javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, November 13, 2011

Bosan dan Ketagihan


"Jangan jadi budak nafsu, kawan."

"Kenapa mudah sangat berubah? Semalam kau insaf, hari ni kau seperti tak rasa apa-apa?"

"Masih tak jumpa apa yang kau cari? Sabar. Kena tempatnya, keadaannya, orangnya dan masanya yang sesuai, kau akan jumpa apa yang kau cari. Kerja Tuhan siapa yang tahu?"

"Aku rasa biar je lah budak-budak tu ikut Abu. Aku rasa tak ada masalah. Apa yang nak direbutkan sangat, kalau ada apa-apa benda yang penting nak dicakapkan, aku boleh je sampaikan." Amir, dilihat sebagai naif di suatu pihak, sedang di pihak yang lain dilihat sebagai seorang yang malas.



Bosan. Addicted.

Cuti pun bukan buat apa pun. Tidur, main game, tengok movie. Bila mood macam ni, mulalah malas nak membaca, malas menulis segala. Cadangnya nak cerita pasal raya haji tapi hampas sahaja yang ada.
Seharian baca komik. Kalau sekali start balik, susah nak tinggal. Bersyukur je lah bukan ketagihan series atau pun drama Korea.


Terima Kasih

Terima kasih kat mereka yang sudi baca apa yang saya tulis. Terima kasih untuk yang mengkritik. Terima kasih juga yang baca tapi tak cakap apa-apa. Terima kasih kat orang yang kata saya ada bakat menulis, dan ada kemungkinan saya boleh buat buku. Huh. Terima kasih kat orang yang pesan saya jangan berhenti menulis saat saya rasa bosan sangat.

Baru-baru ni terima komen berbunyi dari anonymous,

"Terima kasih untuk blog yang menarik "

Tapi kemudiannya komen tu hilang, seperti sudah dipadam.
Terima kasih kepada semua anonymous,tak kisah sama ada anda seorang lelaki atau pun perempuan (walaupun saya prefer orangnya adalah perempuan) kerana sanggup luangkan masa beri komen.

2 comments:

ieka said...

assalamualaikum...

awk.. sama la kita tdo.. main game.. tgk movie.. n exam dah makin dekat.. study sket main bnyk... skunk ni mula risau... ape2 pown.. fighting!!! selamat belajor..

norashikin rahmat said...

dalam hidup saya, cutilaahhh benda paling berbahaya yang melumpuhkan segala semangat & gerak kerja yang ada.

cuti memberi peluang-peluang untuk lalai yang tak ada pada kesibukan masa tak cuti.

risaaaau rasanya, kalau cuti terlalu panjang. jiwa pun cuti-cuti gak...