membantu perkembangan diri samada dari segi spiritual atau pun intelektual?
(memang nampak poyo bila semangat anda berkobar-kobar)

Tapi orang tua-tua sentiasa ingatkan dengan nada memerli:

"Hangat-hangat tahi ayam"

Lagipun, islam itu agama yang syumul, bukan sekadar teori tetapi juga memerlukan praktiknya, praktikal. Saya tak ingat istilah khusus yang merujuk teori dan praktikal sekaligus, Karen Armstrong pernah sebut, saya tak ingat. Sesiapa yang ingat sila beritahu saya.

MERCY, Islamic Relief, Gaza relief

Kembali kepada pengisian prof hari ini. Prof. bercerita tentang pengalaman beliau. Meredah kawasan yang biasa dihujani bom, bercerita tentang triage, peluru tertanam dalam bontot (rakan sejawatan) dan sebagainya. Tayangan video tentang MERCY tersebut memang menarik (jika saya jumpa saya akan upload dan kongsi di sini). Luahan-luahan hati yang jujur daripada doktor-doktor Malaysia pelbagai bangsa disertakan dengan gambar-gambar dan klip-klip video yang menunjukkan kecelakaan-kecelakaan yang berlaku di seluruh dunia buat saya rasa terpukul.

"hidup yang seperti sampah ini apa salahnya pergi berusaha berbakti di medan perang menyelamatkan ramai orang; jika ditakdirkan Tuhan peluru terbenam dalam kepala atau diserang oleh Apache atau segala macam artileri pun tak mengapa"

Oh, saya tak berminat nak 'quote' siapa yang cakap, sebab itu mungkin kata-kata yang datang dari orang yang kena perli - "hangat-hangat tahi ayam". Tapi jika ada pengajarannya, tak ada salahnya kita ambil.

Kami disarankan oleh prof untuk meneruskan usaha menjadi doktor dan seterusnya pakar. Memasuki tentera juga bagi saya satu pilihan yang menarik. Dikatakan anda akan melalui satu ujian - anda hanya dibekalkan sebilah parang dan sekotak mancis untuk anda 'survive' dalam hutan selama seminggu - wah! MERCY pun menarik juga.

Sebelum terbakar sampai jadi arang lebih baik saya menumpukan perhatian kepada peperiksaan Ophtalmology, Hygiene dan Operative Surgery. Alangkah baiknya jika semangat yang berkobar-kobar boleh ditukar terus ke dalam bentuk pengetahuan medik.

Ceh.

Tuesday, January 5, 2010

Pengembaraan

Setiap pengembaraan itu perlu ditulis, biarpun mungkin tidak akan ada orang yang akan membacanya, tapi bila suatu masa nanti ahli-ahli sejarah ingin mengkaji tentang kita, tulisan-tulisan pastinya mengandungi nilai sejarah yang tinggi.

Baru-baru ini PPIM ada menganjurkan simposium berkaitan dengan perubatan (medicine), bersesuaian dengan pelajar-pelajar Volgograd yang kini belajar perubatan. Ada dua prof. yang datang ke sini, Prof Amal dan Prof Ikram.

Jadi saya telah ditugaskan untuk mencari penempatan untuk prof-prof dibantu oleh saudara Fadley yang menguruskan pengangkutan dan turut serta bermalam di apartmen bersama prof.

Apartmen atau "Kvartira"

Ada tiga pilihan penempatan : hostel, kvartira atau pun hotel.
Setelah melalui beberapa perbincangan, hostel dianggap tidak sesuai untuk prof oleh sebab keadaan yang agak kelam kabut, hotel pula terlalu mahal, maka saya pun mengusahakan agar prof dapat tinggal di kvartira. Hasil pertanyaan saya dengan hotel, kos untuk seorang tinggal satu malam di hotel adalah lebih kurang 3000-3500rubel. 1 orang, 1 malam. Dan mengikut pengalaman Blue, bayarannya kadang-kadang boleh mencecah 10k rubel seorang untuk satu malam.

Jadi kvartira adalah lebih murah dengan harga 2000-2500rubel sehari semalam. Dikatakan tinggal di kvartira lebih memberikan suasana 'Volgograd' kepada pengunjung.
Kebetulan kvartira yang saya pilih itu sangat luas, cantik, besar dan segala - jadi saya ambil duit kelab umno volgograd untuk membiayai kos penempatan prof-prof di sini.

Bertemu dengan prof.

Prof.-prof. yang datang semestinya bukan calang-calang orang. Prof. Amal misalnya sewaktu kami berada di kvartira tersebut membuka cerita tentang sejarah dan beberapa pengalaman beliau. Menyebut beberapa nama tokoh dalam islam yang kebanyakannya dapat diteka oleh saudara Anuar, presiden PPIM, saya sendiri pun tak dapat meneka sesiapa. Prof. Amal mencadangkan sebuah buku The Road To Mecca yang ditulis oleh Muhamad Asad - menulis sejarah dari pengalaman beliau sendiri, tanpa bias atau kecondongan takrifan sejarah oleh sejarawan yang hanya mentafsir berdasarkan tulisan orang lain.
Saya sebtulnya pernah terbaca juga tentang Muhamad Asad, tetapi memandangkan saya jenis yang baca sepintas lalu, saya tidak dapat ingat maklumat tentang beliau. Saya mesti cuba perbaiki kelemahan ini.

Jadi saya berazam untuk menulis travelog saya sendiri dan menceritakan segala pengalaman yang dilalui. Maka saya ingin memetik kata-kata yang saya tak ingat siapa (masalah yang sama) :

"Any fool can even make it into history, but it takes a genius to write history"

Sejujurnya, bukan berniat untuk digelar genius, tapi kalau apa yang kita tulis itu boleh memberi pengajaran kepada orang lain, diri kita sendiri, apa salahnya? Lagipun kadang-kadang keluarga saya pun nak tahu juga perkembangan anak sulungnya di luar negara.

Prof Ikram pula tidak kurang hebatnya. Prof Ikram merupakan seorang pakar bius (anesthetist) dan CEO bagi CUCMS. Prof Ikram dan Prof Amal adalah contoh golongan professional-doktor, yang turut bergiat dalam dakwah dan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Sekian itu sahaja.

p/s: Nazot kata kak Sab pernah dapat kvartira 700-800 rubel semalam. To be exact, kvartira yang saya jumpa itu 1800rubel semalam.

Tuesday, December 22, 2009

Iradah

Akan aku kukuhkan iradah
agar sekeliling akan merasainya
lalu tunduk pada ketentuan-Mu.

Tuhan, saya perlukan hati itu.
Hati yang tidak takut dan tidak sedih.

Tuhan,
kurniakan daku kekuatan
yang menyamai seribu
dan bantuan dari langit berupa tiga ribu malaikat
lalu saat ujian datang menggetarkan hati
dengan izin-Mu Tuhan,
hati ini akan bersabar
hati ini juga akan terisi dengan takwa
maka tenangkanlah hati ini
dan gembirakanlah ia
dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda!